KEMUDAHAN PRASARANA LENGKAP DI BDR BARU SETIA AWAN PERDANA

En. Farid Omar, Pengurus Jualan Taraf Nusantara

Team Femagonline berpeluang melawat ibu pejabat Taraf Nusantara dan juga tapak Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) dalam sebuah rombongan media baru-baru ini. Projek perumahan BBSAP ini dibangunkan oleh  Taraf Nusantara Sdn. Bhd., sebuah syarikat butik pemaju yang mengkhususkan dalam pembinaan rumah mampu milik di mana BBSAP baru-baru ini telah dianugerahkan Pembangunan Rumah Mampu Milik Terbaik fasa pertama dalam Anugerah Kecemerlangan Pembangunan iProperty (iDEA) 2019. 

Taklimat tentang BBSAP diberikan oleh n. Farid Omar

BBSAP dijangka menjadi nadi baharu di daerah Manjung/Sitiawan yang mempunyai ciri-ciri pembangunan terancang yang dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan prasarana lengkap berkeluasan kira-kira 1,012 ekar,

Kemudahan Prasarana Yang Lengkap di BBSAP

Apa yang istimewa tentang projek perumahan ini adalah ia bukan sahaja ditawarkan pada harga mampu milik malah ia turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan lengkap seperti stesen minyak, surau, masjid, lot perniagaan, taman tasik tropika, klinik kesihatan, balai bomba, balai polis dan pejabat cawangan majlis daerah.


Selain daripada itu, projek perumahan ini juga turut merangkumi sebuah rumah kelab yang berkeluasan 10 ekar dilengkapi dengan kemudahan seperti gym, kolam renang bersaiz Olimpik, gelanggang tenis dan bola keranjang, lapang sasar golf, dewan serbaguna, Maze Garden, trek basikal, trek jogging, taman permainan dan Dewan Badminton Misbun Sidek yang sedang dalam pembinaan.


Projek BBSAP membabitkan lima fasa yang merangkumi 10,500 unit kediaman yang terdiri daripada model semi-D dan teres yang menyasarkan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan golongan berpendapatan sederhana (M40) untuk memiliki rumah sendiri.


Pembangunan bandar baru ini berada di lokasi strategik, hanya mengambil masa 15 minit perjalanan dari bandar Manjung dan terletak kira-kira empat kilometer dari Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang hanya mengambil masa 90 minit untuk ke Kuala Lumpur apabila lebuh raya itu siap sepenuhnya nanti.


Terdapat kira-kira 10,500 unit rumah lot yang terdiri daripada model Semi-D dan teres. Unit rumah teres dijual pada harga bermula RM135,000 manakala unit rumah semi-D pula dijual pada harga bermula RM188,000. 


Dengan harga yang kompetitif dengan kualiti senibina rumah yang tinggi, BBSAP berjaya memenuhi keperluan rakyat Malaysia terhadap rumah mampu milik. 



Rata-rata pembeli rumah BBSAP terdiri daripada 70% bangsa Melayu, kakitangan awam dan pasangan yang baharu berkahwin yang membeli rumah buat kali pertama.

Selain itu, BBSAP juga merupakan laluan penghubung yang boleh diakses oleh pelancong dari luar negeri Perak ke kawasan pelancongan terkenal seperti Pulau Pangkor dan Teluk Batik; sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan daerah Manjung sebagai pusat pelancongan dan maritim negeri Perak. 

Datuk Misbun Sidek telah merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Bandar Baru Setia Awan Perdana di Arena Badminton Manjung yang julung-julung kalinya diadakan pada 14 Mac lalu

Legenda badminton negara, Datuk (Dr) Haji Misbun Dato’ Haji Sidek telah dilantik sebagai Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana. Beliau juga telah memiliki sebuah rumah di Fasa Pertama BBSAP. Taraf Nusantra juga mengambil inisiatif membina dewan badminton yang mempunyai enam gelanggang untuk membantu proses menghasilkan pemain-pemain badminton pelapis negara melalui latihan dan juga klinik badminton. 

Lawatan ke tapak pembinaan Dewan Badminton Datuk Misbun Sidek

Dewan tersebut bakal dinamakan Dewan Badminton Misbun Sidek sebagai menghargai sumbangan Datuk Misbun dalam melonjakkan nama Malaysia di persada dunia dalam sukan badminton. Tambahan pula, Datuk Misbun merupakan jurulatih kepada jaguh dunia Datuk Lee Chong Wei yang berjaya merangkul pingat dalam Sukan Olimpik. 

Jom kila tinjau rumah contoh BBSAP:

Ruang Tamu

Bilik Tidur Utama

Tandas Bilik Utama

Dapur

Bilik Tidur 2

Bilik Tidur 3

Ruang Makan

Setakat ini, dua fasa BBSAP sudah selesai pembinaan dan sudah dapat Certificate of Completion and Compliance (CCC).


Untuk maklumat lanjut sila layari:
Laman web rasmi: https://setiaawan.com/
Laman Facebook: https://www.facebook.com/setiaawanholdings/
Laman Instragram: https://www.instagram.com/bbsaptownship/

Penghargaan:
Penganjur utama: Taraf Nusantara Sdn. Bhd.
Agensi Perhubungan Awam: Intelectasia Consultancy

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA