THE HIDDEN PLATE: PENGALAMAN OMAKASE EKSKLUSIF OLEH GRAND HYATT KUALA LUMPUR


Buat pertama kalinya, Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan bangganya memperkenalkan “The Hidden Plate: Pengalaman Omakase Eksklusif”, kerjasama dengan Sushi Azabu, restoran Jepun yang berprestij dan meraih Bintang Michelin. Terletak di dalam hotel itu tersendiri, The Hidden Plate menawarkan pengalaman makan malam Omakase yang eksklusif di ruang pop-up rahsia di Tingkat 5 dan dikelilingi oleh tanaman hidroponik dari Cultiveat, jenama pertama yang memperkenalkan pertanian tepat yang mampan di Malaysia, memberikan pengalaman kulinari yang tersendiri dan menarik.

Untuk masa terhad sahaja, cef pakar dari Sushi Azabu dibawa masuk untuk menyusun setiap hidangan dengan teliti, menjadikan keseluruhan sajian sebagai karya seni yang akan memikat semua pancaindera melalui gabungan tradisi kulinari Jepun yang terbaik dengan bahan tempatan yang inovatif. Pengalaman Omakase ini menawarkan suasana mewah dan eksklusif sambil menyaksikan pemandangan menakjubkan Menara Berkembar Petronas ketika matahari terbenam pada setiap petang.


Pengalaman Makan Malam yang Tiada Tandingan

Sesi kulinari yang sangat eksklusif ini hanya terhad sehingga lapan tetamu sahaja setiap malam, memberikan pengalaman yang menakjubkan dan tiada tandingan. Diadakan empat hari seminggu dari hari Rabu hingga Sabtu, sesi makan malam private boleh disediakan atas permintaan khas. Tetamu boleh membeli baucar di laman web Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan harga RM 600 nett setiap orang.

Menu yang disediakan terdiri daripada bahan-bahan bermusim terbaik dengan hidangan yang disusun teliti. Bermula dengan hand-rolled tuna cincang, pengalaman gastronomi ini dipertingkatkan dengan herba segar yang di tanam sendiri oleh Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan kerjasama Cultiveat. Pilihan sashimi bermusim oleh cef dari restoran Azabu adalah bukti dedikasi terhadap kualiti kesegaran dan rasa. Bagi pencinta sushi, simfoni rasa menanti dengan dua pusingan pilihan sushi dari pelbagai jenis ikan berharga dalam kulinari Jepun. Tetamu seterusnya akan menikmati chawanmushi yang lembut dan rasa uni yang mewah, meningkatkan lagi pengalaman Omakase. Selera setiap tetamu akan dipanaskan lagi dengan sup miso yang menenangkan dan genmaicha sebelum menikmati pencuci mulut berupa kek keju matcha eksklusif Grand Hyatt Kuala Lumpur x Sushi Azabu.


Untuk maklumat lanjut tentang pengalaman makan malam Omakase eksklusif di Grand Hyatt Kuala Lumpur, sila layari laman web mereka atau ikuti mereka di Facebook atau Instagram. Untuk tempahan dan pertanyaan, sila email ke restaurant.kuagh@hyatt.com atau hantarkan mesej di WhatsApp +6012 639 8154.

Comments

Popular posts from this blog

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM

SALAD ATELIER MERAIKAN ULANG TAHUN KE-10 DENGAN MENGADAKAN PROMOSI ISTIMEWA DAN AKTIVITI PENGAKTIFAN SEPANJANG TAHUN