POS MALAYSIA MENYAMPAIKAN KETERUJAAN DENGAN MEMPERKENALKAN LARIAN KOMUNITI 'JOM LAJU FOR FUN!'


Pos Malaysia Berhad ("Pos Malaysia"), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, memperkenalkan acara larian yang pertama, 'Pos Malaysia Run 2024'. Larian keseronokan tahunan ini memberi tumpuan kepada pembinaan komuniti dan menggalakkan gaya hidup yang sihat melalui inisiatif hijau. Acara julung kali ini dengan tagline 'Jom Laju For Fun!', menawarkan peluang kepada peserta untuk menikmati larian meriah bersama keluarga dan rakan-rakan sambil melakukan aktiviti menarik di sepanjang laluan.

Dari perspektif komuniti, acara ini bertujuan untuk mengukuhkan reputasi Pos Malaysia sebagai jenama warisan dengan pendekatan berfikiran ke hadapan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang dedikasi syarikat terhadap kualiti, kecemerlangan perkhidmatan dan kelestarian.

Over the years, Pos Malaysia has been actively supporting community building and promoting a healthy lifestyle through various sports partnerships, such as the Kuching Marathon, Borneo Marathon, Fit Malaysia, Hari Sukan Negara, Bintulu Marathon, Elopura Marathon Sandakan and The Music Run, to name a few. The company is now excited to introduce its very own flagship running event, Pos Malaysia Run.

Selama ini, Pos Malaysia secara aktif telah menyokong pembinaan komuniti dan mempromosikan gaya hidup sihat melalui pelbagai acara suka sebagai rakan kongsi, seperti Maraton Kuching, Maraton Borneo, Fit Malaysia, Hari Sukan Negara, Maraton Bintulu, Maraton Elopura Sandakan dan The Music Run. Pos Malaysia kini teruja untuk memperkenalkan acara larian utamanya sendiri iaitu, Pos Malaysia Run.

Larian itu dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 29 September 2024, di Padang Merbok di Kuala Lumpur, dengan pelepasan bermula pada jam 6:00 pagi. Acara itu mengalu-alukan peserta berumur 7 tahun ke atas, menawarkan tiga kategori: 15km (RM85), 10km (RM80), dan 5km (RM75). Pelari boleh mendaftar dan membeli tiket di RaceXAsia (https://www.racexasia.com/) dari sekarang hingga 29 Ogos 2024.

Para pelari digalakkan untuk manfaatkan harga early bird, dengan diskaun RM10 bagi setiap kategori: 15km untuk RM75, 10km untuk RM70, dan 5km untuk RM65. Tawaran istimewa ini tersedia sehingga 11 Julai 2024.

Setiap pelari yang mengambil bahagian akan menerima kelayakan berikut:
  • Pingat penamat
  • E-sijil (dengan masa)
  • Beg bertali dengan t-shirt lari dan barangan daripada rakan kongsi
  • Perlindungan insurans Kemalangan Diri (Hari Peristiwa sahaja).




Setiap pelari akan menerima pingat selepas mereka menamatkan larian yang dihasilkan daripada gabungan ikatan zip plastik dan logam kitar semula. Untuk mengurangkan pelepasan karbon, pek perlumbaan akan dihantar terus kepada peserta, menghapuskan keperluan untuk memandu ke tempat pengumpulan perlumbaan. Pada hari acara, motosikal elektrik Pos Malaysia akan digunakan untuk marshal dan sokongan operasi.

Selain itu, pingat pemenang (emas, perak dan gangsa) akan dibuat daripada bahan kitar semula dan direka bentuk yang unik seperti setem. Pingat ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Di Pos Malaysia, kami bersemangat dalam membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang. Komitmen ini memacu usaha dan tanggungjawab kami untuk mencipta nilai jangka panjang melalui amalan lestari dalam setiap aspek perniagaan kami.

Pos Malaysia menjemput setiap syarikat yang berminat untuk mengambil bahagian sebagai rakan kongsi dalam acara komuniti kelestarian ini. Terdapat pelbagai pakej perkongsian disediakan, menawarkan tahap komitmen dan faedah yang berbeza, dengan sumbangan kewangan antara RM20K hingga RM100K. Sebagai alternatif, syarikat boleh menyokong acara ini sebagai rakan kongsi dalam bentuk barang. Untuk butiran lanjut tentang peluang perkongsian, sila hubungi kami melalui e-mel di sportsactivation@pos.com.my.

Kekal terhubung dengan Pos Malaysia melalui www.pos.com.my atau ikuti kami di Facebook, X, Instagram, Tik Tok, YouTube, dan LinkedIn.

Comments

Popular posts from this blog

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM

SALAD ATELIER MERAIKAN ULANG TAHUN KE-10 DENGAN MENGADAKAN PROMOSI ISTIMEWA DAN AKTIVITI PENGAKTIFAN SEPANJANG TAHUN