BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM


Selepas pelancaran drama bersiri Anggun Mikayla, Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT serantau terkemuka PCCW terus bekerjasama dengan Global Film Station Sdn Bhd menerbitkan drama bersiri terbaru, Bawah Payung Awan. Drama bersiri 30 episod ini merupakan gandingan pertama tiga pelakon Nabila Razali, Ben Amir dan Nelissa Nizam dan akan mula ditayangkan di Viu pada 13 Jun setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Drama ini merupakan adaptasi kedua dari novel tulisan Liza Nur dan diarahkan oleh pengarah Azri Izhar. Selain Nabila Razali, Ben Amir dan Nelissa Nizam, drama ini turut dibintangi oleh Amyza Aznan, Riz Amin, Adam Malek, Muaz Zabir, Kodi Rasheed, Watie Sadali dan Lan Siro.

Drama ini diarahkan oleh Azri Izhar Pengarah Azri Izhar, seorang pengarah berpengalaman yang telah membina reputasi dalam industri dengan pelbagai jenis genre drama. Antara portfolionya yang terbaru adalah Kerana Cinta Itu Ada (2022), Terima Kasih Cinta (2022), Bukan Cinta Sempurna (2023) dan terbaru Iskandar Chempaka (2024).


Sinopsis 

Bawah Payung Awan mengisahkan tentang tiga sekawan iaitu Widad, Soleiman dan Hanan. Mereka dibesarkan di sebuah kawasan setinggan yang menjadi sarang penjenayah. Widad, anak seorang pelacur, berusaha keras untuk mencari jalan keluar dengan belajar bersungguh-sungguh. Soleiman yang menjadi mangsa dera ayahnya sejak kecil keliru dalam mencari identiti diri setelah abangnya meninggal dunia semasa melarikan diri daripada pihak polis. Hanan yang dirogol abang sendiri semasa berusia sembilan tahun dan dibenci ibu kandungnya, mencari kebebasan dengan berpeleseran dengan mat motor bernama Zaf. 

Hanan yang semakin hanyut, mendesak Soleiman membantunya sehingga Soleiman terheret ke dalam perancangan samseng-samseng kawasan setinggan mereka untuk merompak. Akibatnya, Soleiman tertangkap dan dimasukkan ke sekolah Henry Gurney. Widad cuba melawat Soleiman tetapi sahabatnya itu enggan berjumpa dengannya. Soleiman mengutus surat kepada Widad sebelum Widad berangkat untuk menyambung pelajaran ke luar negara dengan tajaan biasiswa. Soleiman meminta supaya Widad melupakan dirinya seperti mana dia sudah melupakan Widad dan mahu mereka meneruskan hidup masing-masing. Mampukah mereka mengubah nasib hidup mereka?

Barisan pelakon Bawah Payung Awan


Nabila Razali sebagai Widad. Nabila Razali yang memegang watak Widad, anak seorang pelacur, berusaha keras untuk mencari jalan keluar dari kepompong hidupnya dengan belajar bersungguh-sungguh. Nabila merupakan bintang Akademi Fantasia musim ke 10 dan mempunyai rangkaian lagu popular seperti Pematah Hati, Vroom Vroom dan Peluang Kedua. Sebagai pelakon, Nabila telah membintangi drama televisyen dan telefilem popular antaranya ialah Biar Mereka Cemburu (2020), Kerana Cinta Itu Ada (2022) dan Luruhnya Bunga Cinta (2023). Nabila juga pernah menjadi finalis di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35.


Ben Amir sebagai Soleiman. Ben Amir memegang watak Soleiman yang merupakan mangsa dera ayahnya sejak kecil keliru dalam mencari identiti diri setelah abangnya meninggal dunia semasa melarikan diri daripada pihak polis. Merupakan bekas Hero Remaja 2011/2012, Ben memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon dengan membintangi drama bersiri seperti Sang Pewaris (2020), Honey-Moon (2022), Tetuan Ang & Rahimin (2022), Polis Evo 3 (2023) dan One Million Dollar Voice (2023)


Nelissa Nizam sebagai Hanan. Nelissa Nizam memegang watak Hanan yang mencari kebebasan dengan berpeleseran dengan mat motor selepas dirogol abang sendiri semasa berusia sembilan tahun. Nelissa memulakan kerjaya lakonan sejak 2016 dan telah membintangi beberapa filem dan drama. Nelissa paling dikenali menerusi watak Maria dalam Budak Tebing 2 (2021). Beliau juga merupakan bekas ahli kumpulan The Gadys

  

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA