ESCAPE PENANG TAWARKAN KEMUDAHAN PERKHEMAHAN
Para pengunjung ke ESCAPE Penang - salah sebuah taman tema yang paling unik di Malaysia, kini boleh menikmati sebuah pengalaman yang serba baharu. Sejak beberapa tahun yang lalu, taman ini telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung dari serata dunia, dengan pelbagai aktiviti luar yang menyeronokkan, termasuk gelongsor tiub yang panjangnya 1,111 meter, satu Rekod Dunia Guinness!
Kini, para pengunjung boleh mendekatkan lagi diri dengan alam semula jadi dengan adanya Base Camp di ESCAPE Penang, sebuah tapak perkhemahan seluas 2 ekar yang dilengkapi dengan kemudahan moden untuk penginapan yang lebih selesa.
Dengan kehadiran “panggilan alam liar” yang unik ini, para pekhemah di Base Camp, ESCAPE Penang berpeluang untuk menikmati persekitaran hutan tropika tanpa menjejaskan keselesaan mereka kerana tersedianya kemudahan moden seperti tandas dan tempat mandi, ruang BBQ, dan akses kepada Wi-Fi! Untuk pengalaman perkhemahan yang lebih lasak, para pengunjung diharuskan untuk membawa makanan, tuala, kelengkapan tidur, bantal dan khemah mereka sendiri. Namun begitu, khemah-khemah juga turut disediakan untuk disewa pada harga nominal iaitu RM20 sahaja.
“Kami ingin menawarkan para pengunjung ke Base Camp di ESCAPE Penang sebuah pengembaraan yang berbeza, dengan mengimbangkan keselesaan dengan kelasakan di luar rumah melalui seratus plot perkhemahan yang terletak di persekitaran selamat dan kondusif. Selepas bermain seharian di ESCAPE Penang, para pengunjung boleh meneruskan pengembaraan bersama rakan-rakan dan keluarga mereka dengan berkhemah di bawah hamparan bintang!” kata Sim Choo Kheng, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Sim Leisure Group yang memiliki dan mengendali operasi taman-taman tema jenama ESCAPE.
Bermula pada tahun 2009, ESCAPE Penang menampilkan pelbagai tarikan dan permainan di dalam persekitaran semula jadi. Taman ini memperkenalkan semula aktiviti permainan dan nilai-nilai dari zaman dahulu dengan menyuntik realiti ke dalam dunia sekarang yang terlalu bergantung kepada gaya hidup elektronik yang mudah menyebabkan isolasi. Melalui aktiviti yang menyeronokkan, dengan penekanan terhadap aktiviti permainan terarah dan terdorong kendiri, ESCAPE Penang membuktikan umur bukan merupakan satu faktor penghalang untuk menikmati keseronokan dengan aktiviti tunggangan serta permainan yang direka untuk semua lapisan umur, kebolehan dan keupayaan.
Antara anugerah yang telah dimenangi oleh ESCAPE Penang adalah anugerah Travellers’ Choice, Certificate of Excellence daripada TripAdvisor dan Anugerah Pelancongan Malaysia untuk Tarikan Pelancongan Terbaik.
Bagi menarik lebih ramai pengunjung ke pusat peranginan yang hebat ini, ESCAPE Penang menawarkan Pas 2 Hari, yang memberikan akses ke taman tema dan Base Camp dengan harga RM225 sahaja. Tambahan pula, pengunjung yang menempah pas terlebih dahulu melalui laman sesawang ESCAPE Penang akan menerima diskaun tambahan sebanyak 30%.
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke ESCAPE Penang bersama keluarga dan rakan-rakan anda di musim cuti sekolah ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.escape.my.
Comments
Post a Comment