HUAWEI PURA 90S SERIES KINI HADIR BERSAMA FREECLIP 2 S DI MALAYSIA
Selepas pelancaran global baru-baru ini, Huawei kini secara rasmi memperkenalkan Huawei Pura 90s Series dan Huawei FreeClip 2 S di Malaysia. Menggabungkan teknologi imej terkini, pengalaman pintar serta rekaan yang lebih elegan, rangkaian terbaharu ini direka untuk meningkatkan fotografi harian, produktiviti dan hiburan pengguna.
Huawei Pura 90s Series hadir dengan teknologi kamera canggih untuk pelbagai senario rakaman. Model Huawei Pura 90s Pro Max menampilkan Kamera Telefoto Ultra Besar 200MP dengan sensor RYYB 1/1.28-inci, zum optik 4x, OIS serta keupayaan video HEX Telefoto 20x – membolehkan pengguna merakam subjek jauh dengan jelas, sama ada di konsert atau acara sukan. Ia turut dilengkapi Ultra Lighting HDR Camera dengan julat dinamik sehingga 16EV. Sementara itu, Huawei Pura 90s Pro menawarkan Ultra Lighting Macro Telephoto Camera dengan jarak fokus minimum 5cm serta Kamera Utama Ultra Lighting 50MP untuk rakaman close-up yang lebih terperinci.
Selain perkakasan, siri ini diperkaya dengan ciri AI pintar. AI Composition membantu komposisi imej lebih seimbang, AI De-Glare mengurangkan pantulan, manakala AI Move dan AI Remove memudahkan suntingan dengan mengalihkan atau membuang subjek secara automatik. AI Best Expression pula memilih ekspresi terbaik daripada beberapa bingkai untuk hasil potret lebih sempurna. Melengkapkan inovasi ini ialah Kamera True-to-Colour Generasi Kedua yang menghasilkan warna lebih semula jadi dan tepat dalam pelbagai pencahayaan.
Dari segi perisian, siri ini dijana oleh EMUI 16 berasaskan Android 16, menawarkan sambungan rangkaian yang mantap serta pengalaman lebih intuitif merentas panggilan, pelayaran dan perkongsian kandungan. Aplikasi Petal InterConnect turut membolehkan perkongsian fail merentas sistem operasi dengan peranti iOS, memudahkan pemindahan foto, video dan dokumen. Pengalaman ini diperkaya dengan Celia AI Assistant serta ekosistem HUAWEI AppGallery yang menyediakan akses selamat kepada pelbagai aplikasi harian.
Huawei Pura 90s Pro Max ditawarkan dalam warna Orange Ocean, Blaze Purple, Blush Gold dan Graphite Black, dengan edisi Orange Ocean memperkenalkan bingkai pertengahan dwi-ton pertama dalam industri. Huawei Pura 90s Pro pula hadir dalam pilihan Guava Soda, Orange Soda, Mulberry Black dan Coconut White. Kedua-dua model dilengkapi bateri 6000mAh, menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan tanpa wayar 80W untuk Pro Max, serta 66W berwayar dan 50W tanpa wayar untuk Pro. Pro Max turut menampilkan Kaca Kunlun Anti-Pantulan & Tahan Calar bagi ketahanan tambahan dan mengurangkan silau skrin.
Pelancaran ini turut diserikan dengan Kempen Fotografi Pura Trip, dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama En. Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia. Kempen yang berlangsung sehingga 16 Ogos 2026 ini mengajak rakyat Malaysia merakam dan berkongsi keindahan negara melalui momen “Discover Truly Malaysia” menggunakan siri Huawei Pura 90. Penyertaan mudah dengan memuat naik foto di Instagram, mengikuti serta menanda akaun @huaweimobilemy, dan menggunakan tanda pagar #PuraTripMY, #HUAWEIXMAGEMY2026 serta #HUAWEIXMAGE untuk peluang memenangi telefon pintar Huawei Pura 90 Series.
Huawei Pura 90s Series boleh didapati bermula 24 Julai dengan harga dari RM3,699 selepas rebat di HUAWEI Experience Stores, HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada, and the HUAWEI Official TikTok Shop. Pembelian disertakan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,076 termasuk baucar terhad bernilai sehingga RM400, hadiah misteri bernilai RM999 serta Pakej Perkhidmatan Premium Huawei Pura 90s Series bernilai RM1,677 yang merangkumi perlindungan kerosakan tidak sengaja selama setahun, penggantian bateri tanpa had selama setahun, jaminan percuma APAC & MEA selama setahun, perlindungan skrin percuma 4 kali dalam tempoh 2 tahun, serta khidmat VIP 1-ke-1.
Sebagai sebahagian promosi pelancaran, Huawei bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk menawarkan diskaun 10% bagi penerbangan terpilih kepada pengguna Huawei Pura 90s Series. Pelanggan juga boleh menikmati potongan 10% melalui SPayLater, terhad kepada RM200 dengan perbelanjaan minimum RM2,000 – menjadikan pemilikan peranti flagship ini lebih mudah dan berbaloi.
Melengkapkan rangkaian, Huawei FreeClip 2 S tampil dengan rekaan Luminous Aesthetics dalam kemasan logam Deepsea Blue dan Space Silver. Dilengkapi bekas pengecasan Luminous yang lebih elegan serta Airy C-Bridge yang dipertingkat, fon telinga open-ear ini direka untuk keselesaan sepanjang hari sambil memastikan pengguna kekal peka terhadap persekitaran tanpa menjejaskan kejelasan audio.
Ditawarkan pada harga RM899, Huawei FreeClip 2 S kini boleh didapati di semua HUAWEI Experience Stores, HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada, dan HUAWEI Official TikTok Shop, dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM318 termasuk perkhidmatan perlindungan kehilangan selama setahun dan jaminan APAC selama setahun.
Untuk maklumat lanjut mengenai peranti terkini Huawei, sila layari HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Facebook Page dan Instagram.
%20(Custom).jpg)
%20(Custom).jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment