KEPENTINGAN PENGAMBILAN PROTEIN & GAYA HIDUP SIHAT


Sehubungan dengan keadaan semasa, ianya penting untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara memantau keseimbangan diet harian dan melakukan senaman dalam usaha untuk kekal sihat demi kesejahteraan mental dan fizikal., Ianya telah menjadi suatu keperluan untuk kita menumpukan perhatian terhadap cara kita berdepan dengan situasi semasa serta menjadi lebih berwaspada dalam menjalani kehidupan. Sehubungan dengan itu, Amway Malaysia telah mengorak langkah untuk memperkasa rakyat Malaysia menjadikan gaya hidup yang seimbang suatu keutamaan melalui sebuah webinar.

“Wajarlah untuk kita menjaga kesihatan diri dalam usaha untuk terus kekal sihat tatkala berdepan dengan keadaan semasa. Oleh kerana kita sering berdepan dengan kemunculan varian-varian baharu, kita perlu menumpukan perhatian terhadap kesihatan diri melalui pemantauan diet harian dan mengamalkan gaya hidup yang lebih cerdas.” ujar Dr Sareena Hanim Hamzah, Pensyarah Kanan dan Timbalan Pengarah Penyelidikan di Pusat Sukan dan Senaman, Universiti Malaya.

“Selain mengamalkan gaya hidup yang seimbang, kita juga haruslah sentiasa memantau tabiat pemakanan demi mendapatkan tenaga yang mencukupi serta mengelakkan daripada masalah makan berlebihan. Untuk kekal aktif, kita digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti sederhana sekurang-kurangnya selama 150-300 minit setiap minggu demi manfaat kesihatan yang optimum. Ianya juga membantu meningkatkan hormon-hormon endorfin serta dapat mengurangkan stress. Justeru, kita dapat mengekalkan gaya hidup yang lebih seimbang,” tambahnya lagi.

“Diet yang sihat juga penting dalam menyokong sistem imunisasi badan. Diet yang kaya dengan khasiat boleh membantu mengurangkan risiko masalah penyakit-penyakit lain seperti obesiti, penyakit jantung atau diabetes,” ujar Indra Balaratnam, seorang pakar pemakanan.

Ramai di kalangan kita telah mula menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan menambah protein ke dalam pemakanan mereka. Sumber protein boleh didapati melalui pengambilan makanan semulajadi yang berprotein, suplemen protein dan pengganti-pengganti makanan. Protein juga sering dikaitkan dengan peningkatan otot, pemulihan otot atau penurunan berat badan.

 Che Puan Sarimah Ibrahim (kiri), Dr Sareena Hanim Hamzah (tengah) dan Indra Balaratnam (kanan) 

“Protein merupakan makronutrien kepada badan dan akan dipecahkan menjadi asid amino. Ianya penting untuk tumbesaran, pemeliharaan tisu badan, meningkatkan metabolisme yang mana dapat membantu untuk mengekalkan berat badan yang sihat, menahan rasa lapar serta mempercepatkan pemulihan otot. Anda juga boleh memperoleh sumber protein secara semulajadi daripada daging, ikan, telur, tauhu, kacang dan produk tenusu,” jelas Indra Balaratnam.

Jelas Indra lagi, protein juga berperanan dalam meningkatkan neurotransmitter yang berkomunikasi dengan otak kita untuk membuatkan kita terasa lebih segar. Oleh itu, beliau menjelaskan bahawa, dengan memilih makanan yang kaya protein sebagai sebahagian daripada sarapan pagi kita, ianya boleh membuatkan kita berasa lebih sihat dan bertenaga.

Menyentuh tentang memulakan hari dengan betul, Amway Malaysia baru-baru ini telah menjalankan satu tinjauan pendapat di media sosial untuk mengetahui tentang minuman pagi kegemaran rakyat Malaysia. Ianya telah mengumpul maklumbalas daripada 1000 orang responden. Berdasarkan keputusan tinjauan pendapat tersebut, rakyat Malaysia lebih gemar untuk mengambil kopi, teh dan minuman protein sebagai minuman pagi mereka.

“Kopi dan teh sentiasa berada dalam senarai kerana minuman ini telah menjadi sebahagian daripada diet harian kita namun, masih ramai yang tidak mengetahui tentang nilai khasiatnya. Walaubagaimanapun, ianya merupakan sesuatu yang menarik apabila melihat rakyat Malaysia mengambil minuman protein sebagai minuman pagi mereka dalam usaha untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat,” tambah seorang pakar diet, Indra Balaratnam.

“Minuman protein boleh menjadi pelengkap kepada elemen-elemen diet yang lain. Anda perlu mempunyai diet yang sihat dan seimbang dengan mengambil satu atau dua minuman protein dalam usaha untuk mengekalkan pengurusan berat badan yang baik dan kekal sihat. Senaman berterusan yang digandingkan dengan tabiat pengambilan makanan yang sihat boleh membawa kepada gaya hidup yang seimbang,” ujar Dr. Sareena lagi.

Dalam sebuah webinar yang dijalankan oleh Amway Malaysia yang bertajuk ‘Mulakan Hari anda dengan minuman berkhasiat, para tetamu jemputan telah mengulas tentang beberapa perkara iaitu kepentingan untuk mempunyai gaya hidup yang seimbang dalam keadaan semasa, kebaikan pengambilan protein dan juga minuman kegemaran rakyat Malaysia. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Che Puan Sarimah Ibrahim, seorang pengacara TV Malaysia yang berdarah kacukan Belanda dan juga merupakan perangkul anugerah pengacaraan. Antara ahli-ahli panel yang terlibat ialah Indra Balaratnam, seorang penasihat pemakanan dan Dr Sareena Hanim Hamzah, Pensyarah Kanan dan Timbalan Pengarah Penyelidikan di Pusat Sukan dan Senaman, Universiti Malaya.

Sebagai sebahagian daripada pendekatan kempen untuk memperkasa orang ramai tentang kepentingan gaya hidup yang seimbang dan pengambilan protein kepada kesihatan secara keseluruhannya, Amway Malaysia telah berkolaborasi dengan pakar-pakar kesihatan serta pakar dietetik dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjalani gaya hidup yang seimbang. Sesi webinar ini terbuka kepada orang ramai dan boleh dilayari di laman Facebook Amway Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.amway.my/.


Feature photo by Woman photo created by jcomp - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING