JONETZ BY DON DON DONKI TIBA DI TROPICANA GARDENS MALL
Pan Pacific Retail Management (Malaysia) Sdn Bhd yang beribu pejabat di Malaysia di bawah pimpinan President Satoshi Machida, baru-baru ini melancarkan JONETZ by DON DON DONKI di Tropicana Gardens Mall, sebuah pusat membeli-belah komersial di Selangor berlokasi di tengah-tengah Petaling Jaya pada 10 Disember 2021.
DON DON DONKI kini turut membuka lebih banyak cawangan di kawasan kepunyaan Pan Pacific seperti di Singapura dan Hong Kong melalui konsep kedai berkhusus untuk jenama dari Jepun.
Jalan-jalan cari makan Jepun ala perjalanan keretapi dengan konsep "Jelajah Jepun dengan penuh gembira"
Dengan tema "Jalan-jalan cari makan Jepun" yang enak, kedai ini menyediakan hidangan enak popular yang datang dari pelbagai tempat di Jepun seperti Takoyaki dari Osaka dan Ikayaki (sotong bakar) dari Hokkaido. Gerai-gerai makan yang dikenali sebagai Yatai ini direka berinspirasikan stesen keretapi. Ini bertujuan memberikan seakan-akan pelanggan mengembara dengan keretapi ke serata Jepun. Sebanyak 170 tempat duduk untuk tempat makan disediakan untuk pelanggan duduk sebaik membeli makanan. Terdapat juga kedai tambahan seperti Marion's Crepes untuk pelanggan singgah berehat semasa membeli-belah.
'Concierge' khas untuk buah-buahan dan sayur-sayuran segar bermusim dipanggil sudut "Furu Furu”
Pada peringkat awal, jenama ini memperkenalkan sudut jualan buah-buahan 'Furu Furu' pada pertama kalinya di DON DON DONKI Singapura yang menerima sambutan baik daripada para pelanggan. Kini, JONETZ by DON DON DONKI di Tropicana Gardens Mall, Furu Furu diperkenalkan sebagai salah satu tawaran di dalamnya. Sudut Furu Furu menampilkan tawaran yang segar-segar belaka seperti strawberi dari Fukuoka dan Saga, dan 'concierge' buah-buahan yang profesional akan terus membawa masuk buah-buahan segar bermusim dari Jepun.
Terdapat juga pelbagai pilihan popular daging lembu Wagyu Jepun! Kedai yang berkhusus dengan pelbagai pilihan produk daging lembu
Kedai ini berkhusus dengan produk daging lembu agar para pelanggan Muslim boleh membeli tanpa was-was. Terdapat pelbagai pilihan daging lembu Wagyu, seperti daging Omi berkualiti tinggi dan daging Hida yang diproses di rumah sembelihan bertaraf halal.
Alami tarikan dan kualiti premium produk kosmetik Jepun! "Cosme DONKI", sebuah sudut produk kosmetik yang turut ditawarkan
Pelbagai pilihan produk kosmetik Jepun kini terdapat di 'concierge' khusus bersama produk-produk kecantikan dan kesihatan menarik dengan pelbagai cara untuk menggunakan dan menikmati kelebihan produk-produk ini.
Promosi pembukaan besar-besaran
Bersempena dengan pelancaran cawangan baharu ini, para pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi dalam kedai, tawaran eksklusif untuk ahli dan cenderamata dengan pembelian dibuat dari 10 hingga 12 Disember 2021. Pembeli akan menerima beg jinjing Donpen edisi terhad dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM200, nikmati rebat RM15 di Grabpay dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM150 dan baucar hadiah RM20 untuk Ahli Kad UOB Bank yang membelanjakan RM300 dan ke atas.
Para pelanggan digalakkan untuk memuat turun dan mendaftar keahlian yang percuma melalui aplikasi mudah alih DONKI yang membolehkan mereka menerima mata 'dMiles', kejutan hari jadi, menebus kupon eksklusif dan pelbagai lagi manfaat lain. JONETZ by DON DON DONKI juga turut menjalankan jualan akhir tahun pada 12.12 melalui Shopee dengan diskaun dan baucar istimewa untuk direbut.
Satoshi Machida, President, Pan Pacific Retail Management (Malaysia) berkata "Kami telah menerima banyak sokongan dan maklum balas yang positif semenjak outlet pertama kami dilancarkan di Lot 10 dan harapnya tambahan terkini di Tropicana Gardens Mall akan terus-menerus buat pelanggan kami teruja dan memenuhi kehendak mereka. Melalui pelbagai produk yang ditawarkan, kami berharap untuk memberi pelanggan kami pengalaman membeli-belah Jepun yang membuatkan mereka seolah-olah berada sendiri di sana. Kami berharap mereka akan menganggap DON DON DONKI sebagai sebahagian daripada Jepun yang wujud di Malaysia.”
Di masa akan datang, PPIH Group akan terus mencipta saluran pengedaran baharu untuk terus bersaing di tahap antarabangsa, terus-menerus mempromosikan pembangunan kedai di Malaysia dan aktif memperkembangkan produk pertanian, ternakan dan marin untuk meningkatkan kesedaran dan penggunaan produk Jepun di luar Jepun.
Comments
Post a Comment