AGODA UMUM DESTINASI PILIHAN UNTUK SAMBUTAN AMBANG 2022

 

Para pelancong kini sedang mencari pengalaman baharu untuk menyambut kehadiran tahun 2022. Bandar-bandar terkenal masih menjadi destinasi pilihan ramai tetapi trend untuk bercuti ke destinasi pantai dan kawasan alam semulajadi juga mendominasi perancangan untuk sambutan Ambang Tahun Baharu, berdasarkan data daripada platform percutian digital, Agoda. Sekali lagi, para pelancong telah memilih penginapan yang lebih mewah untuk meraikan ketibaan Tahun Baharu yang bakal menjelang.

Secara keseluruhannya di Asia, ibu-ibu kota telah menjadi pilihan ramai sebagai destinasi utama bagi sambutan Ambang Tahun Baharu. Ini termasuk kemunculan kembali Bangkok di tempat pertama bagi Thailand, destinasi pantai bertaraf antarabangsa seperti Goa (India) (India #1), Bali (Indonesia), Cebu (Filipina), Pattaya (Thailand) dan Jeju Island (Korea Selatan), serta Pulau Pinang, destinasi makanan popular di Malaysia yang turut tersenarai apabila lebih ramai orang mengambil peluang untuk bercuti dan bereksplorasi setelah kawalan pergerakan dilonggarkan. Data Agoda turut menunjukkan bahawa terdapat banyak destinasi baharu yang berjaya memasuki ke dalam senarai sepuluh teratas pada tahun ini, termasuk destinasi pantai Pulau Batam (Indonesia, #10), Kepulauan Andaman dan Nicobar (India, #7), serta Kenting (Taiwan, #10). Populariti destinasi pergunungan dan destinasi dengan pemandangan indah seperti Khao Kho (Thailand, #9), Bohol (Filipina, #8), dan Ninh Binh (Vietnam, #10) turut meningkat naik. Di Vietnam, Sapa dan Dalat telah menyingkirkan Hanoi daripada kedudukan ketiga teratas tahun ini.

Para pelancong lebih cenderung untuk memanjakan diri mereka selepas melalui pelbagai fasa kawalan pergerakan pada tahun ini. Data Agoda menunjukkan bahawa lebih ramai pelancong dari Taiwan dan Thailand menaikkkan taraf penginapan sambutan Ambang Tahun Baharu mereka ke hotel bertaraf 4 hingga 5 bintang daripada hotel bertarafkan 1 hingga 3.5 bintang, seperti mana pelancong-pelancong di Indonesia, Malaysia, Filipina, Korea Selatan dan Vietnam yang kekal memilih penginapan bertaraf 4 hingga 5 bintang. Di India, hotel-hotel bertarafkan 1 hingga 3.5 bintang masih menjadi pilihan popular dalam kalangan pelancong, seperti mana tahun 2020.

“Pelancongan telah muncul kembali, walaupun pelancongan domestik masih menjadi sumber perniagaan utama bagi destinasi-destinasi Asia pada musim perayaan hujung tahun ini. Data Agoda telah menunjukkan bahawa selain daripada destinasi bandar-bandar besar yang menjadi pilihan tradisi sambutan ambang tahun baharu, pelancong-pelancong di Asia telah mula menunjukkan minat mereka untuk keluar daripada kawalan yang ketat di bandar-bandar besar yang terkesan akibat COVID-19. Cuti inap di bandar-bandar juga naik secara mendadak. Turut menjadi pilihan adalah destinasi pantai dan juga tanah tinggi, yang mana keindahan dan persekitaran yang bebas turut menjadi tarikan. Di Vietnam, Hanoi telah disingkirkan dari kedudukan tiga teratas oleh Sapa. Manakala, Kuching telah digantikan oleh Langkawi di dalam senarai tiga teratas Malaysia, dan Boracay melonjak naik ke tempat kedua bagi negara Filipina. Selain daripada itu, para pengguna juga inginkan kemewahan. Terdapat banyak tawaran yang hebat bagi hotel-hotel bertaraf 4 hingga 5 bintang ketika dalam fasa pemulihan COVID-19. Data telah menunjukkan bahawa pelancong-pelancong Taiwan dan Thailand telah memilih hotel bertaraf bintang yang lebih tinggi berbanding dengan tahun lalu, seperti mana pelancong-pelancong di Indonesia, Malaysia, Filipina, Korea dan Vietnam yang inginkan penginapan yang lebih mewah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021 yang amat mencabar” kata Tim Hughes, Naib Presiden Pembangunan Korporat Agoda.

Destinasi mendapat tempahan tertinggi pada Ambang Tahun Baharu

Indonesia

India

Malaysia

Filipina

2020

2021

2020

2021

2020

2021

2020

2021

Jakarta

Jakarta

Goa

Goa

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

Manila

Manila

Bali

Bali

Mumbai

New Delhi and NCR

Langkawi

Pulau Pinang

Cebu

Boracay Island

Bandung

Bandung

New Delhi and NCR

Mumbai

Pulau Pinang

Kuching

Tagaytay

Cebu


Korea Selatan

Taiwan

Thailand

Vietnam

2020

2021

2020

2021

2020

2021

2020

2021

Seoul

Seoul

Taipei

Taipei

Pattaya

Bangkok

Ho Chi Minh City

Ho Chi Minh City

Jeju Island

Busan

Taichung

Taichung

Bangkok

Pattaya

Dalat

Sapa

Busan

Jeju Island

Kaohsiung

Kaohsiung

Chiang Mai

Chiang Mai

Hanoi

Dalat

Data mengikut pasaran

Malaysia

2020

2021

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

Langkawi

Pulau Pinang

Pulau Pinang

Kuching

Kuching

Langkawi

Melaka

Melaka

Kota Kinabalu

Kota Kinabalu

Kuantan

Port Dickson

Cameron Highlands

Genting Highlands

Port Dickson

Johor Bahru

Genting Highlands

Ipoh

Kuala Lumpur masih mengekalkan kedudukannya di nombor satu sebagai bandar pilihan untuk menyambut Tahun Baharu untuk tiga tahun berturut-turut, dengan adanya pelbagai aktiviti yang meriah sebagai tarikan utama bagi pelancong.

Johor Bahru (#9) dan Ipoh (#10) telah memasuki senarai sepuluh teratas tahun ini, menyingkirkan Kuantan dan Cameron Highlands apabila lebih ramai pelancong bertumpu ke destinasi yang terkenal dengan makanan di tahun baharu.

Genting Highlands (#8) menaiki dua anak tangga tahun ini apabila taman tema baharunya dibuka dan menjadikannya sebagai pilihan popular dalam kalangan pelancong.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA