ENCORE MELAKA MENGUMUMKAN MUSIM BAHARU YANG LEBIH HEBAT DAN MEMUKAU


ENCORE MELAKA dengan rasminya mengumumkan bahawa persembahan yang dinantikan, ENCORE MELAKA, akan dibuka semula pada 7 Julai 2024, di sebuah sidang media yang diadakan di teaternya. 

Musim yang akan datang menjanjikan pelbagai persembahan yang memukau yang menggabungkan sejarah dan modeniti, teknologi dan seni dalam satu pameran cahaya dan bunyi yang gemilang. ENCORE MELAKA terkenal dengan persembahannya yang besar yang mengintegrasikan muzik, tarian, drama, dan teknologi multimedia, dan telah mendapat sambutan yang baik sejak penampilannya yang pertama. 


Persembahan yang memukau ini tidak hanya menampilkan adegan ikonik dari musim sebelumnya tetapi juga memasukkan elemen inovatif baharu yang lebih baik menggambarkan kisah-kisah Melaka yang kaya dan menyentuh buat penonton. 

Pementasan selama 70 minit ini menggunakan teknologi kreatif untuk menceritakan sejarah 700 tahun dan perubahan Melaka, bagaimana ia merangkul kepelbagaian etnik dan memberi impak kepada kehidupan penduduknya. Musim baru ini bertujuan memberikan pengalaman yang menyentuh hati kepada penonton. Untuk memeriahkan produksi bertaraf tinggi ini, teater dilengkapi dengan teknologi pentas terkini termasuk pencahayaan baru dan sistem audio & bunyi. 

Teater ini mempunyai auditorium yang boleh berputar 360° dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 1,800 orang, pentas sepanjang 240 meter, lebih daripada 1,000 perenjis air di pentas air & kabus, dan enam platform yang boleh dikawal naik turun sehingga 6 meter, memudahkan peralihan adegan yang dinamik dan lancar. 

Dari kiri: Alan Tan, Pengarah Teater; Datuk Wira Boo Kuang Loon, Pengasa; Lei Peng, Pengurus Kanan; dan Wang Yong Chao, Pengarah Artistik, di sidang media untuk mengumumkan musim baru ENCORE Melaka yang bakal bermula 7 Julai 2024

Sementara itu, personaliti watak-watak juga telah diselaraskan dan diperkaya, agar dapat menyentuh hati penonton pada hari ini. Bagi barisan pelakon, wajah-wajah baharu telah menyertai bakat-bakat cemerlang dari musim sebelumnya, bersama-sama mereka menambahkan tenaga dan variasi di dalam persembahan. 

Untuk mempromosikan budaya tempatan, pasukan ENCORE MELAKA telah menambahkan elemen khas yang mencerminkan warisan sejarah dan budaya Melaka, membolehkan penonton lebih memahami latar belakang sejarah yang kaya di bandar ini sambil menikmati persembahan seni. 

Datuk Wira Boo Kuang Loon, Pengasas ENCORE MELAKA

Datuk Wira Boo Kuang Loon, Pengasas ENCORE MELAKA, berkata: "Idea membina teater besar ini bermula dengan sebuah surat dan Belt & Road Initiative (BRI). Ia adalah projek nasional yang telah menerima restu daripada Perdana Menteri Malaysia dan Presiden China semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun 2013. Ia diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan sebagai projek penting di bawah Kawasan Ekonomi Utama Kebangsaan (NKEA) dan berfungsi sebagai platform pertukaran budaya penting antara Malaysia, China, dan seluruh dunia. Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, Yong Tai Bhd bekerjasama dengan Sichuan Tourism Investment Group (STIG) untuk mempromosikan pelancongan budaya, mengurus dan mengendalikan teater ini. Kami sangat teruja dengan pembukaan rasmi musim baharu ini, dan kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramai orang untuk mempromosikan pembangunan seni dan budaya ENCORE MELAKA." 


Sinopsis Persembahan: 
  1. PARAMESWARA: Kisah legenda tentang penubuhan Melaka pada tahun 1400 apabila Putera Parameswara, terinspirasi oleh keberanian seekor kancil, memutuskan untuk menubuhkan kerajaannya. 
  2. CHENG HO: Kedatangan Cheng Ho yang dihormati dan armadanya pada tahun 1405, yang menyambut warisan Baba Nyonya. 
  3. NYONYA & PERKAHWINAN: Penggambaran mewah tentang perkahwinan tradisional pada tahun 1880, lengkap dengan adat nenek moyang dan tarian budaya yang berwarna-warni. 
  4. ENAM IBU: Kisah yang menyetuh hati tentang seorang lelaki tua yang dibesarkan oleh enam ibu, melambangkan perpaduan, penerimaan, dan kasih sayang yang kekal. 
  5. WANITA HAMIL: Penghormatan kepada ketabahan mereka yang menanggung kesusahan semasa perang, melambangkan kebangkitan Melaka. 
  6. WAU: Penghormatan kepada tukang kraf tradisional dan tapestri budaya unik yang mendefinisikan Melaka kontemporari. 
  7. FINALE: Sebuah karya mengisahkan moden yang menakjubkan, menampilkan 200 artis tempatan di pentas, mempamerkan keaslian dan kemegahan warisan Melaka. 

Tarikh & Masa Persembahan: 
  • Mulai 7 Julai 2024 
  • Isnin hingga Sabtu: 5:30 petang dan 8:30 malam 
  • Ahad: 2:30 petang dan 5:30 petang 
  • Tiada persembahan pada hari Rabu 
Harga Tiket: 

Warganegara Malaysia 
  • Dewasa - RM78/seorang. 
  • Potongan harga untuk Warga Emas (60 & ke atas), Kanak-kanak (Di bawah 12 tahun), Orang Kurang Upaya - RM48/seorang 
Bukan Warganegara Malaysia: 
  • RM158/seorang 

Maklumat Pembelian Tiket: Laman Web: https://encore-melaka.com/ Kaunter Tiket: +606 – 270 7777 / +6012 - 650 7010 Acara, Jualan & Pemasaran: +606 – 270 7799 / +6017–902 6010

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA