MARC JACOBS LANCAR HARUMAN BARU - DAISY LOVE

Memperkenalkan Daisy Love, haruman baru daripada Marc Jacobs Fragrances yang menampilkan Kaia Gerber, Aube Jolicoeur dan Faith Lynch. (Kredit Imej: © 2018 Alasdair McLellan)

Marc Jacobs kembali lagi dengan tambahan baru kepada rangkaian haruman Daisy yang popular sejak dilancarkan tahun 2007. Daisy Love yang diformulasikan oleh pakar haruman terkemuka Alberto Morillas menampilkan haruman bunga-bungaan yang segar, dengan nota atas yang lebih fruity dan nota bawah yang berasaskan kayu-kayan dan musk.



Nota atas menampilkan bauan sejenis buah beri, Cloudberry (Rubus chamaemoru) yang segar dan manis. Komposisi teras haruman memberikan bauan bungaan pohon daisy (Scalesia pedunculata) yang berkrim bercampur dengan bauan driftwood dan cashmere musk. Daisy Love membangkit semangat muda remaja yang penuh spontan dengan sentuhan sofistikated.

Haruman yang feminin ini didatangkan dalam botol anggun dengan penutup berbentuk kuntuman bunga putih dan emas.
 
HARGA
DAISY LOVE MARC JACOBS EDT 100ml/3.4oz  RM 357.50
DAISY LOVE MARC JACOBS EDT 50ml/1.7oz  RM 282.00
DAISY LOVE MARC JACOBS EDT 30ml/1.0oz  RM 178.30 *terhad kepada gedung Sephora sahaja.

DAISY LOVE MARC JACOBS boleh didapati di pusat membeli-belah utama di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?