10,000 PESERTA MERIAHKAN HARI SARAPAN MALAYSIA MILO® TERENGGANU


Suasana pagi di Jambatan Angkat Kuala Terengganu bertukar meriah apabila Hari Sarapan Malaysia MILO® 2026 meneruskan jelajahnya dengan lokasi persinggahan kedua di Terengganu. Acara ini menghimpunkan kira-kira 10,000 peserta bagi meraikan kepentingan sarapan berkhasiat, gaya hidup aktif dan semangat kemasyarakatan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Tuan Haji Lizan Bin Che Mat berkata, “Kami amat menghargai penganjuran acara ini dalam membawa pengalaman bermakna kepada komuniti Terengganu. Ia bukan sahaja menekankan kepentingan memulakan hari dengan sarapan seimbang bersama MILO®, malah mendorong orang ramai kekal aktif. Usaha ini pasti menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan dan memupuk budaya hidup sihat dalam masyarakat.”

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Amran bin Mohd Haris pula menyatakan, “Inisiatif ikonik seperti Hari Sarapan Malaysia MILO® mencerminkan usaha berterusan menyatukan masyarakat melalui program inklusif. Program ini bukan sahaja menyerlahkan kekayaan budaya Terengganu, malah menggalakkan gaya hidup aktif sambil memperkukuh perpaduan komuniti.”

Di Terengganu, MILO® bekerjasama dengan Temasya Budaya Terengganu untuk menyuntik elemen seni dan warisan. Muhammad Yusuf Bin Azfi, 24, berkongsi, “Ini kali pertama kami menyertai acara ini bersama dan kami teruja melihat gabungan gaya hidup sihat dengan elemen warisan. Pengalaman berlari merentasi Jambatan Angkat sambil menggayakan aksesori tradisional tempatan sangat unik dan meninggalkan memori indah buat kami.”


Selain larian santai (fun run) 3km, program ini dimeriahkan dengan cabaran kecergasan, gerai interaktif dan aktiviti keluarga, manakala kehadiran lori MILO® ikonik berjaya menggamit nostalgia zaman kanak-kanak para peserta.


Alan Liong, 45, yang hadir bersama rakan mendaki termasuk seorang pesara guru berusia 75 tahun berkata, “Hubungan kami bermula sebagai orang asing di kumpulan mendaki sebelum menjadi akrab. Kami hargai acara santai seperti Hari Sarapan Malaysia MILO® yang kami sertai buat kali kedua ini. Pada usia kami, ia bukan lagi tentang kecergasan semata-mata, tetapi tentang persahabatan dan saling menyokong untuk kekal aktif. Tahun depan kami merancang mendaki Gunung Kinabalu bersama.”

Ericha Fitrih, 30, yang membawa seluruh keluarganya berkata, “Ini kali pertama kami sekeluarga menyertai acara ini bersama, merangkumi tiga generasi daripada datuk nenek sehinggalah anak kecil saya berusia 19 bulan. Kami mahu lakukan aktiviti berbeza pada hujung minggu. Bukan selalu tiga generasi boleh berkongsi aktiviti sama, jadi hari ini memang istimewa untuk kami meluangkan masa sihat bersama-sama.”


Susulan kejayaan di Sabah dan Terengganu, Hari Sarapan Malaysia MILO® 2026 akan meneruskan jelajah ke Kuantan (Pahang), Kelantan dan Sarawak, sebelum kemuncak grand finale di Putrajaya pada 12 Julai 2026.


Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

DAPATKAN TAWARAN RM6, KOLEKSI EKSKLUSIF OREO & BTS DAN POP MART DI SHOPEE 6.6

KEINDAHAN ORKID DI RESORTS WORLD AWANA: FESTIVAL BUNGA 2026 KINI BERMULA!