SINOPSIS: DIARI SEORANG SUAMI @ SLOT LESTARY TV3


Menyusuli Diari Seorang Suami, saksikan drama romantik komedi ‘Gila- Gila Cinta’ lakonan Dayang Areeda, Zaki Azeman, Aziq Mukhriz dan Afiera Riana yang akan mengisi slot Lestary bermula malam ini (8 Disember 2021), setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary, TV3.

Drama bersiri 7 episod ini diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Emi Suffian dengan nukilan skrip oleh Mohd Fairuz bin Mohd Padoli (MF Kencana). Gila - Gila Cinta mengisahkan konflik cinta antara empat pemuda iaitu Diya (Dayang Areeda), Carl (Zaki Azeman), Afira (Afiera Riana) dan Ben (Aziq Mukhriz).

Afira yang bekerja sebagai ejen insurans bakal mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Ben. Ben pula bekerja membuat ‘live’ menjual pakaian dan kasut berjenama bundle yang dibantu oleh rakannya, Ery (Asyraf Rozami). Diya seorang ‘influencer’ media sosial yang mempunyai ramai pengikut. Dia gemar membuat reviu makanan di pelbagai restoran. Diya terkejut mendapat tahu bekas kekasihnya, Ben kini bercinta dengan Afira dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Carl pula merupakan seorang penyunting video yang menjadikan rumahnya sebagai studio. Carl berjiran dengan Diya. Mereka berdua sering bergaduh atas pelbagai hal yang remeh temeh. Suatu hari, Carl diajak oleh rakannya untuk bertemu dengan ejen insurans. Carl terkejut apabila bertemu dengan Afira, bekas kekasihnya! Sejak itu, mereka selalu berjumpa. Carl mula menyukai Afira dan mahu menawan hatinya kembali. Carl dan Diya yang sedang berhadapan dengan konflik cinta telah bergabung untuk mendapatkan bekas kekasih masing-masing. 

Apakah strategi dan taktik mereka? Adakah misi Carl dan Diya akan berjaya?



Pastikan anda menyaksikan drama romantik komedi, Gila - Gila Cinta bermula 8 Disember 2021, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3. Bagi peminat drama rantaian ini, anda boleh menonton kesemua episod penuh di Disney+ Hotstar mulai 22 Disember nanti.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!