MASTERON MEMBUKA PINTU BAGI PERMULAAN BAHARU DENGAN PELANCARAN KR7 RESIDENCES

Choy Kin Mann, Pengarah Masteron Group of Companies dan Dato' Choy Wai Hin, Pengarah Eksekutif Masteron Group of Companies di pelancaran  KR7 Residences.

Masteron – sebuah nama yang sinonim dengan projek perumahan yang berkualiti tinggi dan dengan harga mampu-milik di dalam kawasan perbandaran Puchong yang berkembang pesat – hari ini telah melancarkan KR7 Residences, sebuah projek pangsapuri servis terbaharu di Taman Mas Puchong. Projek perumahan ini merupakan siri ikonik Masteron “Koi” yang ketujuh, berikutan kejayaan siri-siri sebelum ini, termasuk Koi Kinrara, Koi Tropika, Koi Boulevard, Koi Legian, Koi Prima dan Koi Suites.

Dengan Nilai Pembangunan Kasar berjumlah RM208 juta, KR7 merupakan projek perumahan serba lengkap dan berketumpatan rendah dengan jumlah keseluruhan 484 unit yang tersedia di dua blok, dengan lapan hingga sepuluh unit sahaja pada setiap aras dan menampilkan susun atur dua dan tiga bilik tidur. Fasa pertama (Menara A), dijangka siap pada tahun 2025.

KR7 telah dilancarkan di Galeri Jualan Masteron di Koi Prima, Puchong. Majlis tersebut dihadiri oleh Dato’ Choy Wai Hin, Pengarah Eksekutif Masteron Group of Companies serta Choy Kin Mann, Pengarah Masteron Group of Companies. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran para tetamu korporat, agen dan wakil rakan niaga serta ahli-ahli media, yang telah dibawa melawat ke rumah contoh seperti mana yang bakal menantikan para residen KR7 kelak, dan juga disajikan dengan hidangan eksklusif yang disediakan oleh cef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob.

Chef Dato' Fazley Yaakob

Sebuah permulaan baharu untuk kehidupan di masa hadapan

Apabila siap kelak, KR7 bakal memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap rumah yang dilengkapi dengan ciri-ciri “future-proof”, seperti kegunaan ruang rumah yang senang untuk diubahkan sebagai ruang pejabat di rumah, ruang dapur sepenuh masa dan tempat beristirehat yang tenang, selamat dan selesa. KR7 Residences bakal memenuhi semua keperluan ini dengan memberikan para penghuninya satu permulaan yang baru dalam kehidupan moden di bandar. Melalui penawaran pelbagai pengalaman holistik dengan ruang-ruang rumah yang saling melengkapi dan berintegrasi, KR7 menggabungkan teras rekaan dan konsep berwawasan, berlandaskan komitmen Masteron terhadap inovasi dan kecemerlangan untuk meningkatkan lagi taraf hidup para penghuninya.

“KR7 telah bersedia untuk menjadi projek perumahan dengan kelainan yang dapat memenuhi keperluan hari ini yang sentiasa berubah daripada para penghuni bandar moden, terutamanya di kalangan generasi muda. Ia merupakan sebahagian daripada pendekatan berwawasan kami dalam menghasikan rekaan dan fungsi. Di samping itu juga, seperti mana yang diketahui umum, setiap takrifan ‘kediaman’, telah berubah dengan drastik sepanjang dua tahun lepas, disebabkan oleh pandemik, sekatan pergerakan dan keadaan hidup yang telah terhasil yang mana elemen-elemen ini turut diambil kira di dalam pembangunan KR7,” kata Choy Kin Mann.

Rekaan berinspirasi di dalam persekitaran utama

Pelan induk KR7 akan mencetuskan inspirasi bagi keseimbangan hidupan kerja dari fakad artistik dan kemudahan gaya hidup berintegrasi sehinggalah sistem keselamatan berbilang peringkat dan ciri-ciri kebal pandemik. Setiap elemen KR7 telah direka dengan teliti untuk menghasilkan kediaman idaman ramai yang serba lengkap untuk menepati gaya hidup yang ideal. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti ruang bekerja, bersenam dan bersosial yang merangkumi gimnasium, panggung terbuka, taman permainan kanak-kanak, kolam renang, bilik stim serta sauna, pod kediaman dan ruang makan persendirian.

Untuk memastikan kualiti yang terbaik bagi ruang dalaman dan ruang awam KR7, Masteron telah bekerjasama dengan firma kelengkapan dalaman yang terkemuka, Federal International Holdings Berhad (FIHB), yang telah mempamerkan rekod yang cemerlang dalam rekaannya bagi hotel-hotel mewah seperti Ritz Carlton dan St. Regis.

Walaupun dengan harga mampu milik, setiap unit KR7 bakal dilengkapi dengan ciri-ciri yang menarik, yang lazimnya hanya terdapat di kediaman mewah. Antara ciri-ciri tersebut adalah sistem rumah pintar, dengan kawalan wayarles yang membolehkan para penghuni mengawal lampu siling, TV, kipas dan pendingin hawa dari jauh, menggunakan telefon pintar.

Dengan tawaran harga berpatutan tersebut, , Masteron turut melabur dalam sistem keselamatan dengan teknologi terkini, tanpa menggunakan kunci tradisional; satu gabungan sistem kunci pintar dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan seperti akses cap jari. KR7 juga dilengkapi dengan sistem penghantaran makanan tanpa kontak, dan juga Shield System, sebuah sistem yang boleh mengubah dewan serbaguna kepada bilik-bilik berasingan pada masa yang diperlukan.

“Segala aspek KR7 yang unik telah digabungkan dalam Pelan Induk Masteron merupakan komitmen kami terhadap inovasi dan kecemerlangan bagi meningkatkan taraf hidup para penghuni KR7. Kami meneliti setiap aspek kehidupan moden bagi memenuhi keperluan yang sentiasa berubah dan keselamatan di masa hadapan,” kata Kin Mann.

Di bawah aspek lokasi pula, penempatan KR7 adalah strategik iaitu di persimpangan Petaling Jaya, Sepang dan Kuala Langat. Ini membolehkan perjalanan yang lebih lancar di kawasan Lembah Klang untuk para penghuni. Ia juga merupakan sebuah oasis yang terletak di tengah persekitaran yang hijau dengan suasana yang menyegarkan.

Di dalam persekitaran yang berhampiran di KR7, para penghuni boleh menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk pusat membeli-belah, kedai runcit, hospital dan sekolah. Sementara itu, KR7 juga dihubungkan dengan jaringan pengangkutan awam termasuk stesen LRT Puchong Prima yang terletak berhampiran dengan kawasan kediaman tersebut.


Memberi perkhidmatan kepada para pemilik rumah pertama dan generasi akan datang

Harga seunit KR7 bermula pada RM373,500 dan Masteron telah mengumumkan bahawa mereka akan turut menyerap yuran guaman perjanjian jual beli (SPA). Sementara itu, semua unit KR7 akan diserahkan kepada para pemilik dengan separa berperabot, dilengkapi dengan almari pakaian, kabinet dapur dengan tunku dan penyedut asap, pendingin hawa dan pemanas air yang bernilai sehingga RM25,000.

Menurut Dato’ Choy Wai Hin, ini merupakan sebahagian daripada komitmen jangka panjang Masteron kepada para pembeli rumah pertama dan keluarga muda yang sedang mencari kediaman yang berkualiti tinggi.

“Saya yakin kami perlu berusaha untuk menjana inovasi dan kreativiti yang berterusan untuk kekal relevan dan berubah mengikut masa. Oleh itu, , salah satu segmen sasaran pasaran kami adalah para pemilik rumah pertama dan keluarga muda, yang menjadi keutamaan kami untuk membangunkan kediaman dengan ciri-ciri ‘future-proof’ bagi memenuhi keperluan dan kehendak generasi pemilik rumah dan penghuni bandar yang berkenaan. Detik-detik yang telah kami lalui untuk sampai ke hari ini adalah tidak mudah, tetapi yakinlah bahawa kami tidak akan berhenti dalam usaha untuk menjadi pemaju perumahan pilihan, untuk generasi-generasi yang akan datang,” kata beliau.

Sebarang tempahan dan pertanyaan mengenai KR7 boleh dibuat di talian 012 665 2685 atau 03 – 8066 6788. Maklumat lanjut berkaitan Masteron dan KR7 juga boleh didapati di pautan www.masteron.com.my dan www.kr7residences.my.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA