MYRA PUTRA UBAH PERSEPSI TERHADAP RUMAH MAMPU MILIK



Pembangunan baharu di Putrajaya yang bakal mengubah persepsi masyarakat terhadap rumah mampu milik. Ia dikenali sebagai Myra Putra. Bagi kebanyakan pembeli rumah, rumah mampu milik merupakan rumah yang terletak di kawasan berkepadatan tinggi, hanya mempunyai ciri-ciri asas, rumah yang kurang menarik dan kemudahan yang terhad. Kualiti kehidupan merupakan perkara yang sering kali dipersoalkan memandangkan kebanyakan rumah mampu milik agak kecil dengan koridor yang sempit dan kurang pencahayaan, lebih banyak menggunakan tangga berbanding lif dan tiada ruang untuk kanak-kanak bermain atau untuk komuniti setempat berkumpul. 

Myra Putra, sebuah pembangunan oleh OIB Group, di bawah Skim MyHome KPKT memaparkan konsep rumah mampu milik yang lain dari kebiasaan. Sambil menikmati rebat RM30,000 di bawah skim ini, pembeli boleh menjangkakan kehidupan yang berkualiti dengan adanya rekaan fasad yang menarik, koridor yang terang dan luas serta kemudahan bertaraf kondo hanya dengan harga RM299,800 untuk apartment berkeluasan 920 kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. 

Myra Putra terletak di Desa Pinggiran Putra di atas lot tanah pegangan pajakan Rizab Melayu. Kawasan ini menjadi lokasi pilihan bagi kebanyakan pembeli golongan muda memandangkan ia berdekatan dengan Putrajaya, mempunyai jalan hubungan ke jalanraya yang baik dan kawasan hijau yang agak luas. 

“Terdapat tiga kualiti yang dicari oleh pemilik rumah dari golongan muda hari ini iaitu, harga yang berpatutan, ruang kehidupan yang menarik di lokasi yang baik. Walaupun terletak tidak jauh dari pusat bandar Putrajaya, harga Myra Putra adalah 15% lebih rendah berbanding harga rumah yang sering ditawarkan dalam kawasan Putrajaya untuk satu kaki persegi. Justeru merupakan pilihan yang terbaik untuk golongan muda yang berkeluarga mahupun bujang.


Mengikut Wendy Lim, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran, Oriental Interest Berhad (OIB), "Selain harga, terdapat banyak sebab mengapa anda perlu teruja dengan Myra Putra. Matlamat kami adalah untuk memberikan yang terbaik untuk kehidupan penghuni di sini dan menunjukkan kepada mereka bahawa kami amat menitikberatkan nilai pelaburan yang dibuat oleh mereka. Sehingga kini, kami memberikan perhatian dan menumpukan pelaburan kami untuk rekaan fasad, kemudahan dan ruang awam yang kebiasaanya tidak dapat diperoleh di rumah mampu milik yang lain.” 

Untuk menarik minat pembeli rumah pertama, pangsapuri kos sederhana ini dilengkapi dengan pagar dan pengawal keselamatan, ruang orang ramai dengan rekabentuk yang unik dan warna yang menarik serta kemudahan rumah kelab untuk berkumpul dan untuk kanak-kanak bermain dengan selamat. Kemudahan bertaraf kondo ini termasuk ruang untuk aktiviti luar seperti dinding memanjat dan ruang teater, taman permainan dengan trampolin, platform persembahan, ruang sambutan, bilik permainan dan gim yang terletak di dalam rumah kelab. 

Selain itu, Myra Putra turut membawakan citarasa eksklusif kerana ia terletak di kawasan berkepadatan rendah dengan hanya 200 unit pangsapuri melibatkan dua blok, yang mempunyai lima aras setiap satu, dan hanya 20 unit rumah untuk setiap aras. Ia juga dilengkapi dengan dua lif. 

“Mengapa anda ingin menyewa, kalau anda boleh mempunyai rumah sendiri? Inilah persoalan utama yang ingin kami ajukan kepada semua pembeli rumah pertama. Dengan Myra Putra, anda kini boleh memiliki sebuah pangsapuri mampu milik yang dilengkapi dengan kemudahan bertaraf kondo dengan harga 15% lebih rendah untuk satu kaki persegi di kawasan ini dan ansuran bulanan yang tidak lebih daripada RM1,500, berbanding harga sewaan RM1,200 yang merupakan antara yang terendah di kawasan ini. Jadi, mengapa menyewa kalau anda boleh memiliki sebuah pangsapuri di Myra Putra dengan harga yang sangat berpatutan?” tambah Wendy. 


Myra Putra kini dibuka untuk tempahan.

Layari www.myra.com.my/myra-putra untuk maklumat lanjut mengenai Myra Putra dan skim MyHome dan lawati Myra Sales Gallery @ Myra Saujana di Jalan Utama 1, Taman Desa Jenderam Hilir, 43000, Selangor untuk menempah unit anda.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?