MYRA PERMUDAHKAN URUSAN DENGAN HAB PEMBELIAN RUMAH

 

Proses membeli rumah boleh menjadi suatu pengalaman yang mencabar dan mencemaskan terutamanya bagi pembeli rumah pertama. Pelbagai perkara harus difikir dan diuruskan sebelum proses pembelian bermula dan sehinggalah menerima kunci rumah. 

Pemaju hartanah, Myra tampil menyediakan Hab Pembelian Rumah (Myra's Home Buying Hub) bagi menyelesaikan dua masalah utama iaitu – proses pembelian rumah yang kompleks dan kedua, kurang pengetahuan dalam proses tersebut. 

Hab pembelian rumah Myra ini membawakan pendekatan yang mudah difahami dan bimbingan menyeluruh kepada pembeli rumah pertama untuk membuat tempahan (booking) bersama Myra. 

Ia boleh diakses melalui laman web Myra dan menyediakan templat serta contoh dokumen yang harus disertakan dalam permohonan dan juga maklumat lain yang diperlukan. 


Ia juga dilengkapi dengan kalkulator online untuk mengira jumlah pembayaran pinjaman bulanan, faedah dan sebagainya. Sebagai pemaju hartanah, pihak terbabit juga membantu pembeli memperoleh dana dan dokumen supaya permohonan pinjaman bagi rumah impian diluluskan pihak bank.

Pembeli boleh memuat naik dokumen seperti penyata KWSP, Borang EA Cukai Pendapaan dan lain-lain yang diperlukan secara maya, tanpa berjumpa dengan pihak berkenaan. Ini memudahkan urusan lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik Covid-19 yang belum berakhir. 

Pihak Myra boleh membantu menyemak dokumen dan membantu dalam penghantaran dokumen untuk permohonan pinjaman bank. Segala dokumen dan maklumat yang dihantar akan disimpan di dalam hab untuk rujukan masa akan datang. 

Myra Alam di Puncak Alam

Hab ini turut memberikan pelbagai tips untuk menyenangkan urusan para pembeli rumah dan memastikan pengalaman untuk memiliki rumah berjalan dengan lancar dan sempurna.

Hab Pembelian Rumah Myra akan mengumpul, menyimpan dan menyelenggarakan maklumat peribadi mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) dan telah memperolehi Sijil SSL untuk memastikan privasi dan keselamatan pengguna adalah terjaga.

Myra Gardens at Kundang, Rawang

Antara projek-projek perbandaran yang dimajukan oleh Myra adalah Myra Saujana di Dengkil, Myra Meranti di Puchong, Myra Alam di Puncak Alam, Myra Putra di Desa Pinggiran Putra, Myra Vista di Bandar Baru Salak Tinggi, Irina by Myra di Puncak Alam dan Myra Gardens di Kundang, Rawang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myra.com.my

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"