SHOKZ LANCARKAN FON KEPALA OPENFIT AIR YANG RINGAN DAN BERGAYA


Shokz, peneraju fon kepala open ear terkemuka, hari ini melancarkan OpenFit Air, fon kepala jenis open ear tanpa wayar yang ringan dan selesa. OpenFit Air merupakan fon kepala telinga terbuka tanpa wayar generasi terbaharu Shokz selepas OpenFit yang dilancarkan pada 2023. 

Majlis pelancaran rasmi telah diadakan di Urban Republic, penjual semula teknologi terkemuka di Malaysia, di cawangan Sunway Velocity mereka. OpenFit Air menampilkan reka bentuk khas dari Shokz – open ear dan cangkuk telinga ergonomik untuk keselesaan optimum dan pengalaman pendengaran yang terbaik.


Dengan berat 8.7g, fon kepala ini direka bentuk dengan kemasan silikon lembut yang mempunyai kelenturan sesuai untuk setiap bentuk telinga, dan untuk penggunaan sepanjang hari. Menampilkan aloi memori Ni-Ti fleksibel ultra-halus 0.75mm, reka bentuk Air-Earhook memastikan fon kepala ini sentiasa terletak elok untuk pemakai, serta meminimumkan tekanan semasa sesi mendengar jangka masa lama. Reka bentuk rongga dan keratan rentas berbentuk titisan air membolehkan fon kepala ini dimuatkan lebih dalam ke telinga untuk pemakaian yang selesa.

Dikuasakan oleh teknologi DirectPitch™, OpenFit Air menyediakan ciri audio penuh dan semula jadi yang membolehkan pengguna untuk menyelami pengalaman mendengar lagu, podcast dan buku audio kegemaran mereka yang lebih mengasyikkan. Dengan Shokz OpenBass™ Air dan algoritma peningkatan frekuensi rendah proprietari, OpenFit Air menawarkan bass yang dalam dan terperinci.


Dengan hayat bateri selama enam jam sekali pengecasan dan sejumlah 28 jam dengan kes pengecasannya, fon kepala OpenFit Air memastikan playlist lagu anda terus berputar untuk penggunaan berpanjangan. Bagi mereka yang kekurangan masa, pengecasan pantas 10 minit akan memberikan tambahan dua jam masa mendengar.

Jean Yang, Pengarah Pasaran APAC dari Shokz berkata, “Tahun lepas, OpenFit merupakan pilihan pengguna di seluruh dunia kerana keselesan terbaik yang ditawarkan, dan ini telah menyumbang kepada capaian jualan yang hebat. Tahun ini, kami juga ingin menggalakan lebih ramai orang untuk menikmati teknologi open ear. Dengan OpenFit Air, anda akan dapat kekal berhubung dengan keluarga, rakan dan rakan sekerja, atau kekal sedar dengan situasi sekeliling serta bermotivasi semasa bersenam. OpenFit Air tersedia dalam kemasan silikon matte dalam tiga warna termasuk merah jambu, putih dan hitam untuk dipadankan dengan apa-apa gaya dengan mudah.



Ciri OpenFit Air:
  • Shokz Air-Earhook yang inovatif. Aloi memori Ni-Ti fleksibel ultra-halus 0.75mm dengan kemasan silikon lembut. Keratan rentas berbentuk titisan air meminimumkan tekanan semasa sesi mendengar yang panjang
  • Reka bentuk dwi-serong ergonomik
  • Shokz DirectPitch™ untuk pendengaran open ear
  • Unit pemacu dinamik komposit 18 x 11 mm untuk perincian audio yang berkuasa dan kaya dengan ketepatan
  • Shokz OpenBass™ Air untuk algoritma peningkatan frekuensi rendah proprietari
  • Enam jam hayat bateri dengan sekali cas dan 28 jam dengan kes pengecasan. 10 minit pengecasan menyediakan 2 jam tambahan masa mendengar
  • Tiga warna dengan permukaan silikon matte digabungkan dengan cincin cahaya perak metalik
  • Empat mikrofon yang boleh menjejaki suara pengguna dengan tepat dengan Adaptive Beamforming
  • Kalis air dan peluh IP54
  • Julat Bluetooth 5.2 sejauh 10 meter
  • Kuasai pelbagai tugas dengan pasangan multipoint
  • Kawalan sentuhan intuitif
Shokz OpenFit Air boleh dipesan hari ini dengan harga RM599 di https://novemarketing.com/.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO