KONSERT MINI ASIA TRADITIONAL ORCHESTRA DI ISTANA BUDAYA


Satu konsert mini, Asia Traditional Orchestra (ATO) telah diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur hari ini. ATO merupakan satu program kerjasama kebudayaan bidang muzik antara negara ASEAN dengan Republik Korea. 


Acara tahunan di negara anggota ASEAN dan Republik Korea tidak dapat dilaksanakan sejak dua tahun kebelakangan ini disebabkan pandemik Covid-19. Konsert mini pada tahun ini telah dipersembahkan oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dan dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Santhara J.P., Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bersama Duta Besar Republik Korea di Malaysia, TYT Lee Chi Beom. 


Antara pengisian konsert tersebut adalah lagu Pencak Bersulam yang digubah oleh Encik Mohd Yazid Zakaria, Konduktor OTM, khusus bagi konsert ATO. Turut dimainkan lagulagu tradisional negara-negara ASEAN lain. 


Konsert mini ATO ini juga merupakan kesinambungan pemeteraian Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding – MoU ) dalam bidang kebudayaan, seni dan warisan di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Korea pada 23 Disember 2020 yang lalu. Perjanjian tersebut menjadi platform terbaik bagi kedua-dua buah negara dalam meningkatkan lagi kolaborasi dalam bidang kebudayaan selain berupaya memberi nilai tambah kepada pembangunan produk dan perkhidmatan bidang seni, budaya dan warisan negara melalui perkongsian ilmu dan kepakaran.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL