RED BULL MALAYSIA MEMPERKENALKAN RED BULL NEXT GENERATION UNTUK MENCUNGKIL BAKAT DAN MENYOKONG ATLET GENERASI BAHARU
Red Bull Malaysia, jenama minuman tenaga nombor satu di negara ini, mengumumkan pelancaran Red Bull Next Generation, sebuah platform pembangunan atlet serantau di bawah TCP Group, yang komited untuk menyokong atlet muda yang sedang meningkat naik di Asia Tenggara.
Dilancarkan terlebih dahulu di Malaysia dan Indonesia, Red Bull Next Generation membawa misi untuk mengetengahkan barisan atlet yang berpotensi tinggi daripada pelbagai jenis sukan dan disiplin. Daripada sukan kompetitif yang telah lama bertapak hingga kepada disiplin baharu serta komuniti sukan yang semakin berkembang, program ini terbuka kepada atlet berusia 18 hingga 25 tahun yang sedang aktif membina prestasi serta bersedia untuk melangkah ke tahap seterusnya dalam perjalanan mereka.
Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang TCP Group dalam menyokong pembangunan bakat sukan masa depan, Red Bull Next Generation melangkaui konsep penajaan tradisional. Direka sebagai platform pembangunan atlet jangka panjang, program ini memberi tumpuan kepada perkembangan, pendedahan dan kemajuan atlet pada fasa penting dalam kerjaya mereka, ketika sokongan yang tepat mampu memberi impak besar terhadap hala tuju masa depan mereka.
“Di TCP Group, kami percaya bahawa Asia Tenggara memiliki generasi baharu yang luar biasa terdiri daripada atlet, pencipta kandungan dan komuniti yang sedang membentuk masa depan sukan serta budaya,” kata Supasita Kraisri, Ketua Pegawai Pemasaran Global TCP Group.
“Red Bull Next Generation mencerminkan komitmen jangka panjang kami untuk menyokong masa depan tersebut dengan mewujudkan lebih banyak peluang, meningkatkan pendedahan umum serta menyediakan akses kepada sokongan yang mampu memacu perkembangan dan perjalanan mereka,” tambah beliau.
“Kami bermatlamat untuk program ini berkembang menjadi lebih daripada sekadar sebuah inisiatif pembangunan atlet. Kami mahu melihat ia menjadi platform yang menyemarakkan aspirasi, memacu kemajuan dan membina keyakinan dalam kalangan generasi muda di seluruh rantau ini.”
Pemilihan atlet tidak hanya berdasarkan pencapaian atau pengaruh semata-mata. Sebaliknya, atlet akan dinilai berdasarkan mentaliti, potensi, tahap sokongan yang diterima serta komitmen mereka terhadap sukan yang diceburi. Red Bull Next Generation menggabungkan sokongan prestasi, bimbingan pakar dan penceritaan perjalanan atlet bagi membantu mereka berkembang bukan sahaja dari segi prestasi kompetitif, malah pembangunan diri. Atlet yang terpilih akan menerima sokongan yang disesuaikan dengan keperluan mereka, termasuk bengkel pembangunan, sesi bimbingan mentor, latihan media, bantuan kewangan serta pendedahan umum menerusi platform Red Bull.
Adelene Tay, Ketua Pemasaran TCP Red Bull Malaysia, berkata, “Red Bull Malaysia sentiasa komited untuk memperkasakan komuniti sukan tempatan, daripada menyokong bakat sukan permotoran di peringkat akar umbi hingga menyediakan platform yang menyemarakkan impian, perkembangan dan keyakinan dalam kalangan generasi atlet Malaysia akan datang.”
“Sebagai salah satu pasaran terawal yang menerajui pelaksanaan Red Bull Next Generation, kami melihat inisiatif ini sebagai peluang penting untuk mengetengahkan barisan atlet berpotensi tinggi serta membuka lebih banyak ruang pendedahan dan peluang pembangunan kepada mereka. Di Red Bull Malaysia, kami kekal komited untuk membina komuniti sukan yang lebih kukuh pada masa hadapan, dan teruja berpeluang memainkan peranan dalam membantu lebih ramai atlet Malaysia merealisasikan potensi mereka.”
Program ini turut mendapat bimbingan daripada Martin Pfeifenberger, seorang Pakar Prestasi yang mempunyai kepakaran dalam latihan atlet, pemulihan dan prestasi individu. Dengan lebih 20 tahun pengalaman, beliau telah bekerjasama dengan atlet elit merangkumi lebih 100 disiplin sukan, termasuk pemandu Formula 1, juara Olimpik serta pasukan berprestasi tinggi dalam bola sepak, triatlon dan sukan ketahanan.
“Di Asia Tenggara, terdapat atlet muda yang berusaha gigih setiap hari, sering kali sebelum mereka mendapat perhatian umum,” ujar Sigurd Meiche, Pengarah Program Red Bull Next Generation, yang berpengalaman luas dalam membangunkan inisiatif sukan berfokuskan atlet di peringkat global.
“Ada atlet yang telah bersaing di peringkat tinggi, manakala ada juga yang sedang membina momentum dalam komuniti, bandar atau arena sukan tempatan mereka. Apa yang penting bagi kami bukanlah sama ada seseorang itu sudah terkenal atau bergelar atlet profesional sepenuhnya, tetapi mentaliti, keazaman dan komitmen mereka untuk terus berkembang dalam sukan yang diceburi,”
“Red Bull Next Generation adalah tentang mengenal pasti atlet-atlet ini lebih awal, menyokong mereka pada fasa yang paling penting dalam perjalanan mereka, dan membantu merealisasikan potensi sebenar mereka bukan sahaja dalam sukan tetapi juga di luar arena sukan.”
Berbeza daripada kebanyakan program pembangunan atlet lain yang menggunakan pendekatan seragam untuk semua peserta, Red Bull Next Generation direka secara inklusif untuk merangkumi semua jenis sukan dan disiplin, termasuk e-sukan, serta mengalu-alukan penyertaan atlet individu mahupun berpasukan. Sama ada mereka bertanding di peringkat kebangsaan, sedang membina nama di bandar atau kampung halaman sendiri, mahupun merupakan individu berpengaruh dalam komuniti sukan tempatan, program ini memberi tumpuan kepada atlet yang mempunyai impian dan potensi untuk terus berkembang.
Berteraskan kepercayaan bahawa generasi atlet masa depan sebenarnya telah wujud tetapi belum mendapat perhatian yang sewajarnya, Red Bull Next Generation bertujuan mengetengahkan proses latihan, perkembangan, cabaran, kegagalan dan kejayaan yang dilalui, jauh sebelum seseorang atlet memperoleh pengiktirafan arus perdana.
Permohonan kini dibuka secara rasmi kepada atlet Malaysia berusia 18 hingga 25 tahun daripada semua jenis sukan dan disiplin mulai Jun 2026, di laman web Red Bull Next Generation: https://www.redbullsport.com/my/next-generation/2026. Kumpulan pertama atlet Red Bull Next Generation dijadualkan diumumkan bermula Ogos 2026 dan seterusnya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
· Facebook: https://www.facebook.com/redbullsportmy/
· Instagram: https://www.instagram.com/redbullsport_my/
· TikTok: https://www.tiktok.com/@redbullsports
.jpg)
Comments
Post a Comment