AGODA UMUMKAN SENARAI DESTINASI PALING POPULAR DI MALAYSIA DALAM KALANGAN PELANCONG THAI

Menurut platform pelancongan digital Agoda, Kuala Lumpur merupakan destinasi di Malaysia yang mendapat jumlah carian tertinggi dalam kalangan pelancong Thai, diikuti dengan Pulau Pinang, Johor Bahru, Genting Highlands, dan Langkawi dalam senarai lima destinasi yang paling popular.

Walaupun sudah menjadi laluan yang sering dilalui, sambungan antara Thailand dan Malaysia telah bertambah baik baru-baru ini dengan penambahan laluan penerbangan dan sambungan bas. Ini adalah berikutan pengumuman daripada Menteri Pengangkutan Malaysia yang membenarkan bas pelancongan dengan pendaftaran Thailand memasuki Malaysia selepas membuat permohonan. Ini memudahkan ketibaan pelancong Thai ke Malaysia dengan menaiki bas.

Data carian penginapan Agoda untuk bulan Mei menunjukkan Kuala Lumpur mendahului destinasi-destinasi Malaysia yang lain dengan jumlah carian tertinggi oleh pelancong Thai. Pulau Pinang dan Johor Bahru juga mendapat jumlah carian yang tinggi, menandakan minat yang semakin meningkat terhadap destinasi pelancongan di Malaysia.

Fabian Teja, Pengarah Negara Malaysia dan Brunei di Agoda berkata, “Malaysia sememangnya merupakan destinasi popular bagi negara jiran, Thailand sejak turun-temurun lagi. Dengan penambahan pilihan pengangkutan, kami berharap agar lebih ramai pelancong Thai akan bercuti di Malaysia untuk menikmati pelbagai tarikan yang unik, makanan yang lazat, bersertakan kemesraan Malaysia.”

Pelancong Thai boleh menerokai pelbagai destinasi Malaysia yang menarik, merangkumi tarikan di bandar raya Kuala Lumpur yang meriah sehinggalah ke Pulau Langkawi yang indah. Dengan adanya tawaran bernilai hebat untuk tempat-tempat penginapan, penerbangan dan aktiviti liburan, Agoda sentiasa bersedia untuk membantu para pelancong Thai dan Malaysia untuk bercuti dengan mudah dan lancar.

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM FAMTRIP MAJESTIC JOHOR BERSAMA MEDIA SEMPENA VISIT JOHOR 2026 (13 – 16 OKTOBER 2025 /JB – KOTA TINGGI – MERSING)

TEAL ASIA DAN WATSONS MALAYSIA BERGANDING BAHU SEMPENA HARI PENGHAPUSAN KANSER SERVIKS SEDUNIA WHO — GERAKAN HARAPAN, KETABAHAN DAN TINDAKAN

TIKTOK SHOP TINGKATKAN PERLINDUNGAN HARTA INTELEK UNTUK PMKS MENJELANG 11.11, PERTUMBUHAN 200% TAHUN KE TAHUN BAGI JENAMA DI TIKTOK MALL