9 FAKTA MENARIK TENTANG FILEM MALAM TERLARANG – DARI RITUAL MISTIK KE TRANSFORMASI ZUL ARIFFIN


Filem Malam Terlarang bukan sekadar naskhah seram biasa. Ia menggabungkan elemen mitos, spiritual, dan visual yang mengujakan, menjadikannya antara karya tempatan paling dinanti tahun ini. Berikut sembilan trivia menarik yang memberi gambaran tentang keunikan di sebalik tabir pembikinannya:

1. Inspirasi Mistik Nusantara
Malam Terlarang diinspirasikan oleh mitos ritual dari alam Nusantara, termasuk puja Pantai – satu bentuk pemujaan laut yang jarang diketengahkan dalam filem tempatan. Pendekatan ini menjadikan filem ini lebih berlapis dan berakar dalam budaya serantau.

2. Tayangan Serantau Bermula Oktober 2025
Filem ini akan ditayangkan di Malaysia dan Brunei bermula 30 Oktober 2025, manakala penonton di Kemboja berpeluang menontonnya lebih awal pada 27 Oktober.

3. Transformasi Zul Ariffin Sebagai Ahli Politik
Zul Ariffin membawa watak Omar, seorang ahli politik yang menyimpan rahsia kelam. Demi menjayakan peranan ini, Zul menjalani transformasi fizikal yang ketara – memperlihatkan sisi lakonannya yang lebih matang dan berani.


4. Debut Seram Sofia Jane
Ini merupakan kali pertama pelakon berpengalaman Sofia Jane memegang watak utama dalam filem seram. Ia juga menandakan kemunculan semula beliau dalam filem arus perdana selepas lebih dua dekad.

5. Pengarah Baharu, Nama Lama
Nurhanisham Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Labu, membuat penampilan sulung sebagai pengarah filem cereka. Sebelum ini, beliau dikenali sebagai pengarah fotografi dan pernah mengarahkan siri premium X-Change untuk Astro Originals.

6. Cabaran Lokasi – Ular, Air Pasang & Ritual
Penggambaran di kawasan paya bakau bukan tanpa cabaran. Kehadiran ular hidup, perubahan pasang surut air laut, dan ribut semasa latihan babak ritual memaksa produksi dihentikan sementara. Seorang bomoh turut dipanggil untuk memberikan bantuan "spiritual" sebelum penggambaran disambung semula.


7. Rumah Lokasi Sarat Sejarah & Aura
Rumah keluarga Omar dalam filem ini ditemui secara tidak sengaja berhampiran kawasan perkuburan Islam dan paya bakau. Menariknya, rumah itu dibina pada tahun 1987 – tahun yang sama dengan latar masa cerita. Beberapa kru turut berkongsi pengalaman aneh sepanjang penggambaran.

8. Visual Efek Bertaraf Serantau
Efek visual filem ini dihasilkan oleh pasukan dari Indonesia yang pernah terlibat dalam filem Qodrat dan Sri Asih. Elemen supernatural dalam filem ini dijangka memberi impak visual yang mengagumkan.

9. Muzik Tradisional Bertemu Moden
Komposer MonoloQue menghasilkan skor muzik dengan gabungan rakaman sebenar Gamelan Pahang dan string kuartet. Pakar tarian dan Mak Yong, Zamzuriah Zahari, turut menyumbang vokal serta melatih koreografi untuk watak Sarimah dan Pamakbul.


Filem Malam Terlarang bakal menghantui pawagam seluruh Malaysia dan Brunei mulai 30 Oktober, dengan tayangan awal di Kemboja bermula 27 Oktober.

Jangan lepaskan peluang bertemu barisan pelakon pada 1, 2, 8 dan 9 November di beberapa pawagam terpilih sekitar Lembah Klang. Untuk klip eksklusif dan perkembangan terkini, ikuti Astro Shaw dan Astro Gempak di media sosial dan sertai perbualan dengan tanda pagar rasmi #MalamTerlarang.


Comments

Popular posts from this blog

CADBURY DAIRY MILK TAMPIL DENGAN IDENTITI JENAMA BAHARU

CITA RASA MINNAN DI PUTRAJAYA: KOLABORASI KULINARI LE MÉRIDIEN X SHERATON GRAND XIAMEN

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

BMW MALAYSIA KEMBALI SEBAGAI RAKAN E-MOBILITI RASMI UNTUK KEJOHANAN MAYBANK 2025.