SYIOKNYA BELI & MENANG: SUNGEI WANG PLAZA TAWAR HADIAH BERNILAI SEHINGGA RM50,000 UNTUK DIMENANGI!


Kempen Syioknya Beli & Menang Sungei Wang Plaza memberikan lebih ganjaran apabila anda membeli-belah bersama kami! Dari sekarang sehingga 23 Ogos 2024, para pembeli layak menyertai kedua-dua Cabutan Bertuah Mingguan dan Utama dengan perbelanjaan minimum RM88 (maksimum DUA (2) resit), di mana-mana kedai runcit di dalam pusat beli-belah ini. 

Sebanyak SERATUS (100) hadiah akan diagihkan bagi Cabutan Bertuah Mingguan di mana SEPULUH (10) orang pemenang bakal dipilih pada setiap minggu sepanjang tempoh 10 minggu. Setiap pemenang akan membawa pulang Baucar Hadiah Watsons bernilai RM50. Bagi menentukan pemenang Hadiah Utama, Acara Cabutan Bertuah akan diadakan pada 31 Ogos 2024 di ruangan Lantai Utama, Sungei Wang Plaza. 

Sebanyak ENAM PULUH LAPAN (68) hadiah menarik akan menjadi rebutan pada acara Cabutan Bertuah secara langsung ini. Jadilah salah seorang pemenang bertuah yang bakal membawa pulang hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000, antaranya ialah Baucar Pelancongan bernilai RM10,888, iPhone 15 Pro, iPad, telefon bimbit Realme 12, Jam Tangan Samsung 5 dan Buds, kepingan emas 0.5g Tomei, bekalan burger selama setahun tajaan Saudi Burger, baucar tunai Eyes Vision Optical, Levi’s, MinNature, Camp5, KL Hop On Hop Off, Blastacars, Beryl’s Chocolate, Famous Amos, Secret Recipe, HWC Coffee, Giant Malaysia, Watsons dan banyak lagi. 

REPLIKA BEG MEMBELI-BELAH GIANT 

Singgah ke Sungei Wang Plaza untuk melihat replika beg membeli-belah bertemakan warna merah, jingga dan kuning yang besar di Pintu Masuk Utama. Anda juga boleh membawa beg membeli-belah anda sendiri untuk mengambil gambar yang menarik di replika tersebut selepas sesi terapi membeli-belah di Sungei Wang Plaza. 

Rakam dan kongsi detik-detik membeli-belah anda yang menyeronokkan di Sungei Wang Plaza! Kempen Syioknya Beli & Menang ini dianjurkan bersempena dengan Kempen Jualan Mega Malaysia tahunan yang berlangsung dari 15 Jun sehingga 31 Julai 2024 oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. 

"Dengan mencipta insentif dan menggalakkan pembeli untuk membeli-belah dalam tempoh ini, kami menyokong inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam mencipta pengalaman berharga untuk pelancong domestik dan antarabangsa. Kunjungi Sungei Wang Plaza hari ini sebagai sebahagian dari pengalaman berharga di Bukit Bintang. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kempen kami iaitu Apple Vacations, Watsons, Eyes Vision Optical, Saudi Burger, MinNature, Camp5, Blastacars, KL Hop On Hop Off, Levi's, Tomei, Beryl's Chocolate, Famous Amos, HWC Coffee, Secret Recipe dan Giant Malaysia atas sokongan berharga mereka dalam menjayakan kempen Syioknya Beli & Menang ini. Pelbagai kejutan menanti para pembeli sepanjang kempen ini. Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami!," kata Encik Joseph Teo, Pengurus Besar Plaza Sungei Wang. 

Sungei Wang Plaza menempatkan pelbagai kedai runcit yang unik dari fesyen, kecantikan, optikal, digital & gajet, mainan & hobi, seni & kraf, aksesori, pasar raya Giant, kedai-kedai khas, pengalaman dan hiburan. Sesuai dengan kepelbagaian barangan yang ditawarkan, sebagai pusat beli-belah sehenti yang dapat memenuhi keperluan pembeli dari semua peringkat umur sama ada hari bersuka ria bersama keluarga atau sekadar singgah membeli barangan runcit. 


Kunjungi dan membeli-belah di Sungei Wang Plaza hari ini dan dapatkan lebih nilai dengan menyertai kempen Syioknya Beli & Menang! 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Sungei Wang Plaza di www.sungeiwang.com atau semak kemas kini secara langsung di laman Facebook Sungei Wang di www.facebook.com/sungeiwangplaza

Sila tag Sungei Wang Plaza di media sosial: #Syioknyabelidanmenang #SungeiWangPlaza #shopatsungeiwang #lepakatsungeiwang #jalanatsungeiwang #makanatsungeiwang

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA