"MY HOME IS IN YOUR ARMS" – NASKAH TERBAHARU DAIYAN TRISHA


Selepas kejayaan “Penat” pada tahun 2021, penyanyi, komposer dan penulis lagu Daiyan Trisha, nama yang tidak asing lagi di industri muzik tanah air bakal memukau para peminatnya dengan lagu baharu bertajuk "My Home Is In Your Arms," pada 7 Jun 2024. 

Daiyan mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam bidang muzik selepas berehat selama 3 tahun. “My Home Is In Your Arms”, merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Daiyan Trisha yang diolah dengan indah sekali. Ianya adalah sebuah lagu bergenre pop- alternatif dengan alunan “feel-good vibe” yang diterbitkan oleh Kuizz Shah. 


Pendengar akan disajikan sebuah naratif kisah cinta yang manis pada awalnya, akan tetapi ianya bakal merungkai sebuah kisah menyentuh hati tentang usaha memperbaiki hubungan. Keunikan lagu ini jelas terlihat pada perincian yang sering dilupakan seperti perbezaan antara dua insan, cara berkomunikasi dan perbezaan pengalaman hidup. 

Momen ini telah disusun rapi di dalam bait lirik menekankan intipati sebenar percintaan yang hanya boleh dirasai oleh pasangan yang dilamun cinta dengan lingo dan cara tersendiri. 

“My Home Is In Your Arms”, buah tangan terbaru Daiyan Trisha yang bakal membuai para pendengar. Ia dihasilkan dengan penuh emosi, menyatukan melodi, lirik dan kemasan muzik dengan sempurna dan menyentuh hati.

Comments

Popular posts from this blog

EKSKLUSIF: BUKAN SEKADAR FILEM AKSI, 'HUNTER ELEVEN' ADALAH MISI MALAYSIA MENAKLUK SINEMA DUNIA

SOARING CREATIVITY: PAVILION HONG KONG MERIAHKAN BOOKFEST @ MALAYSIA 2026

ORANG RAMAI BERATUR PANJANG DI SELURUH NEGARA KETIKA SHOPEE BELANJA RAKYAT MALAYSIA BUTTERCRÈME LATTÉ PERCUMA DARIPADA ZUS COFFEE SEMPENA RAYA

RAYA TETAP RAYA: RTM TEMAN SETIA SEPANJANG SYAWAL