JOM BERGEMBIRA DI KARNIVAL LUMIÈRE TERBESAR DI MELAKA



Marilah menyambut kedatangan Karnival Lumière yang paling menakjubkan setakat ini! Dari 14 hingga 15 Disember 2019, Sheng Tai International Sdn Bhd (Sheng Tai International), sebuah syarikat pemaju hartanah yang memenangi anugerah dan pakar dalam bidang pelancongan hartanah, akan membawa pengunjung sebuah karnival memukau dan penuh keseronokan, dianjurkan sempena Majlis Perasmian Pecah Tanah The Sail yang gilang-gemilang pada hujung minggu yang sama. 

Karnival Lumière berlangsung di ruang berkeluasan 20,000 meter persegi atau hampir 5 ekar di tapak The Sail, Kota Laksamana dan memaparkan kawsan LED melebihi 837 meter persegi. 

Tarikan utama festival berkenaan adalah The Sail dan Itik Getah Gergasi di atas lautan LED, serta terowong cahaya. Antara arca lampu yang disediakan adalah Kincir Angin, Basikal, Gelung Gergasi, Gerbang Cinta, Bendang Padi dan Gerbang Segi Tiga. 

Dato’ Leong Sir Ley, Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International berkata, “The Sail merupakan Wilayah Perniagaan Pusat Melaka masa depan. Oleh itu, kami amat berbesar hati untuk menganjurkan sebuah karnival yang penuh kegemilangan di tapaknya. 

“Karnival ini akan dipenuhi dengan keseronokan dan pengalaman Instagram-worthy untuk semua. Daripada golongan muda ke mereka yang berjiwa muda, pengunjung asing mahupun tempatan. Bagi berkongsi keriangan, rumah-rumah amal di sekitar Melaka juga dijemput untuk merasai pengalaman yang tidak boleh dilupakan ini. Secara keseluruhan, saya pasti karnival ini akan memberikan memori yang indah kepada semua. Kami mengalu-alukan kedatangan semua pihak di acara ini.” 

Pertunjukan Bunga Api yang Menakjubkan 

Bersempena majlis perasmian pecah tanah The Sail, para pengunjung pasti akan bergembira menyaksikan persembahan piroteknik yang mempersonakan. 

Persembahan bunga api itu akan bermula pada pukul 8 malam, 14 Disember ini di The Sail, Kota Laksamana. Oleh itu, pastikan anda menandakan kalendar jadual anda dan bersedia untuk paparan langit yang indah ini nanti. 

Keseronokan Tanpa Henti! 

Para pengunjung pasti akan tertarik beberapa aktiviti yang dirancang khas pada karnival ini. 

Aktiviti-aktiviti luar yang disediakan termasuk mewarna wajah dan lukisan inai serta hiasan manik perler dan sajian mochi Jepun buatan sendiri. 

Sementara aktiviti dalaman yang disediakan di ruang istirahat pengalaman akan merangkumi kaligrafi Cina dan tulisan khat; membuat patung; sudut Nyonya dan pelbagai aktiviti menarik lain. 

Karnival itu juga akan memaparkan pelbagai sajian enak yang disediakan tempat-tempat makan popular bandar raya itu, di samping kubah makanan dan minuman ringan dalam tema berbeza. Hidangan lazat, persekitaran yang menyeronokkan - pengalaman sajian unggul untuk semua! 

Kesemua acara ini akan berlangsung di The Sail, Kota Laksamana. Dari pukul 2.30 petang hingga 9 malam pada 14 Disember ini dan 5 petang hingga 9 malam pada keesokan hari. 

Turut disediakan perkhidmatan beca percuma kepada pengunjung pada 14 Disember 2019. 

The Sail, ilham Sheng Tai International, diinspirasikan oleh pengembaraan Laksamana Zheng He ke Barat. 

Terletak pada kedudukan strategik di tengah-tengah Melaka, bersebelahan dengan jalan raya pesisir pantai Melaka. The Sail juga terletak berhampiran Pantai Klebang; Impression City; Pusat Perubatan Mahkota; Kota A’Famosa; Jonker Street; Bandar Dagangan Bebas Cheg Ho; Melaka River Cruise; Melaka Gateway dan Stadthuys. 

Pembangunan yang memenangi anugerah itu akan siap sepenuhnya pada tahun 2024. Untuk maklumat lanjut berkenaan The Sail, sila layari www.shengtaiinternational.com atau www.thesailmelaka.com

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA