SESAAT LEBIH: DRAMA ROMANTIK KOMEDI TERBAHARU VIU ORIGINAL BERMULA 29 JANUARI
Viu, perkhidmatan penstriman video terkemuka di bawah PCCW, mengumumkan tayangan siri terbaharu Viu Original berjudul Sesaat Lebih (Just A Little Longer), sebuah drama komedi romantik yang bakal menemui penonton bermula 29 Januari 2026. Siri dengan 12 episod ini akan disiarkan secara eksklusif di aplikasi Viu setiap Khamis dan Jumaat.
Mengangkat tema cinta, kehilangan dan peluang kedua, Sesaat Lebih mengisahkan perjalanan emosi Adelia (lakonan Nabila Razali), seorang wanita berkerjaya yang hidupnya musnah selepas suaminya, Haoyu (ALVN), meninggal dunia secara mengejut. Ketika Adelia berusaha membina semula kehidupannya bersama anak perempuannya, kemunculan Adeef (Haziq Hussni), sahabat lama Haoyu sejak zaman universiti, membuka lembaran baharu penuh kenangan silam, harapan dan kekuatan. Siri ini turut menampilkan Zila Bakarin, Hawra Jamalullail dan Fahmy Reza sebagai pelakon pembantu.
Diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Global Film Sdn Bhd, siri ini lahir daripada idea asal serta skrip tulisan Liza Nur. Menariknya, drama ini turut menampilkan kolaborasi eksklusif tiga bintang utama – Nabila Razali, ALVN dan Haziq Hussni – yang bergabung tenaga merakamkan lagu tema rasmi berjudul Sampai Jumpa. Lagu tersebut dipersembahkan secara langsung buat pertama kali di sidang media rasmi, memperlihatkan keserasian unik mereka yang bukan sahaja terserlah di studio rakaman, malah turut memikat di layar kaca.
Dengan gabungan jalan cerita penuh emosi, barisan pelakon popular dan muzik yang menyentuh hati, Sesaat Lebih dijangka menjadi antara siri paling dinanti oleh peminat drama romantik tempatan tahun ini.
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment