FESTIVAL FILEM JEPUN (JFF) KEMBALI KE GSC DI JANUARI 2022

It’s a Summer Film! - Antara filem yang bakal ditayangkan di JFF

Masanya sudah tiba untuk mengetengahkan musim filem Jepun bersama The Japan Foundation! Japanese Film Festival (JFF) yang amat ditunggu-tunggu kini kembali setelah menyepi selama setahun, dan terus memberikan yang terbaik dalam perfileman Jepun kepada penggemar filem di beberapa pawagam Golden Screen Cinemas yang terpilih di seluruh negara, mulai 6 hingga 23 Januari 2022.

JFF 2021 bakal di anjurkan di pawagam-pawagam GSC Cinemas terpilih seperti berikut:
  • Tayangan di Klang Valley: 6 - 12 Januari 2022
  • Tayangan di Penang & Johor Bahru: 13 - 16 Januari 2022
  • Tayangan di Kuching & Kota Kinabalu: 20 - 23 Januari 2022
Menampilkan filem-filem baharu dan tersohor Jepun daripada pelbagai genre, tayangan filem pada tahun ini pastinya memuaskan hati penggemar filem yang merindui ketiadaan JFF 2020, selain mengalu-alukan penggemar baharu untuk alami sendiri keunikan perfileman Jepun. Ekoran pandemik COVID-19, JFF 2021 akan dilangsungkan pada Januari 2022 daripada tarikh asal iaitu September 2021.

Pilihan 13 filem Jepun yang menampilkan genre keluarga, drama, animasi hinggalah komedi akan menambat hati dan minda penonton dari segenap umur. Sambutan selama sebulan ini akan menampilkan empat (4) filem yang ditayangkan pada 2021 seperti “It’s a Summer Film!” arahan MATSUMOTO Soushi, “Liar x Liar” arahan YAKUMO Saiji, thriller “The Night Beyond The Tricornered Window” oleh MIROGAKI Yukihiro, dan “Moonlight Shadow” yang diarahkan oleh pengarah filem dari Malaysia, Edmund Yeo.

Semua filem yang dipersembahkan adalah dalam Bahasa Jepun dengan sarikata berbahasa Inggeris. Di samping itu, pengunjung festival boleh menebus hadiah eksklusif dengan mendapatkan setem daripada mana-mana tayangan filem di festival. Ini antara keseronokan yang boleh pengunjung nikmati semasa festival ini.


Untuk makluman senarai lengkap sinopsis, waktu tayangan dan maklumat am filem-filem JFF ini boleh didapati di jfkl.org.my/events/jff-2021 dan gsc.com.my


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!