GEEKAY TUNDUKKAN RENN, RANGKUL GELARAN JUARA DEW CHALLENGE MUSIM 2
Pasukan GEEKAY dinobatkan sebagai juara rasmi Dew Challenge Musim Ke-2 anjuran Mountain Dew selepas menewaskan pencabar utama negara dalam perlawanan akhir yang penuh dramatik di Blue Atrium, Sunway Pyramid. Kejohanan e-sukan terbesar Mountain Dew di Malaysia ini berlangsung selama enam bulan dengan hadiah keseluruhan bernilai RM750,000, melibatkan permainan popular Honor of Kings yang menghimpunkan komuniti MOBA dari seluruh negara.
Dalam aksi final berformat Best-of-Five, GEEKAY menundukkan pasukan RENN dengan kemenangan bergaya 3-0, sekali gus membuktikan konsistensi dan ketenangan mereka sepanjang kejohanan. Sebagai juara, GEEKAY membawa pulang wang tunai RM50,000, ganjaran eksklusif dalam permainan serta Baucar Razer Gold bernilai RM1,000. Pemain utama mereka, GK Musang King, turut dinobatkan sebagai Finals MVP dan menerima monitor ROG Strix OLED atas prestasi luar biasa. RENN pula meraih RM25,000 sebagai naib juara, manakala pasukan AURORA di tempat ketiga dengan hadiah RM10,000.
Musim kedua ini menyaksikan perkembangan pesat arena e-sukan Malaysia dengan lebih 43,000 penyertaan, enam pusingan kelayakan fizikal termasuk buat julung kali di Kuantan dan Sabah, serta trak jelajah yang merentasi Kedah hingga Johor. Ribuan peminat hadir menyaksikan perlawanan akhir sambil menikmati aktiviti interaktif seperti Recycle for Rewards, cabaran Test of Speed dan pelbagai pengalaman eksklusif.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan, menegaskan bahawa Dew Challenge bukan sekadar pertandingan, tetapi platform untuk memperkasa komuniti e-sukan Malaysia. “Sepanjang enam bulan ini, kami melihat semangat sokongan yang luar biasa, mencerminkan momentum industri e-sukan negara yang terus berkembang,” katanya.
Dengan kejayaan musim kedua, Dew Challenge sekali lagi membuktikan peranannya sebagai pemangkin kepada bakat baharu dan pemain berpengalaman dalam arena e-sukan Malaysia. Pihak penganjur berjanji akan terus memperluaskan platform ini dengan skala lebih besar pada musim akan datang. Untuk perkembangan terkini, ikuti @MountainDewMalaysia di Facebook dan @MountainDewMY di Instagram.
.jpg)
%20(Custom).jpg)
Comments
Post a Comment