VGRAINS MENGATASI HALANGAN PEMBANGUNAN KOGNITIF MODEN DENGAN FORMULA YANG DIPERBAHARU


GoodMorning Global Group Holdings Berhad, peneraju bioteknologi yang beroperasi selama 16 tahun di Malaysia, hari ini melancarkan versi baharu VGrains dengan formula yang dipertingkatkan untuk mengatasi cabaran pembangunan kognitif generasi baru kanak-kanak dan remaja yang dikenali sebagai ‘Digital Natives’. 

Majlis ini dirasmikan oleh Dato’ Dr Lee Boon Chye, Pengerusi Bukan Eksekutif bagi Lembaga Pengarah, Bioeconomy Corporation Sdn. Bhd. dan bekas Timbalan Menteri Kesihatan yang berkhidmat bagi negara dari 2018 hingga 2020. Ketersediaan formula baru ini akan dirayakan bersama dengan jelajah pendidikan, VGrains Wonderland, yang akan berlangsung dari 26 hingga 30 Jun 2024 di Sunway Pyramid. 

“Ia menjadi tanggungjawab kami sebagai Syarikat bioteknologi dan kesihatan untuk membantu remaja Malaysia mengatasi halangan pertumbuhan kognitif yang disebabkan oleh gaya hidup yang sentiasa berubah. MindVPro™ yang dipatenkan adalah asas sokongan untuk mengatasi isu ini. Pembangunan produk yang menampilkan gabungan Cordyceps Militaris, Palm Tocotrienol, Tiger Milk Mushroom, yang menyampaikan 3 kali ganda lebih lutein berbanding formula sebelumnya, antioksidan yang terbukti untuk mengekalkan kesihatan mata, otak dan kulit bagi membantu pembesaran kanak-kanak. Fokus kami kepada penyelidikan Bioteknologi selari dengan Dasar Bioteknologi Negara 2.0 telah memudahkan proses penyelidikan untuk formula yang dipertingkatkan ini. Produk ini dipertingkat dengan antioksidan, perlindungan neuro, perlindungan mata dan 18 jenis bijirin yang mempromosikan fitonutrien. Kami berusaha untuk membantu ibu bapa melindungi kesihatan anakanak mereka yang mungkin terjejas akibat penggunaan skrin yang berlebihan, kurang bermain di luar, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan pengurangan interaksi,” kongsi Dato’ Dr. Lim Sin Boon, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Pengasas GoodMorning Global Group Holdings Berhad. 

Produk baru ini dicetuskan dan dikembangkan pada awal tahun 2023. Dengan input global dan tempatan, produk ini ditingkatkan di makmal Good Morning Global Group di Malaysia dan menjalani ujian dan penambahbaikan yang ketat untuk memastikan keberkesanan dan keselamatan. 


Syarikat ini bertujuan untuk membina ekosistem bioteknologi yang mampan untuk perkembangan dari segi penyelidikan, factor komersil, teknologi, keupayaan rantaian bekalan dan pasaran. Tumpuan Malaysia terhadap IR4.0 dan kini pada bioteknologi akan memberi manfaat yang besar kepada pemain industri dalam bidang F&B dan kesihatan untuk mewujudkan medan yang lebih luas untuk pengembangan perniagaan dan pengetahuan. 

Jabatan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Good Morning Global mengetuai penyelidikan yang memenangi anugerah ke atas bahan utama formula maju ini dengan kerjasama universiti tempatan untuk memenangi Pingat Emas di Pertandingan dan Pameran Inovasi, Teknologi dan Ciptaan Antarabangsa ke-35 (ITEX 2024) untuk Penyelidikan RespiRemè® (Tiger Milk Mushroom) dan Pingat Gangsa untuk Penyelidikan di Expo Teknologi Malaysia 2024 (MTE) mengenai OriMili™ (Cordyceps militaris). 

Kajian dari sekitar dunia menyuarakan kebimbangan tentang gaya hidup moden dan kesannya terhadap kanak-kanak yang sedang membesar. Indeks Belia 2020 menyatakan bahawa remaja Malaysia menghabiskan purata 4 hingga 5 jam sehari menggunakan peranti mudah alih atau Internet, satu angka yang boleh meningkat pada tahun-tahun yang akan datang. 

Kajian yang sama juga meneroka tabiat pemakanan yang menunjukkan pengambilan makanan segera, tinggi gula dan makanan segera yang signifikan. 

“Anak-anak kita menghadapi risiko pembangunan! Data menunjukkan bahawa remaja Malaysia menghabiskan beberapa jam setiap hari pada peranti mereka dan mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak optimum untuk kesihatan otak dan tubuh mereka. Gaya hidup ini memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka, menyebabkan masalah seperti isu penglihatan, masalah kesihatan mental, kekurangan nutrisi dan gangguan metabolik,” akui Dr. Mah Chin Liang, seorang Pengamal Perubatan Am yang juga berminat dalam perubatan keluarga. 

VGrains menyedari bahawa kemewahan hidup moden dan mudah boleh mencipta halangan signifikan untuk pertumbuhan kognitif. Memandangkan keperluan gaya hidup seimbang yang mengalakkan pertumbuhan kanak-kanak di Malaysia secara fizikal dan mental, formula ini melindungi kesihatan otak dan mata kanak-kanak dengan membantu meningkatkan pembelajaran dan tumpuan sambil mengurangkan risiko kemerosotan macula mata yang boleh disebabkan oleh pancaran cahaya biru dengan Lutein daripada sumber semula jadi. 

Antioksidan semula jadi hadir melalui pelbagai bahan dalam VGrains untuk mengurangkan tekanan oksidatif dan membina kesihatan keseluruhan untuk kanak-kanak.  

"GoodMorning pakar dalam produk makanan harian sebagai sarapan pagi atau pengganti makanan. Rasa adalah elemen penting dalam apa yang kami lakukan kerana pengambilan harian memerlukan rasa yang diminati oleh pengguna kami. Kami mematuhi prinsip ini lebih-lebih lagi dengan VGrains kerana ia disasarkan kepada remaja yang mempunyai cita rasa yang tajam,” ujar Dato’ Dr. Lim. 

Produk ini mempromosikan kesihatan yang baik dan rasa yang hebat dengan menyampaikan kebaikan nutrien seperti blueberry, ubi keledek ungu, jagung di samping formula eksklusif untuk menyampaikan rasa yang berfungsi positif untuk tubuh anda. 

“Berdasarkan format kapsul dan larut yang kami perkenalkan hari ini, kami juga akan meneroka cara lain untuk memperkenalkan MindVPro™ ini ke dalam produk makanan yang menarik kepada pengguna remaja. Kami berharap untuk memberi remaja Malaysia alternatif makanan ringan dan minuman yang sihat yang boleh memuaskan selera mereka sambil melindungi kesihatan kognitif dan fizikal mereka,” kata Dato’ Dr. Lim. 

Suplemen ini akan dijual dalam pasaran dalam dua variasi, sebagai Botol VGrains 850g dan Sachet VGrains dalam Kotak (12 x 30g) di farmasi-farmasi utama, dewan perubatan Cina di seluruh negara, dan kedai rasmi GoodMorning di www.goodmorning.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!