KARL SHAFEK KEMBALI KE PENTAS TEATER DENGAN TOMYAM BERDARAH



Selepas hampir sedekad menyepi daripada dunia teater, pelakon dan pengacara popular Karl Shafek akhirnya kembali beraksi menerusi pementasan Teater Muzikal Tomyam Berdarah terbitan CTRA Production. Teater muzikal interaktif berkonsep satira jenayah ini bakal dipentaskan pada 28, 29 dan 30 Ogos 2026 di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Karl, atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 46, kali terakhir muncul di pentas teater pada tahun 2018 menerusi naskhah Ombak Rindu. Namun, kerjaya teaternya terhenti seketika akibat pandemik Covid-19. Kini, selepas hampir setahun mencari naskhah sesuai, beliau menerima tawaran membintangi Tomyam Berdarah tanpa berfikir panjang, melakonkan watak Chef Rahman, pemilik Restoran Rahman Berkatmaju.


“Alhamdulillah, bila dapat tawaran daripada penerbit, saya terus kata ‘yes’ walaupun belum baca skrip. Impian untuk kembali ke pentas akhirnya tercapai. Tambahan pula ini projek ketiga saya bersama CTRA selepas Ombak Rindu dan Tenggelamnya Kapal van der Wijck,” jelas Karl.

Selain aktif dalam bisnes fesyen Neonate dan produk makanan Khalishbyks, Karl menegaskan beliau tidak cerewet dalam pemilihan watak. “Watak utama atau sampingan, semua saya terima. Yang penting dapat melepaskan rindu kepada pentas teater,” katanya.

Teater Muzikal Satira Jenayah

Tomyam Berdarah menggabungkan komedi gelap, siasatan dramatik dan naratif makanan tempatan. Ceritanya berlatarkan sebuah restoran yang bersiap sedia menyertai pertandingan Master Chef Universe, namun kekecohan tercetus apabila Chef Rahman ditemui mati di dalam periuk tomyam warisannya. Dari situ, dapur bertukar menjadi lokasi jenayah dan setiap pekerja menjadi suspek – semuanya ada motif, semuanya menyimpan rahsia!

Pementasan ini turut menyokong usaha kerajaan memperkasakan bidang kulinari dalam sektor TVET, selain mengangkat industri makanan dan minuman (F&B) ke pentas seni.

Barisan Pelakon & Info Tiket

Aloeng Silalahi 

Diarahkan oleh Aloeng Silalahi yang juga penulis skrip, teater ini menampilkan Karl Shafek dan Juhara Ayob sebagai teraju utama.

Juhara Ayob

Kulinari bukan sekadar memasak! Gabungan kreativiti, seni, dan inovasi kini mampu menjana pendapatan baharu serta memperkukuh industri F&B negara. — Siti Rohayah Attan, Penerbit CTRA Production

Maklumat Teater Muzikal Tomyam Berdarah
  • Tarikh: 28, 29 & 30 Ogos 2026
  • Masa: 3.00 petang & 8.30 malam
  • Lokasi: Panggung Seni, UKM Bangi, Selangor
  • Harga Tiket: RM25 & RM35
Pembelian: www.ilassotickets.com atau WhatsApp Hotline 011-1329 7822


Dengan gabungan satira jenayah, komedi gelap dan elemen kulinari, Tomyam Berdarah menjanjikan pengalaman teater yang unik dan penuh kejutan – seakan “resepi” hiburan yang direbus bersama harapan, dendam dan identiti.

Comments

Popular posts from this blog

NESTLÉ OMEGA PLUS BAWAKAN ACARA JALAN KAKI DALAM FORMAT MAYA

IJM LAND LANCAR ENLACE SUITES II DI PANTAI SENTRAL PARK