SALURAN MALAYSIA4PALESTINE KETENGAH KRISIS KEMANUSIAAN DI PALESTIN


Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin. Saluran ini akan disediakan bermula 12 tengah hari, Sabtu, 25 Mei 2024 hingga 12 tengah hari, Ahad, 26 Mei 2024 di Astro saluran 111, Astro GO dan sooka, juga di Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Klik, tanpa caj tambahan.

Kerjasama yang julung kali dilakukan ini menghimpunkan bakat, pempengaruh, pemain industri dan pekerja kemanusiaan dalam bersama-sama memupuk kesedaran tentang perjuangan rakyat Palestin. Saluran Malaysia4Palestine akan menampilkan temubual, persembahan khas dan dokumentari dalam mengetengahkan nasib rakyat Palestin. Sebagai tambahan, saluran ini memberi peluang kepada penonton untuk memberi sumbangan ke tabung rasmi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dengan mengimbas kod QR yang akan disediakan pada skrin.

Inisiatif ini mendapat sokongan lebih 100 personaliti tempatan dari dunia filem, TV, berita, muzik, media digital dan bantuan kemanusiaan. Personaliti-personaliti terkenal yang akan turut mengambil bahagian dalam inisiatif Malaysia4Palestine termasuk Dato’ M. Nasir, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Dato' Dr Ahmad Faizal Perdaus, Dato' Aaron Aziz, Dr Soo Wincci, Alif Satar, Lisa Surihani, Denes Kumar, Datuk Syafinaz Selamat, Elizabeth Tan, Sherry Alhadad, Ceddy Ang, Nadhir Nasar, Meerqeen, Naim Daniel, Mira Filzah, Bella Astillah, Ella, Thomas Kok, Nabil Ahmad, dan ramai lagi. Dengan menonton saluran Malaysia4Palestine, penonton berpeluang menyumbang secara langsung demi perjuangan untuk Palestin melalui seruan bertindak yang disediakan pada skrin. Malaysia4Palestine juga boleh didapati di RTM melalui Klik serta NJOI, Gempak, XUAN dan Astro Ulagam. Untuk maklumat lanjut tentang saluran khas sementara selama 24 jam ini, ikuti Astro Malaysia di platform media sosial

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL