MERINTIS SOKONGAN IMUNITI UNTUK KANAK-KANAK YANG LAHIR MELALUI PEMBEDAHAN CAESAREAN DENGAN APTAMIL KID C-SYNB

Danone, syarikat makanan terkemuka dan juga antara syarikat tenusu terbesar di dunia hari ini melancarkan APTAMILTM KID C-SYNB, iaitu formula susu tumbesaran inovatif yang direka khusus untuk menyokong keperluan pemakanan kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas yang dilahirkan melalui pembedahan Caesarean (C-section).

Dari kiri: Ms. Yee Pek Kuan, Marketing Director of Danone Malaysia & Singapore; Koh Kok Meng, Country Manager of Danone Malaysia & Singapore; and Ms. Angie Low, Danone’s SEA Medical & Nutritional Science Director. 
Meskipun C-section boleh menjadi prosedur yang penting dan menyelamatkan nyawa, kajian menunjukkan bahawa prosedur ini berkemungkinan menyumbang kepada mikrobiota usus kurang seimbang terhadap kanak-kanak, walaupun yang berumur lebih 1 tahun. Ketidakseimbangan dalam bakteria usus ini, yang dikenali sebagai disbiosis usus, berpotensi memberikan impak kepada imuniti dan perkembangan otak kanak-kanak.

Direka khusus untuk menangani cabaran unik yang dihadapi oleh kanak-kanak yang lahir melalui pembedahan C-section dalam membentuk mikrobiota usus yang pelbagai, Aptamil KID C-SynB merupakan satu-satunya formula terbukti dengan Synbio+ dan sokongan 27 kali lebih pantas untuk imuniti melalui normalisasi mikrobiota usus.

Koh Kok Meng, Pengurus Negara Danone Malaysia & Singapura, berkata, “Danone komited dalam menyediakan solusi pemakanan yang disesuaikan kepada keperluan pemakanan tempatan, dan memacu penyelidikan berkaitan impak pemakanan terhadap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Hal ini juga sejajar dengan Misi kami dalam memberikan kesihatan melalui pemakanan kepada seberapa ramai yang mungkin. Kami juga mempunyai rangkaian pelbagai produk Pemakanan Khusus , termasuklah yang bertujuan menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, dan ini mencerminkan komitmen kami.”

“Kami memahami bahawa keperluan pemakanan setiap kanak-kanak adalah unik. Dengan Aptamil KID C-SynB, kami berbangga menawarkan produk pemakanan yang menyokong pembangunan mikrobiota usus yang sihat, sekali gus membantu kanak-kanak yang dilahirkan melalui pembedahan C-section mencapai kematangan imun untuk kehidupan yang lebih sihat,” jelas beliau lagi.


Merapatkan Jurang dalam Sokongan Pemakanan untuk Kanak-kanak yang Dilahirkan Secara Pembedahan C-section

Mencerminkan trend global, Malaysia telah menyaksikan peningkatan dalam kadar pembedahan C-section. Satu kajian menunjukkan bahawa kadar pembedahan C-section di negara ini telah meningkat, sekali gus mencerminkan trend global. Pada tahun 2015, kadar pembedahan C-section di Malaysia adalah 24.8%. 

Sehubungan dengan itu, Dr Shilpa Nambiar, pakar Obstetrik dan Ginekologi, menekankan pentingnya usaha menangani keperluan pemakanan kanak-kanak C-section. "C-section mungkin diperlukan untuk memastikan keselamatan ibu dan anak. Walau bagaimanapun, memahami potensi impaknya terhadap perkembangan mikrobiota kanak-kanak dan peranan penting pemakanan, adalah perlu dalam merapatkan jurang yang ada ini. Ini juga membantu memperkasakan ibu bapa dan penjaga dalam memenuhi keperluan pemakanan khusus untuk anak-anak mereka."

Dr. Ong Sik Yong, pakar Gastroenterologi dan Hepatologi Pediatrik, berkata, “Bagi kanak-kanak yang dilahirkan melalui pembedahan C-section, malah yang berumur 1 tahun ke atas, yang mempunyai mikrobiota yang kurang seimbang, adalah penting untuk kita memberi suplemen mikrob berfaedah ini untuk menyokong pertumbuhan dan pembangunan mereka. Diet yang pelbagai yang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan protein yang kaya adalah kunci kepada penyediaan nutrien yang penting dan penggalakan sistem pertahanan badan yang mantap. Selain itu, prebiotik dan probiotik adalah penting dalam perkembangan awal mikrobiom usus kanak-kanak, yang membentuk asas kepada sistem imun dan kesihatan keseluruhan mereka."

Profesor Jan Knol, Pengarah Kanan Biologi & Mikrobiologi Usus, juga menjelaskan, “Pelbagai kajian menunjukkan bahawa sinbiotik, iaitu gabungan prebiotik dan probiotik, boleh membantu meminimumkan impak kesihatan dengan meningkatkan bifidobakteria usus dan mengekalkan persekitaran usus yang baik bagi kanak-kanak yang dilahirkan melalui pembedahan C-section. Hal ini mewujudkan persekitaran usus yang baik bagi pertahanan terhadap patogen dan menyokong sistem pertahanan badan melalui modulasi positif mikrobiota usus.

Aptamil KID C-SynB mengandungi gabungan unik prebiotik dan probiotik, dikenali sebagai Synbio+, direka khusus untuk meningkatkan kesihatan usus dan menyokong sistem imun kanak-kanak yang dilahirkan melalui pembedahan C-section. Pendekatan inovatif ini bukan sahaja membantu dalam membangunkan mikrobiom usus yang sihat melalui sokongan 27x lebih pantas untuk imuniti bagi kanak-kanak yang dilahirkan melalui C-section namun ianya juga mengandungi 5 nutrien otak untuk perkembangan otak termasuk Sphingomyelin, Omega 3,6,9, Vitamin B12, Tryptophan, dan DHA .

Aptamil KID C-SynB kini boleh didapati di seluruh negara di kebanyakan peruncit utama dan kedai dalam talian pada harga disyorkan RM68.00 untuk pek 600g. Untuk mengetahui selanjutnya tentang Aptamil KID C-SynB, sila layari www.aptamilkid.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA