SUNWAY SANCTUARY RAI ULANG TAHUN PERTAMA, MENGUNGGULI PENUAAN AKTIF DI MALAYSIA

Sunway Sanctuary, sebuah komuniti rumah penjagaan warga emas terulung di Malaysia, hari ini meraikan ulang tahun pertamanya sekaligus mengetengahkan misi mereka dalam menggalakkan penuaan aktif dan mentakrifkan semula kehidupan persaraan. Selama setahun, Sunway Sanctuary telah menjadi pelopor kepada kehidupan persaraan berorientasikan gaya hidup bagi golongan Gen X di Malaysia yang semakin meningkat. 

Dari kiri - Vivien Lim (Director of Sales & Marketing – Sunway Sanctuary), Dr Khoo Chow Huat (Managing Director of Hospital & Healthcare Operations – Sunway Healthcare Group) Dato’ Lau Beng Long (President – Sunway Healthcare Group), Mr Leonard Theng (General Manager – Sunway Sanctuary)

Dengan kadar penghunian 30% hingga 35% hanya dalam tahun pertamanya, Sunway Sanctuary telah menempatkan dirinya dalam kedudukan yang tersendiri. Kejayaan ini mencerminkan trend yang semakin meningkat dalam kalangan warga emas yang menginginkan gaya hidup persaraan yang bertenaga dan berfokuskan kesihatan. Kualiti hidup yang tinggi di Malaysia disokong oleh kadar pertukaran mata wang yang kompetitif telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi persaraan pilihan khususnya dalam kalangan warga negara jiran, Singapura. 

“Kami berhasrat untuk menawarkan pilihan kepada warga emas yang mencari gaya hidup aktif dan sihat pasca persaraan,” kata Dr. Khoo Chow Huat, Pengarah Urusan Operasi Hospital & Penjagaan Kesihatan di Sunway Healthcare Group. 

“Kami komited untuk menyediakan persekitaran di mana warga emas boleh menjalani kehidupan segar, mengecapi kebebasan serta menikmati kualiti hidup yang diperkaya dengan perkhidmatan kesihatan dan aktiviti rekreasi yang mudah diakses. Terletak bersebelahan dengan Pusat Perubatan Sunway di samping perkhidmatan kesihatan komprehensif dan bersepadu kami iaitu Sunway Home Healthcare dan Sunway TCM Centre, warga emas akan berasa tenang kerana keperluan penjagaan kesihatan mereka dijaga dengan baik.” 


Sunway Sanctuary telah memfokus kepada keperluan untuk memenuhi tuntutan pesara Gen X yang mahukan persaraan yang mengikut peredaran semasa serta yang berorientasikan gaya hidup. Lokasi Sunway Sanctuary yang berdekatan dengan Pusat Perubatan Sunway yang serba canggih telah meningkatkan lagi daya tarikannya, lantaran ketersediaan akses mudah kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif. Pada tahun pelancarannya, Sunway Sanctuary telah diiktiraf di Anugerah Inovasi Eldercare ke-12 2024 di Singapura dengan anugerah berprestij, termasuk anugerah Facility of the Year - Active Aging (Berpusat) dan anugerah Design of the Year - Dining Space; semua ini menjadi bukti usaha berterusan Sunway Sanctuary dalam menyediakan program inovatif yang dilaksanakan menerusi ruang rekabentuk bermatlamat dengan penekanan terhadap keselesaan, keselamatan dan kebolehcapaian. 

“Anugerah ini mengiktiraf usaha kami untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong penuaan aktif dan rekabentuk luar biasa. Kami amat berbangga kerana dinobatkan di platform berprestij sebegitu” ujar Dr. Khoo. 

Dalam usaha meningkatkan penawarannya, Sunway Sanctuary telah memperkenalkan Sanctuary Club, suatu konsep kelab dinamik yang direka untuk memupuk komuniti, kesihatan dan pembelajaran sepanjang hayat. Hab ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti kelas kecergasan, aktiviti sosial, bengkel pendidikan dan program kesihatan. 


Melalui tiga peringkat keahlian - Gangsa, Perak dan Emas - Sanctuary Club mampu memenuhi pelbagai keperluan dan kehendak warga emas yang aktif. Selain itu, Program Penginapan Jangka Pendek Warga Emas “Care Stay Package” menyediakan persekitaran yang selamat dan menarik untuk warga emas semasa keluarga mereka pergi melancong. Program ini menawarkan penginapan boleh tersuai beserta pilihan makanan – pakej bermula daripada beberapa hari hingga mingguan atau jangka masa lebih lama – dengan fokus kepada penjagaan peribadi, interaksi sosial dan bantuan penjagaan kesihatan. 

Sunway Sanctuary terus menyokong warga emas dengan perkhidmatan pelengkap seperti Pakej Penjagaan Ortopedik dan Pakej Penjagaan Selepas Pembedahan justeru memastikan pendekatan kehidupan holistik warga emas. 

“Di Sunway Sanctuary, kami sentiasa berinovasi dan mengatur program yang meningkatkan tahap kesihatan dan aktiviti warga emas kami, kata Leonard Theng, Pengurus Besar Sunway Sanctuary. “Bersempena ulang tahun pertama kami, Sunway Sanctuary akan terus menyediakan penjagaan luar biasa menerusi program inovatif yang meningkatkan kehidupan para penghuni kami.” Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Santuary dan pakej yang ditawarkan, kunjungi laman web rasmi www.sunwaysanctuary.com.my atau hubungi +6019 313 0061.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?