SENTUHAN PEMAIN KEBANGSAAN: TIMMY TAN BAKAL BUKA PUSAT BOLING PERTAMA DI THE MINES
The Mines terus mengekalkan statusnya sebagai hab pilihan gaya hidup dan hiburan menerusi kerjasama dengan Nation Bowl, pusat boling 10-pin baharu yang diterajui oleh pemain boling kebangsaan, Timmy Tan. Majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung baru-baru ini di West Court, Aras 3 menandakan satu lagi langkah dalam usaha The Mines memperkayakan pengalaman pengunjung dan mengukuhkan peranannya sebagai hab komuniti pilihan di selatan Lembah Klang.
Dijadualkan mula beroperasi pada Disember 2026 di North Court, Aras 4, Nation Bowl akan mengambil alih lebih 27,000 kaki persegi ruang sewaan bersih (NLA) di situ. Menampilkan 28 lorong boling bertaraf kejohanan, pusat boling ini turut dilengkapi ruang niaga, kafe serta sebuah akademi latihan bagi mereka yang ingin mempelajari dan mendalami sukan boling. Kehadirannya dijangka menjadi destinasi baharu buat keluarga, golongan muda dan peminat boling dari seluruh selatan Lembah Klang.
Alicia Yuen, Pengurus Besar The Mines berkata, “Kami dengan penuh berbesar hati mengalu-alukan Nation Bowl ke The Mines sebagai lokasi pertamanya. Kehadiran Nation Bowl mencerminkan komitmen kami untuk terus menawarkan pengalaman yang lebih menarik dan relevan dengan gaya hidup komuniti hari ini. Ia juga mengukuhkan lagi kedudukan The Mines sebagai sebuah hab komuniti yang unik di Lembah Klang.”
Timmy Tan, pengasas Nation Bowl, berkata, “Pembukaan pusat boling pertama saya di The Mines merupakan satu pencapaian yang amat bermakna, dari segi peribadi dan profesional. Dengan identitinya sebagai pusat beli-belah yang menjadi pilihan keluarga serta komuniti setempat, The Mines merupakan lokasi yang ideal untuk Nation Bowl. Kami berharap dapat mewujudkan sebuah ruang yang menyeronokkan dan mesra, di mana masyarakat daripada pelbagai peringkat umur dapat berkumpul, beriadah dan menikmati sukan boling bersama-sama.”
Sebahagian daripada transformasi berterusan The Mines
Kehadiran Nation Bowl merupakan sebahagian daripada usaha transformasi berterusan The Mines dalam memperbaharui pengalaman membeli-belah dan beriadah. Ketika ini, pusat beli-belah tersebut sedang melaksanakan inisiatif penambahbaikan aset (Asset Enhancement Initiative, AEI) yang merangkumi naik taraf kawasan sepanjang terusan air ikoniknya serta pembangunan sebuah ruang niaga yang lebih meriah di Aras 1. Apabila siap kelak, inisiatif ini akan memperkenalkan gabungan penyewa yang lebih pelbagai dengan konsep-konsep baharu, di samping mengekalkan jenama-jenama kegemaran pengunjung.
Antara penyewa baharu yang telah mula beroperasi ialah Jaya Grocer yang menawarkan pengalaman membeli-belah barangan segar di ruang seluas kira-kira 29,000 kaki persegi, selain MR D.I.Y Plus yang menyediakan pelbagai keperluan penambahbaikan dan kelengkapan kediaman. Kehadiran penyewa-penyewa ini melengkapkan lagi rangkaian tarikan, pilihan makanan dan minuman serta pengalaman mesra keluarga yang semakin berkembang di The Mines.
Dalam masa yang sama, pusat beli-belah ini turut memperkenalkan pelbagai tarikan baharu termasuk Game On Theme Park, Kin+Zo Land dan Oxygym Fitness, selain mempelbagaikan pilihan makanan dan minuman menerusi penyertaan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa yang popular.
Seiring dengan transformasi yang sedang dilaksanakan, The Mines kekal komited untuk terus meningkatkan pengalaman keseluruhan pengunjung sambil mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi gaya hidup pinggir bandar yang unik dan menjadi pilihan di Lembah Klang.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web The Mines atau ikuti The Mines menerusi platform media sosial rasmi.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment