KERIANGAN KRISMAS BERTEMAKAN POLAR EXPRESS DI SURIA KLCC


Suria KLCC, sekali lagi mengalu-alukan kedatangan Krismas dengan tersergamnya pokok Krismas tertinggi di Malaysia disamping pelbagai ganjaran bernilai lebih setengah juta ringgit untuk para pembeli untuk mengakhiri tahun ini dengan lebih baik. 


Program ‘Christmas Shoppers Rewards’ atau ‘Ganjaran Pembelian Krismas’ memberi peluang pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam satu resit dari mana-mana kedai khusus untuk memenangi baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM5,000. 

Sejumlah 76 pemenang bertuah akan dipilih dari sekarang hingga 26 Disember. Pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1,500 dalam dua resit pula akan terus menerima baucar membeli-belah bernilai RM100, selagi stok masih ada. 


Pengunjung boleh membeli-belah dalam keadaan yang tenang dan selamat sambil ahli keluarga yang lain menikmati keindahan dekorasi di Centre Court yang mempamerkan seolah-seolah alam penuh keajaiban yang diilhamkan dari ‘The Polar Express’. 

Di sini, kaum keluarga boleh melihat stesyen keretapi klasik bersama replika keretapi bersaiz sebenar sambil bergambar berlatarbelakangkan keunikannya yang boleh diabadikan dalam Instagram masing-masing. Mereka juga boleh memuatturun AR filter tema Krismas Suria KLCC termasuklah latarbelakang Stesyen Keretapi Suria KLCC ‘Polar Express’ beserta tompokkan salji dan kesan-kesan lain yang menarik. 


Ahli keluarga yang ingin mencuba menaiki keretapi eksklusif pula, boleh ke Aras 1 Ramlee Mall di mana kawasan tersebut telah diubahsuai kepada sebuah stesyen keretapi mini yang boleh dinaiki kanak-kanak dengan harga tiket sebanyak RM8. Setiap RM1 daripada cas yang dikenakan akan 2 disumbangkan kepada pasukan barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan KLCC. 


Anda juga berpeluang untuk bertemu dengan Santa dan pembantunya yang akan membuat kemunculan di Kotej Santa pada hujung minggu dan hari Krismas untuk bergambar bersama pengunjung. 

Banyak lagi tarikan untuk bergambar dengan adanya pancaran cahaya umpama aurora yang mempersonakan di kawasan pintu masuk Park Mall. Setiap kali terdapat pergerakan berhampiran punca pengcahayaan, warna lembut pastel akan dipancarkan seindah aurora yang mampu menghasilkan kesan yang menarik pada foto yang diambil. 

Terdapat juga aktiviti interaktif di beberapa lokasi terutama di Stesen Keretapi Polar Ekspress di Centre Court yang akan bercahaya dan mengeluarkan bunyi wisel seperti sebuah keretapi tradisional sebenar yang juga menghasilkan kepulan asap yang mampu mengimbau pengalaman bagaimana keretapi berfungsi pada zaman dahulu. 


Di perkarangan pusat membeli belah ini terdapat pokok Krismas pertinggian 100 kaki yang merupakan tertinggi di Malaysia tersergam di Esplanade menanti kedatangan pengunjung. Bukan sahaja penuh dengan dekorasi yang mengujakan, ianya juga menampilkan keretapi wap di sampingnya. Keretapi ini adalah satu lagi tarikan Polar Ekspress yang boleh diabadikan di dalam Instagram ketika pengunjung menikmati suasana sekitar Esplanade, yang disulami dengan pancutan air berirama di Taman KLCC. 


Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat KLCC, Andrew Brien, “Kumpulan Syarikat Suria KLCC telah bersedia untuk Krismas. Tahun ini kami akan kembalikan kemeriahan dan keterujaan kepada pelanggan dengan sambutan penuh tradisi ini. Suria KLCC ialah sebuah tempat di mana pengunjung samada pasangan, kawan-kawan, keluarga dan ‘reunion’ yang mampu menceriakan semua.” 


“Persediaan untuk sambutan Krismas merupakan masa yang dinantikan setiap tahun di Suria KLCC, dengan situasi kelihatan lebih baik untuk tahun ini. Sudah tentu kami sangat teruja melihat pengunjung yang tidak putus-putus menikmati keindahan lampu-lampu dan dekorasi yang telah kami sediakan untuk mereka.” 3 “Di musim perayaan ini, marilah kita bersama mengamalkan penjarakan selamat dan sentiasa memakai pelitup muka memandangkan pandemik ini masih belum tamat. Yakinlah bahawa Kumpulan Syarikat Suria KLCC akan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard untuk memastikan keselamatan semua.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.suriaklcc.com.my/ dan ikuti www.facebook.com/SuriaKLCCMall

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA