LAYARI PENGEMBARAAN ‘FAIRY-TALE’ DI ‘PICNIC IN THE PARK’ SURIA KLCC


Rasai pengembaraan magis melalui suasana piknik mewah, aktiviti interaktif dan simfoni musikal indah! Kuala Lumpur, 14 Jun 2024 – Destinasi Beli-belah Ikonik Malaysia, Suria KLCC kini kembali dengan aktiviti riadah yang mendapat sambutan hangat dikalangan para pengunjung pada tahun lalu. 

Selepas kejayaan luar biasa debutnya pada tahun 2023, “Picnic in the Park” 2024 menjanjikan pengalaman yang lebih mempesonakan untuk seisi keluarga serta para pengunjung pada tahun ini. Bermula dari 7 sehingga 21 Jun, para pengunjung berpeluang untuk menebus slot untuk merasai pengalaman sambutan piknik eksklusif. 


Aktiviti ‘Picnic in the Park’ ini dimulakan dengan acara media pada hari ini, dan setereusnya akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad di antara 15 sehingga 23 Jun untuk para pengunjung yang telah mendapat slot mereka. 

Para pengunjung yang berbelanja RM2,500 ke atas melalui dua resit yang bertarikh antara 7 sehingga 21 Jun layak menebus 4 keping tiket “Picnic in the park”. Aktiviti eksklusif dan menarik ini terhad kepada 55 kumpulan untuk setiap 4 orang pengunjung setiap hari. 


Pengalaman eksklusif dan unik ini juga turut membawakan persembahan yang bertakhtakan pemandangan matahari terbit yang berlatar belakangkan Petronas Twin Towers bermula dari jam 5 petang sehingga 8:30 malam. 

“Kami amat teruja untuk membawa kembali pengalaman 'Picnic in the Park' Suria KLCC untuk tahun kedua," kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. 

“Aktiviti ini membolehkan kami mempersembahkan keindahan Taman KLCC dan menawarkan para pengunjung pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dengan suasana yang mempesonakan diatur khas selain dari aktiviti eksklusif yang menarik, aktiviti 'Picnic in the Park' ini pastinya akan menjadi pengalaman luar biasa yang akan dihargai oleh para pengunjung.” 


Para peserta akan disambut dalam suasana bertemakan 'Garden Fairies' yang penuh dengan hiasan magikal. Tidak kurang dari itu, aktiviti ini juga lengkap dengan hiasan landskap piknik yang menarik yang bakal menjadi tumpuan untuk sesi fotografi. Dekorasi khemah ‘teepee’ dan meja piknik yang dihiasi dengan susunan bunga dan lampu yang memukau juga disasarkan bakal menjadi tumpuan para peserta. 

Setiap kumpulan akan menerima bakul piknik yang mengandungi pelbagai aksesori dan barangan keperluan khas, termasuk pelindung matahari Guardian, tisu basah, dan pelekat Buzzaway Patch; kipas mini tangan Remax; permainan gelembung bebas toksik dan buku aktiviti dari Toys “R” Us; bersama dengan air mineral dan banyak lagi. 


Pengalaman bermakna ini juga tidak lengkap tanpa juadah yang beraneka dan melazatkan. Hidangan dari Burger & Lobster, dilengkapi dengan sajian manisan dari stesen ‘flaaah and ONO’ yang menawarkan pelbagai pilihan ‘hojicha’, ‘matcha’, dan pastri yang enak. Selain itu, tetamu juga boleh mendapatkan gula-gula kapas dan ais-krim dari gerai yang disediakan. 

Suasana indah dan magis tidak lengkap tanpa kehadiran si Pari-Pari. Penghibur yang akan mengenakan kostum pari-pari akan bermesra dan berinteraksi dengan pengujung untuk sesi bergambar selain daripada mengendalikan aktiviti seperti membuat mahkota bunga. 



Aktiviti menarik yang lain termasuk aktiviti mengukir belon bunga dan bergambar di ruang OOTD yang dihias dengan landskap unik di mana para pengunjung berpeluang menggayakan sayap paripari untuk gambar kenangan yang akan diedarkan secara percuma dalam bentuk cetakan instax juga turut tersedia. 

Para pengunjung juga boleh menyertai bengkel ‘succulent planting’, bengkel “layering” minyak wangi dan sesi urutan tangan yang akan dikendalikan oleh The Body Shop, selain dari aktiviti solekan yang akan dijalankan di stesen Gucci Beauty. 


Debaran aktiviti cabutan bertuah akan meningkatkan keterujaan setibanya waktu malam apabila pelbagai hadiah menarik turut menanti para pengunjung yang dibawakan khas oleh Burger & Lobster dan juga Hoka. Buat sekian kalinya, Orkestra Filharmonik Malaysia akan memukau para tetamu dengan persembahan indah ‘string quintet’. 


Aktiviti piknik malam itu akan diakhiri dengan persembahan kemuncak menakjubkan dari Pertunjukan Pancuran Taman Tasik KLCC. Untuk info lanjut, layari www.suriaklcc.com.my dan www.facebook.com/SuriaKLCCMall.


Comments

Popular posts from this blog

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM

SALAD ATELIER MERAIKAN ULANG TAHUN KE-10 DENGAN MENGADAKAN PROMOSI ISTIMEWA DAN AKTIVITI PENGAKTIFAN SEPANJANG TAHUN