KUCAIMARS KEMBALI FOBIA DENGAN ‘BUAYA’ MENERUSI “AKU FOBIA”
Kucaimars (26) atau nama sebenar Amirul Husyairi, anak kelahiran negeri sembilan yang dikenali dari Realiti show di Astro (Big stage Season 2/2019) dan berjaya menjadi semifinalist ketika itu. Sebelum ke bigstage, beliau sudah dikenali di social media terutamanya di Instagram - @kucaimars dan Youtube - @kucaimarztv dengan content seperti cover lagu yang kebanyakannya lagu dari Indonesia. Selepas dari realiti show bigstage, beliau telah dilamar oleh Armani Entertainment Group (AEG) untuk menjadi artis dibawah naungan AEG.
Kegemaran saya iaitu coklat Mars" Lagu ini mengisahkan tentang seorang individu yang awalnya percaya bahawa cinta adalah sesuatu yang indah, namun akhirnya menyedari bahawa tidak selalu seperti itu. Dia jatuh cinta pada seseorang yang ternyata hanya memanfaatkannya. Walaupun beliau sedar dengan kenyataan itu, namun sulit untuk melepaskan diri dari rayuan sang buaya (wanita tersebut). Lagu ini menggambarkan perjalanan emosional dan kesedaran diri seseorang dalam hubungan yang tidak sihat (toxic relationship). "Lagu Aku Fobia ini adalah satu lagu yang fun. Unique nya tentang lirik lagu ini adalah selalunya lelaki di stereotype sebagai buaya, tapi kali ini kami tekankan kepada perempuan pula yang dikenali sebagai buaya di dalam hubungan."
“Projek ini juga sebenarnya hanya projek fun yang saya buat bersama komposer - Emeer Bakri, Amsyar Razqa, dan Anwar Amzah untuk engage dengan audience saya di media sosial. Salah seorang
audience saya menyuruh saya & team mencipta lagu tentang “dia” yang selama ini menjalani toxic relationship. Jadi saya bersama team studio/komposer terus mencipta lagu untuk “dia” dalam masa 5 min sahaja.”
“Lagu ini adalah projek istimewa yang fun buat saya, ia adalah sebuah project experiment kerana jarang komposer di Malaysia yang akan cipta muzik-muzik bergenre sebegini. Jadi target tu tiada, sekadar menjadi lagu hiburan para pendengar. Jikalau lagu ini menjadi lagu harian pendengar, sudah tentu saya dan team akan sangat happy!” “Genre muzik saya agak berbeza dengan lain, jadi untuk menampakkan kelainan tu mengambil masa sedikit kerana industri muzik sekarang universal, mana-mana lagu yang peminat suka dengar, lagu tu yang akan pergi jauh. Perkembangan setakat ini agak konsisten selepas berehat terlalu lama ketika PKP. Jadi inilah masa untuk comeback dengan muzik yang baru.” “Lagu ini ditulis oleh saya bersama 3 orang team studio saya iaitu Emeer Bakri, Anwar Amzah dan Amsyar Razqa. Proses sepanjang pembikinan lagu ini amat mudah kerana semua sudah ada chemistry dengan muzik yang mahu dibuat. Jadi kami hanya perlu mencari tajuk sahaja ketika itu”
“Konsep cover art kali ini saya menampilkan kelainan dalam konsep grafik, di mana saya bertanya kepada pengikut media sosial saya untuk memilih beberapa pilihan grafik yang ada dan cover art grafik yang paling banyak dipilih, itulah yang saya gunakan untuk single Aku Fobia. Ini juga bertujuan untuk mendekatkan diri saya bersama pengikut-pengikut saya supaya mereka rasa dihargai dengan
keterlibatan mereka memilih cover art ini” Kehadiran lagu Aku Fobia ini diharapkan dapat memberi nafas baru dalam industri muzik tempatan.
Lagu Aku Fobia - Kucaimars, dibawah naungan Armani Entertainment Group (AEG) ini boleh didengari dan dimuat turun melalui platform penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music dan muzik video boleh ditonton eksklusif di saluran YouTube @ArmaniEntertainmentGroup. Teruskan menyokong hasil karya Armani Entertainment Group dan Kucaimars demi memartabatkan industri muzik tanah air.
Link Official Lyric Video YT : https://www.youtube.com/watch?v=nBx6t23jt7o
Comments
Post a Comment