PELANCARAN JUALAN MEGA MALAYSIA 2024: MENINGKATKAN PELANCONGAN DAN MERANCAKKAN EKONOMI NEGARA


Tourism Malaysia secara rasminya telah mengumumkan pelancaran Jualan Mega Malaysia 2024, yang mana merupakan satu inisiatif besar bagi mewujudkan aktiviti promosi pelancongan yang berimpak tinggi dengan Mastercard sebagai rakan kerjasama. 

Inisiatif ini bukan sahaja mempromosikan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah utama, tetapi juga untuk merancakkan lagi pelbagai sektor ekonomi negara yang melibatkan penginapan, gastronomi dan aktiviti pelancongan. Jualan Mega Malaysia 2024 akan bermula pada 15 Jun hingga 31 Julai 2024 melibatkan peruncitan dan pusat membeli-belah terkemuka di Malaysia dengan potongan harga sehingga 85 peratus. 

Program ini disasarkan untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa seterusnya memberikan nilai tambahan apabila melancong ke Malaysia. Kempen ini mendapat sokongan penuh daripada pelbagai pihak termasuk pengusaha pusat membeli-belah, persatuan hotel, agensi pelancongan, syarikat penerbangan, KTMB dan para penggiat industri pelancongan tempatan. 

Kerjasama ini akan memastikan pelancong menikmati pengalaman berbelanja secara menyeluruh dan berharga ketika di Malaysia selaras dengan slogan kempen jualan nasional iaitu “MY Priceless Experience”. Inisiatif ini juga dijangka akan memberikan impak yang signifikan dengan sasaran pendapatan pelancongan bagi 2024 sebanyak RM102.7 bilion. 


Majlis pelancaran kempen yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur ini dirasmikan oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan turut dihadiri oleh Encik Manoharan Periasamy, Ketua Pengarah Tourism Malaysia. 

YB Dato Sri Tiong King Sing memaklumkan bahawa untuk tahun 2024, kempen jualan nasional diadakan dua (2) kali iaitu Jualan Mega Malaysia (15 Jun hingga 31 Julai) dan Jualan Akhir Tahun (15 November hingga 31 Disember). 

Manakala untuk tahun 2025 dan 2026, kempen jualan nasional ini akan diadakan sebanyak tiga (3) kali setahun pada tarikh-tarikh berikut; 
  • Jualan Malaysia Super Sale: 1 hingga 31 Mac 
  • Jualan Mega Malaysia:15 Jun hingga 31 Julai 
  • Jualan Akhir Tahun: 15 November hingga 31 Disember 
Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR yang disediakan ataupun menerusi laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM