BERPESTA BERSAMA DISKORIA DENGAN TETAMU UNDANGAN ISTIMEWA SHEILA MAJID


Mendengar namanya sahaja sudah boleh membuat badan bergoyang dan ingin berdansa. Bayangkan bagaimana pula jika grup yang menjadi pelopor muzik disko lokal Indonesia, DISKORIA yang sedang hangat dengan single terkini, Badai Telah Berlalu (bersama Bunga Citra Lestari & Laleilmanino) berada di depan anda lalu mempersembahkan karya mereka secara langsung.

Dan itulah yang akan anda nikmati di Zepp Kuala Lumpur, tanggal 14 Jun 2024 ini!

MY Deteksi bersama penganjur bersama Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia berbangga membawakan satu-satunya konsert yang akan dibanjiri genre muzik disko nan ‘dilarang diputar di disko’ menerusi A TIME TRAVEL DISKORIA WITH A SPECIAL GUEST SHEILA MAJID.

Ya, anda mendapatkan bonus berganda kerana penampilan perdana DISKORIA di Malaysia akan disertai pesohor seni tempatan nan bersinar di Nusantara, Datuk Sheila Majid sebagai penampilan khas.


“Ucapkan selamat datang kepada DISKORIA yang akan menyebarkan aura disko dan pesta dalam A TIME TRAVEL DISKORIA WITH A SPECIAL GUEST SHEILA MAJID pada 14 Jun 2024 ini di Zepp Kuala Lumpur.

“Selaku penganjur kami di MY Deteksi bersama Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia malah berbesar hati dan berasa terhormat di atas persetujuan legendaris Datuk Sheila Majid sebagai penampilan khas.

“Mahu tahu bagaimana konsert berlangsung kelak saat DISKORIA ‘berpesta’ dan Sheila Majid menjadi ‘bumbu khas’, jangan lewatkan pertemuan bersama mereka dalam konsert ini.

“Ucapan terima kasih juga kepada JEMPUT DENGAR yang akan menjadi artis pembuka konsert ini,” kata Shafika Mazlan dari My Deteksi.

Pertama kali berkongsi panggung bersama Sheila Majid, pendiri DISKORIA, Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat punya harapan agar A TIME TRAVEL DISKORIA WITH A SPECIAL GUEST SHEILA MAJID mencipta magis dan membawa masa silam hadir ke dunia masa kini lewat persembahan mereka.

“DISKORIA sangat senang dijemput hadir ke Malaysia dan apa lagi di konsert perdana kami nanti yang menjadi tamu specialnya adalah the one and only Datuk Sheila Majid.

“Nah bagaimana kelak konsert akan berlangsung, kami akan pastikan semua berpesta ria. Pulang ke masa silam muzik disko yang dinikahi teknologi kini,” ujar duo tersebut.


Dengan itu jangan sampai terlewatkan untuk hadir di pesta A TIME TRAVEL DISKORIA WITH A SPECIAL GUEST SHEILA MAJID tanggal 14 Jun 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

Dengarkan Balada Insan Muda, Pelangi Cinta atau Serenata Jiwa Lara dengan harga tiket SERENATA JIWA LARA (RM165), SINARAN (RM165), C.H.R.I.S.Y.E (RM220) BADAI PASTI BERLALU (RM320).

Pembelian tiket dibeli menerusi www.myticket.asia.


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM