KOPIKO PERKENAL KOPI CREAMY SEDAP WANGI - KOPIKO CREAMY LATTE


Menyusuli kejayaan pelancaran Kopiko Macchiato - Kopi Pekat Tak Manis Sangat - tahun lalu, Kopiko kini memperkenalkan satu lagi inovasi terbaharunya, Kopiko Creamy Latte. Minuman kopi baharu ini mempunyai tekstur yang berkrim dengan aroma yang harum, selaras dengan tagline-nya, Kopi Creamy Sedap Wangi, satu-satunya kopi latte berkrim asli.

Dibuat daripada biji kopi yang terpilih yang ditanam di tanah gunung berapi yang subur dan dicampur dengan susu berkualiti tinggi, Kopiko Creamy Latte menawarkan kopi yang kaya dan berkrim dengan aroma yang harum. Sama ada diminum panas atau sejuk, minuman baharu ini pastinya menyegarkan di kala hari sibuk atau waktu rehat.

“Kopi semakin menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat Malaysia, dengan pengguna semakin arif dalam cita rasa mereka,” kata Yosianto Cahyadi Marwita, Pengurus Jenama Kanan Kopiko. “Dalam persekitaran yang serba pantas hari ini, ia telah menjadi pilihan gaya hidup untuk orang ramai mencari secawan kopi berkrim yang sempurna untuk menyegarkan dan memberi tenaga kepada diri di kala kesibukan. Kopiko memahami kehendak pengguna yang semakin meningkat ini, oleh itu kami mencipta Kopiko Creamy Latte. Ia menawarkan pengalaman kopi yang berkrim dan sedap, memberikan peluang untuk rakyat Malaysia menikmati saat santai di dalam jadual sibuk mereka.”

“Sebagai jenama dengan warisan yang kukuh, kepakaran dan komitmen terhadap kecemerlangan kopi, kami berdedikasi untuk membawa pengalaman kopi yang luar biasa, yang bukan sahaja memenuhi gaya hidup pengguna kami tetapi juga menyegarkan dan menggembirakan pencinta kopi di mana sahaja,” tambah Yosianto.

Pelancaran ini adalah sebahagian daripada kempen baharu yang dilancarkan ‘Inilah Latte Betul’, menandakan bahawa Kopiko Creamy Latte menjanjikan kepuasan sensori kepuasan yang menyegarkan dengan setiap hirupan.

Kopiko Creamy Latte, Kopiko telah mengadakan jerayawara di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur pada 12 dan 13 Jun di mana mereka memberikan cawan Kopiko Creamy Latte secara percuma. Jerayawara ini juga menampilkan promosi istimewa, di mana pengguna boleh membeli Kopiko Creamy Latte pada harga diskaun RM10, 30% lebih rendah daripada harga biasa. Pengguna juga berpeluang membeli dua paket pada harga diskaun RM20 dan menerima sekotak Choki Stix percuma bernilai RM12.

Promosi ini juga akan diadakan di HeroMarket di Bandar Puteri Puchong. Pengguna boleh menikmati cawan Kopiko Creamy Latte secara percuma dan memanfaatkan banyak promosi menarik sehingga 8 Julai.


Kopiko Creamy Latte boleh didapati di semua pasar raya utama atau melalui Mayora Malaysia Official Store di Shopee & Lazada.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA