AGODA: LEBIH RAMAI PELANCONG EROPAH MEMILIH DESTINASI ASIA UNTUK PERCUTIAN MUSIM PANAS MEREKA


Menjelangnya musim panas Eropah, data platform pelancongan digital Agoda mandapati Asia telah menjadi pilihan utama para pelancong antarabangsa dari Eropah. Destinasi di Asia bukan sahaja berada di kedudukan paling popular di luar Eropah, malah popularitinya juga semakin meningkat berbanding dengan tahun lepas, yang mana Agoda telah mencatatkan 52% peningkatan dalam jumlah carian penginapan oleh pelancong Eropah untuk bercuti ke Asia.

Menurut data Agoda, destinasi paling popular di Asia bagi pelancong Eropah ialah Thailand, Indonesia dan Jepun, diikuti oleh Malaysia dan Filipina. Ini menunjukkan daya tarikan destinasi Asia untuk para pelancong Eropah dengan pelbagai minat yang berbeza. Sama ada mereka mahu menerokai jalan-jalan yang meriah dan tapak bersejarah di Bangkok atau meluncur ombak di pantai Bali, pelancong Eropah bersedia untuk mempertimbangkan apa yang ditawarkan di Asia. Pasaran Eropah dengan jumlah carian tertinggi untuk percutian ke Asia ialah United Kingdom, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Belanda.

Malaysia berada di kedudukan ke-4 sebagai destinasi paling popular di Asia untuk pelancong Eropah. Carian tertinggi bagi penginapan di Malaysia dilakukan oleh pelancong dari Perancis, diikuti oleh pelancong dari Itali, United Kingdom, Sepanyol dan Belanda.
 

Destinasi Asia Dengan Jumlah Carian Tertinggi

Ketibaan jumlah pelancong tertinggi mengikut negara

Thailand

United Kingdom

Indonesia

Perancis

Jepun

Jerman

Malaysia

Sepanyol

Filipina

Belanda


Fabian Teja, Pengarah Negara Malaysia dan Brunei di Agoda berkata, "Peningkatan dalam jumlah carian berbanding tahun lepas menunjukkan peningkatan populariti Asia sebagai destinasi percutian dalam kalangan pelancong Eropah. Kesan trend ini dapat dilihat terutamanya di Asia Tenggara, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Jepun juga berjaya disenaraikan di beberapa kedudukan teratas. Kami berasa teruja apabila melihat lebih ramai pelancong Eropah mempertimbangkan Asia sebagai destinasi percutian mereka.Sebagai orang Eropah yang telah menjejak and mengembara Asia sejak 15 tahun yang lalu, saya dapat melihat potensi pelbagai rantau ini, dengan beratus-ratus tempat menarik untuk dikunjungi. Seronok melihat lebih ramai orang Eropah menerokai destinasi Asia yang menakjubkan ini semasa tempoh percutian mereka."

Kuala Lumpur, Langkawi dan Pulau Redang adalah destinasi di Malaysia yang mendapat jumlah carian tertinggi oleh pelancong Eropah. Destinasi-destinasi tersebut menawarkan pelbagai aktiviti liburan, pengembaraan dan kebudayaan yang menarik kepada pelancong yang ingin memanfaatkan percutian musim panas jarak jauh mereka sepenuhnya.

Pelancong sentiasa merancang percutian mereka yang berikutya. , Agoda komited dalam membantu mereka mengembara dunia dengan lebih murah melalui tawaran bernilai hebat di lebih empat juta tempat penginapan di seluruh dunia, serta tiket penerbangan dan aktiviti liburan.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO