MEDIA PRIMA MELANCARKAN KEMPEN CNY 2022 #YOOHOO2022
Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2022 (CNY 2022), Media Prima Berhad menerusi 8TV saluran bahasa Cina nombor 1 di Malaysia telah melancarkan Kempen Tahun Baharu Cina 2022 #Yoohoo2022 berserta dengan album CNY 2022 dengan kolaborasi stesen radio 8FM, rangkaian TV beli-belah WOWSHOP, laman portal Rojaklah, Viralcham dan Tantannews (TTN) secara siaran langsung dari 8TV dan juga strim secara langsung di laman Facebook 8TV, 8FM, WOWSHOP, Rojaklah, Viralcham dan TTN selama satu jam bermula dari pukul 9.00 malam pada 8 Disember 2021.
Sesi pelancaran tersebut menampilkan 16 CNY Buddies 2022 iaitu Ong Ching Yee, Owen Yap, Orange Tan, Rickman Chia, Gary Yap, Royce Tan, Angeline Ooi, Jordan Sen, Pauline Tan, Melissa Ong, Ash Lu, Kendra Sow, Kyann Lim, Hana Xinyi, Nickkung dan Joey Kong untuk sama-sama menyebarkan mesej positif dan keriangan kepada semua.
Menurut Ketua Pegawai Operasi 8TV, Kevin Foo, “Dalam keadaan semasa yang penuh dengan cabaran, Media Prima ingin menghulurkan bantuan dan sokongan kepada rakyat Malaysia untuk mengatasi kesukaran hidup serta memberikan hiburan dan semangat positif menerusi persembahan kandungan terbaik kami. Justeru, kempen Tahun Baharu Cina 2022, #Yoohoo2022 ataupun ‘Hu Zhu Hu Ai Yoohoo Xiang Qian Zou’ dalam sebutan bahasa Mandarin membawa mesej positif yang bermaksud saling membantu dan menyayangi sesama kita untuk terus yakin melangkah ke hadapan.”
“Bagi pihak 8TV, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan penaja yang telah menjayakan kempen #Yoohoo2022 termasuklah Kinohimitsu (penaja video muzik Yoohoo 2022), Ensure Gold (penaja 8TV 18th Birthday Bash), Nivea dan Caltrate (penaja telefilem CNY Gong Xi Fa Cai), foodpanda (penaja program Durian, Kaya, Teh Tarik edisi CNY), Panasonic (penaja program Cook VS Chef) dan kolaborasi khas dengan rangkaian kedai buku Popular. Kerjasama strategik daripada rakan-rakan penaja dapat direalisasikan kempen ini dengan sempurna dan dapat membawa sinar baharu kepada penonton kami menjelang sambutan Tahun Baharu Cina ini,’’ tambah Kevin.
Seiring dengan kempen #Yoohoo 2022 dan tibanya tahun Harimau, Media Prima memperkenalkan maskot harimau yang dinamakan sebagai ‘Yoohoo’ untuk memberi tuah, rezeki dan keriangan kepada rakyat Malaysia.
Album CNY 2022 yang berjudul ‘Yoohoo 2022’ memuatkan dua buah lagu baharu iaitu lagu tema kempen ‘Yoohoo 2022’ dan OST drama CNY Gong Xi Fa Cai yang berjudul ‘Mei Hao Shi Guang’. Lagu ‘Yoohoo 2022’ dinyanyikan oleh 16 CNY Buddies dengan melodi yang ceria dan lirik lagu yang mudah diingat pasti menjadi siulan ramai di musim perayaan Tahun Baharu Cina nanti. Muzik video ‘Yoohoo 2022’ telah dapat disaksikan di saluran Youtube 8TV dan 8TV selepas tayangan sulungnya ketika sesi pelancaran tersebut.
‘Mei Hao Shi Guang’, OST kepada telefilem CNY 2022 Gong Xi Fa Cai dinyanyikan oleh barisan pelakon utama telefilem iaitu Bernard, Emily Chan, Jordan Sen dan Wilson Lee. Lagu ini menerapkan elemen retro dan bakal membawa anda mengimbau kenangan manis di zaman silam.
Kempen CNY 2022 #Yoohoo2022 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan orang ramai boleh berkongsi perasaan keterujaan mereka dalam menyambut Tahun Baharu Cina ini bersama ahli keluarga serta sahabat handai.
#Yoohoo2022 Dance Challenge
Sertai #Yoohoo2022 Dance Challenge dengan ahli keluarga dan sahabat handai untuk memenangi hadiah menarik dari 8TV, Kinohimitsu dan WOWSHOP. Caranya mudah saja! Anda boleh mereka gerak geri tarian lagu tema #Yoohoo2022 berdasarkan kreativiti anda dan muat naik video tersebut ke laman sosial media, sertakan #Yoohoo2022 dan jangan lupa tag akaun rasmi 8TV. Anda mungkin salah seorang pemenang mingguan yang bakal membawa pulang hadiah berupa telefon pintar model terbaharu, OPPO A95!
#Yoohoo2022 CNYWish
Sejak penularan virus Covid-19, hampir dua tahun rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran malahan ada yang terpaksa berpisah dengan ahli keluarga atas faktor keselamatan. Menjelang perayaan Tahun Baharu Cina yang menitikberatkan silaturahim (reunion) dalam sesebuah keluarga, kita ingin mengatasi rintangan ini dengan menggalakkan orang ramai mengirimkan ucapan Tahun Baharu Cina dalam rakaman video yang tidak melebihi satu minit (format MP4) dan hantar ke emel cnywish@mediaprima.com.my atau kongsikan di laman Facebook dan Instagram 8TV sebelum 1 Januari 2022. Anda perlu tetapkan akuan anda sebagai umum, tag akaun rasmi Facebook dan Instagram 8TV berserta dengan #Yoohoo2022 dan #yoohoocny. Ucapan terbaik akan dibacakan dan disiarkan di 8TV dan 8FM serta berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dari WOWSHOP dan Kinohimitsu.
REBORN - Kolaborasi 8TV dan Karun Hijau Recycling
Dermakan komputer lama anda menerusi rancangan REBORN yang merupakan kolaborasi antara 8TV dan Karun Hijau Recycling dengan menghubungi 011-70001555 melalui aplikasi WhatsApp atau emel kepada service@karunhijau.com.
CNY Together
Ramai peniaga dan usahawan terjejas dalam pandemik ini dan ada yang telah menukar modul perniagaan untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu. Oleh itu, Media Prima ingin menghulurkan bantuan kepada peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang mencari peluang untuk mempromosikan perniagaan. Mereka berpeluang untuk mendapatkan promosi media bernilai RM 88,888 yang merangkumi platform TV, radio dan sosial media. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang https://rojaklah.com/CNYTogether/
Sesi pelancaran Kempen CNY 2022 turut diserikan dengan kehadiran barisan selebriti popular seperti Emily, Houson, Yeejie, Bernard, Emily Chan, Wilson Lee, Yuan Teng, April, Freddie, Chang Yong, Angela, Hong Hui dan Shusen Woon yang mempromosikan drama khas CNY 2022. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan mini drama EXPRESS HAPPINESS lakonan Yuan Teng, April, Freddie, Houson dan Yeejie pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, pukul 9.00 malam bermula 1 Januari 2022. Drama Gong Xi Fa Cai lakonan Bernard, Jordon Sen, Emily Chan, Wilson Lee dan Orange Tan akan menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 9.00 malam bermula 10 Januari 2022.
Selain itu, 8TV juga menyediakan pelbagai program khas bersempena dengan sambutan CNY 2022 termasuklah 8 E-News Mini Concert dan Yoohoo 2022. Nantikan telefilem CNY My Dream My Wish lakonan Chang Yong, Angela, Hong Hui, Shusen Woon di portal video tonton CINEMA.
Barangan eksklusif kempen CNY 2022 #Yoohoo2022 seperti Yoohoo plush toy (termasuk album CNY 2022), Yoohoo T-shirt dan Yoohoo pelitup muka pembedahan 4-lapis (berserta ruang simpanan pelitup muka) boleh didapati di Kedai Buku Popular, laman sesawang rasmi www.popularonline.com.my dan platform perniagaan elektronik di seluruh Malaysia mulai 8 Disember 2021.
Layari info terkini dan program tentang kempen #Yoohoo2022 di laman sesawang rasmi https://www.rojaklah.com/yoohoo2022 Rancakkan perbualan di platform sosial media dengan menggunakan #Yoohoo2022
Comments
Post a Comment