SEOUL HOT, SO KOREAN: KEMBARA KE DUNIA PELBAGAI RASA BERSAMA DUBUYO!
Annyeonghaseyo! DubuYo, restoran makanan Korea Halal yang digemari rakyat Malaysia kini kembali dengan menu terbaharu yang bakal menyengat deria rasa, Seoul Hot Ramyeon. Boleh dinikmati di semua cawangan seluruh negara dari 4 Jun hingga 22 September 2024, hidangan baru ini menjanjikan kombinasi rasa lemak berkrim dan pedas yang sangat menarik, membawa para pelanggan menikmati rasa seperti berada di Korea.
Budaya Korea telah lama bertapak di hati rakyat Malaysia, khususnya dari segi hidangan mereka. Dengan permintaan yang semakin meningkat ini, DubuYo telah mengambil langkah untuk mencipta sebuah menu sensasi bermusim yang menunjukkan inti pati masakan Korea - semangkuk ramyeon yang dimasak sempurna bersama kuah yang lemak berkrim dan pedas, dihiasi gulungan ayam yang direneh lazat dan telur rebus. Setiap suapan pastinya membangkitkan gabungan harmoni pelbagai rasa dilengkapi dengan sedikit sentuhan rasa rumpai laut, jagung manis dan tauhu.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif DubuYo Sdn Bhd menekankan evolusi makanan Korea di Malaysia, dengan menyatakan penerimaan dan adaptasinya yang luas. Beliau juga menekankan bahawa DubuYo membezakan jenamanya dengan yang lain dengan menawarkan hidangan Korea Halal yang mempunyai sentuhan unik, memastikan setiap pelanggan menikmati hidangan mereka tanpa sebarang kompromi.
“Dengan peningkatan populariti makanan Korea, kami berdedikasi untuk memperkenalkan pelbagai jenis makanan Halal Korea untuk memastikan bahawa DubuYo mengatasi jangkaan pelanggan kami dan mengelak daripada menjadi jenama yang sama seperti yang lain. Walaupun masakan Korea telah tersebar luas, DubuYo terus berusaha untuk menyajikan pendekatan kontemporari dan memuaskan dalam hidangan Korea,” tambah Kah Yong.
Melengkapkan Seoul Hot Ramyeon sebagai hidangan sampingan ialah Seoul Yam Uyu, minuman yang menarik menggabungkan goguma (ubi keledek) yang manis dan susu berkrim bersama biji boba buah markisa. Minuman yang menyegarkan ini adalah gabungan sempurna yang bakal melengkapi rasa ramyeon yang menakjubkan.
“Kami komited untuk memberikan pengalaman menjamu selera yang tiada tandingan, menggabungkan hidangan asli dan rasa moden kegemaran orang Korea akan membawa anda menjelajah ke pelosok Seoul yang menawan dengan setiap suapan. Setiap hidangan yang disaji telah dicipta dengan teliti menggunakan bahan-bahan yang terpilih untuk mengekalkan rasa yang asli. Kami berhasrat untuk terus membawakan lebih banyak hidangan yang memikat dan inovatif kepada para pelanggan kami sambil mengekalkan jiwa makanan Korea yang dinamik,” ujar Kah Yong.
Setelah hampir sedekad lebih, DubuYo dan DubuYo Mini telah menggembirakan pelanggan mereka di seluruh negara dengan hidangan Korea yang menggamit selera melalui 34 cawangannya. Diambil daripada nama “Dubu” (tauhu), menu Istimewa mereka adalah salah satu hidangan Korea yang digemari, iaitu Soondubu Jigae. Selain sajian yang ikonik ini, DubuYo menawarkan pelbagai hidangan Istimewa Korea, termasuk bibimbap (nasi campur), pa-jeon (lempeng Korea), ramyeon dan ayam goreng Korea, bagi memberikan pengalaman kulinari yang pelbagai lebih daripada BBQ Korea yang biasa.
Untuk maklumat lanjut tentang Seoul Hot Ramyeon atau promosi di DubuYo, Sila layari https://dubuyo.com/ atau di laman Facebook https://www.facebook.com/DubuYo.urbankoreanfood/
Comments
Post a Comment