RASAILAH KERIANGAN 'WHIMSICAL ELVES CHRISTMAS' DI DA MEN USJ

 


Alamilah keceriaan ‘Whimsical Elves Christmas’ di Da Men USJ di mana elf-elf yang nakal menjadikan persekitaran pusat membeli-belah ini sebagai taman permainan mereka yang dihiasi indah!


Dari sekarang sehingga 28 Disember, para pengunjung ke Da Men boleh membuat persiapan hari Krismas dengan mendapatkan hadiah, perhiasan dan makanan di Christmas Elves Marketplace di aras Ground dan Lower Ground. Khidmat membalut hadiah juga disediakan di Elves Gift Wrapping station. Hiasilah kediaman anda dengan produk kelengkapan rumah dan perhiasan dari Homes Harmony Household Furnishing Fair di aras Lower Ground. Jangan lupa untuk singgah di instalasi realiti terimbuh yang disediakan oleh INTI Centre of Art and Design di mana anda akan dihantarkan ke sebuah ruang tamu dengan pendiang api dan pokok Krismas yang indah.


Semena pembukaan kedai BookXcess yang baharu di aras 2, Da Men juga akan menganjurkan Christmas Treasure Hunt yang menawarkan hadiah baucar BookXcess. Para pengunjung juga boleh menyertai sesi menghias biskut Krismas atau memberi sumbangan kepada kanak-kanak yang memerlukan bantuan di Da Men’s Cookie Decorating Activity, setiap hujung minggu. Anda juga boleh dapatkan hiasan Krismas atau rantai kunci yang dihasilkan secara cetakan 3D di gerai pop-up STEM4ALL dan Global Art pada setiap hujung minggu.

Nikmatilah persembahan busker Krismas oleh belia-belia yang berlainan upaya di hujung minggu yang terpilih. Anda juga boleh membeli lukisan dari pameran seni oleh belia-belia berlainan upaya di Autism Cafe Project (LG Floor) sehingga 28 Disember.


Uji kebolehan anda untuk mendapatkan hadiah misteri apabila anda berbelanja di Da Men USJ! Anda boleh memilih tiga kategori hadiah di tiga buah mesin ‘Santa Claws’, bergantung kepada jumlah pembelian anda dalam satu resit.

Untuk maklumat lanjut tentang ‘Whimsical Elves Christmas’, sila layari damen-mall.com atau ikuti laman Facebook, Instagram, atau hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan di 03 8021 0222.



Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO