SUNWAY HEALTHCARE LANCAR RESIDENSI BERFOKUSKAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN WARGA EMAS


Sunway Healthcare Group (Sunway Healthcare) akan melancarkan sebuah projek residensi khas untuk warga emas. Projek sulung Sunway Healthcare yang memfokuskan kepada kebajikan, kesihatan dan kesejahtraan warga emas ini dijangka siap pada suku kedua 2023. Projek ini adalah sebahagian daripada usaha Sunway Healthcare dalam memenuhi permintaan tinggi terhadap kediaman warga emas bertaraf eksklusif dan mewah di kawasan sekitar Lembah Kelang.

Sunway Sanctuary akan bertempat di Bandar Sunway Kuala Lumpur, sebuah perbandaran strategik yang mementingkan kebolehcapaian dan keselesaan penghuni setempat.

Datuk Lau Beng Long, Presiden Sunway Healthcare Group.

“Matlamat utama Sunway Sanctuary adalah untuk membawa keselesaan dan kemewahan kepada warga emas melalui pelbagai perkhidmatan premium, keselamatan terunggul serta kemudahan penjagaan kesihatan yang berkualiti,” jelas Datuk Lau Beng Long, Presiden Sunway Healthcare Group.

Residensi Sunway Sanctuary ini akan mempunyai 473 unit, lengkap dengan kemudahan pembantu sepenuh masa (24 jam), penyediaan makanan yang lazat dan berkhasiat, perkhidmatan pengurusan rumah profesional dan dobi, perkhidmatan penyelenggaraan, bantuan IT, kawalan keselamatan 24 jam serta perkhidmatan peribadi (one-on-one) bagi pelbagai tugasan dan aktiviti seharian.


Sunway Sanctuary akan berkonsepkan enam teras utama iaitu, lokasi yang selesa, kesejahteraan holistik, aktiviti yang terpilihsusun, kemudahan mesra pengguna, kehidupan yang elegan dan penjagaan kesihatan berkualiti.

Di bawah teras kesejahteraan holistik, Sunway Sanctuary akan menganjurkan program-program yang akan memberi setiap penghuni akses kepada penyelaras kesihatan peribadi mereka. Melalui inisiatif ini, para penghuni akan menerima penjagaan kesihatan yang dijangka akan meningkatkan dan mengayakan kualiti gaya hidup mereka.

Sunway Sanctuary juga akan turut menempatkan sebuah pusat kesejahteraan yang dilengkapi dengan kakitangan penjagaan kesihatan peribadi dan bantuan perubatan komprehensif, termasuk perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari. Bagi kes perubatan kecemasan pula, penghuni akan dirujuk secara terus ke Sunway Medical Centre, yang akan menjadi sebahagian daripada residensi tersebut.

“Sebagai salah sebuah penyedia penjagaan kesihatan swasta terkemuka di Malaysia dengan pengalaman melebihi dua dekad dan kepakaran unggul dalam sektor kesihatan serta kesejahteraan, kami mempunyai infrastruktur dan sumber terbaik dan terpelbagai yang boleh dimanfaatkan untuk menyediakan sebuah sistem penjagaan kesihatan cemerlang untuk warga emas.”

“Pengalaman luas kami, ditambah dengan ilmu yang diperoleh daripada negara seperti Australia dan Jepun yang mempunyai pilihan kehidupan warga emas yang lebih matang, akan menjadi blueprint buat Sunway Sanctuary ke arah menetapkan tahap baharu bagi penjagaan warga emas di Malaysia,” kata Datuk Lau Beng Long.


Sunway Sanctuary bakal dibuka untuk tempahan pada hujung tahun ini. Promosi awal akan diumumkan dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Sanctuary, sila e-mel inquirysunwaysanctuary@sunway.com.my atau layari www.sunwaysanctuary.com

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI