HIDUPKAN SEMANGAT KEIHSANAN DI SUNWAY MALLS SEMPENA KRISMAS INI


Menjelang perayaan Krismas tahun ini dan sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya, Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) memperkenalkan kempen ‘Together for Good’ yang bakal menyaksikan pembeli-belah, pekedai, serta pusat-pusat beli-belah ini berpadu tenaga untuk memastikan tiada sesiapapun yang terpinggir daripada sambutan musim perayaan yang bakal tiba.

Sementara pusat beli-belah lain di seluruh negara bersedia untuk menghiasi kompleks mereka secara besar-besaran, Sunway mengambil haluan lain dengan menyalurkan bajet perayaannya kepada golongan yang memerlukan bantuan. Setiap pusat beli-belah Sunway akan menyediakan ruang khas bagi warga umum yang ingin menghulurkan sumbangan. Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada organisasi-organisasi kebajikan yang bekerjasama dengan setiap pusat beli-belah tersebut. Sejajar dengan komitmen Sunway ke atas Matlamat Pembangunan Lestari PBB, sebilangan dekor pusat-pusat beli-belah tersebut juga akan diperbuat daripada bahan-bahan yang dikitar semula dan berciri mesra alam untuk mengambil pendekatan yang lebih lestari.

Setiap pusat beli-belah akan diwakili oleh adiwira Krismas masing-masing seperti beruang teddy, pari-pari ajaib, elf Santa, sang gingerbread, dan rusa kutub yang akan menghiasi tema dan dekor pusat-pusat beli-belah tersebut, selain dipersembahkan dalam permainan Realiti Terimbuh (AR). Permainan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Sunway Malls untuk memperbanyakkan elemen digital di pusat beli-belahnya, di mana pembeli-belah dapat mengamati sebuah pengalaman yang menyatukan dunia maya dan fizikal menerusi peranti mudah alih mereka untuk melengkapkan aneka permainan dan cabaran, lalu menerima ganjaran atas penyertaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan berkongsi bahawa sesuatu perayaan mengendong makna yang lebih besar jika ia disambut secara bersama, dan atas sebab itu kami telah memilih tema dan konsep ini untuk tahun 2021. “Tahun ini juga telah membentangkan cabarannya buat kita semua, dan sementara kita terus mara ke hadapan, kita juga patut mengambil berat tentang golongan yang kurang bernasib. Sambil kita meluangkan masa dengan insan yang kita sayangi, semoga kita juga dapat menunjukkan keihsanan kepada insan yang lain – bagi pihak Sunway Malls, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas, dan Selamat Tahun Baharu.”

‘TOGETHER FOR GOOD’ BERSAMA SUNWAY MALLS

Sunway Pyramid

Dari 19 November hingga 26 Disember 2021, LG2 Blue Concourse di Sunway Pyramid serta beberapa kawasan pusat beli-belah ini akan mendirikan stesen Realiti Terimbuh (AR), di mana pembeli-belah boleh melengkapkan lima permainan AR untuk menebus ganjaran istimewa. Mereka juga akan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah, hadiah-hadiah yang boleh dimenangi akan ditaja oleh Michael Kors, Kiehls, Kate Spade, JD Sports, TOUS, Watatime, Sulwhasoo, L’Occitane, Origins, Clinique dan banyak lagi.

Sunway Pyramid

Pengunjung Sunway Pyramid juga boleh menunjukkan keihsanan mereka menerusi inisiatif CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) pusat beli-belah ini yang akan membantu golongan yang memerlukan menerusi rakan kebajikannya, MyKasih. Pengguna boleh membeli beruang teddy dari booth CSR di dataran tersebut pada harga RM10, dan semua dana yang terkumpul akan disalurkan kepada keluarga miskin di seluruh negara. Sebagai tanda penghargaan atas sumbangan yang diberikan, pembeli-belah boleh menekan butang yang disediakan untuk mencahayakan pokok Krismas yang terletak di dataran tersebut.

Sunway Velocity Mall

Turut menambah seri perayaan Krismas di Sunway Velocity Mall dari 19 November 2021 hingga 2 Januari 2022 ialah para elf yang dapat dilihat di sekitar pusat beli-belah ini berserta dengan pokok Krismas yang diperbuat daripada bahan yang dikitar semula. Elf ini merupakan watak utama dalam permainan AR bagi Sunway Velocity Mall, dan pusat beli-belah tersebut juga mendirikan pokok Krismas setinggi 40 kaki, ia dapat dicahayakan dengan menekan butang yang disediakan di ruang atrium utama – di mana pembeli-belah juga boleh menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Sunway Velocity

Aneka booth dan pushcart akan disediakan di dewan atrium utama untuk pengunjung membeli hadiah dan menebus barangan edisi terhad, termasuk pelbagai aktiviti dan dekor yang meliputi lampu-lampu berangkai Krismas yang menghiasi pusat beli-belah tersebut.

Penyanyi karol akan mendendangkan lagu-lagu Krismas kegemaran ramai pada 12 dan 16 Disember 2021 di atrium utama. Sunway Velocity Mall juga akan menyumbang barangan keperluan kepada golongan kurang bernasib baik apabila pembeli-belah memuat naik gambar yang diambil di pusat beli-belah tersebut ke media sosial.

Sunway Putra Mall

Pembeli-belah yang mengunjungi Sunway Putra Mall dari 19 November 2021 hingga 2 Januari 2022 dapat menikmati pelbagai aktiviti yang dihoskan pada setiap minggu sepanjang kempen tersebut. Ia termasuk Bazar Krismas, sesi seni & kraf, penampilan Santa Claus dan tarian hip & hop yang mengujakan di dataran utama, Ground Floor. Mereka juga boleh mengamati pengalaman AR dan menebus ganjaran setelah melengkapkan lima permainan AR di pusat beli-belah tersebut.

Sunway Putra Mall

Untuk membantu warga komuniti, Sunway Putra Mall juga telah mengambil pendekatan CSR dua hala. Yang pertama membolehkan pembeli-belah memberi sumbangan menerusi Goody Aid, di mana mereka boleh memilih untuk menggunakan khidmat membalut hadiah dan menerima ganjaran beg tote yang eksklusif dengan menyumbang RM10 melalui Sunway Pay di kaunter Concierge. Alternatif yang kedua ialah sumbangan barangan yang tidak mudah rosak dan keperluan harian di tabung derma yang terletak di Ground Floor bersebelahan dengan kaunter Concierge atas sebahagian daripada inisiatif Sunway Putra Cares. Sumbangan ini akan disalurkan kepada para keluarga dan kanak-kanak dari Buku Jalanan Chow Kit (BJCK), menerusi kerjasama dengan The Lost Food Project.

Sunway Big Box

Sunway Big Box & Citrine

Sambutan perayaan yang manis menanti pembeli-belah di Sunway Big Box & Citrine, di mana Sang Gingerbread gergasi dapat ditemui bersama aneka gula-gula, biskut, dan pokok Krismas dari 19 November 2021 hingga 2 Januari 2022. Pembeli-belah yang membelanjakan RM100 dalam tiga resit boleh menebus seunit pek biskut Famous Amos, dan mereka yang membelanjakan RM150 dalam tiga resit boleh menebus Reed Diffuser SSF sepanjang kempen tersebut. Bagi setiap penebusan yang dibuat oleh pengguna, pusat beli-belah ini akan menyumbang RM2 kepada The Lost Food Project, yang akan disalurkan kepada keluarga yang memerlukannya.

Sunway Citrine Hub

Sunway Giza Mall

Sunway Giza Mall meraikan musim keihsanan ini dengan Kotak Hadiah Krismas sebagai dekor utamanya pada tahun ini. Dekorasi ini akan dipamerkan untuk tatapan warga umum dari 29 November 2021 hingga 3 Januari 2022. Booth gambar Krismas juga akan didirikan untuk pembeli-belah mengambil dan memuat naik gambar ke media sosial, lalu berpeluang untuk memenangi hadiah, hadiah-hadiah utama yang berlainan dapat dimenangi setiap minggu. Peraduan gambar ini akan berlangsung dari 3 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022.

Sunway Carnival Mall

Sunway Carnival Mall

Dari 19 November 2021 hingga 2 Januari 2022, pembeli-belah di sebelah utara boleh mengamati permainan AR yang menampilkan Pari-Pari Ajaib menggunakan telefon pintar mereka di lima stesen yang didirikan di pusat beli-belah ini, lalu menebus hadiah misteri. Pembeli-belah juga boleh mengambil gambar berlatarkan Pokok Krismas setinggi 39 kaki yang diperbuat daripada kotak yang ditindan di dataran yang terletak di Upper Ground Floor. Bukan itu sahaja, pembeli-belah juga akan disajikan dengan ‘pertunjukan cahaya’ interaktif sepanjang hari dengan alunan muzik, di mana Pokok Krismas tersebut akan dicahayakan apabila pergerakan dikesan di kawasan terpilih.

Sunway Carnival Mall bekerjasama dengan PgCare Alliance bagi inisiatif CSR mereka untuk membantu para keluarga dan individu yang terkesan dengan wabak COVID-19 di negeri ini. Pembeli-belah dipelawa untuk mengambil bahagian dalam usaha ini dengan membeli beg jute mesra alam yang boleh diguna semula pada harga RM10, dan semua dana yang terkumpul akan disalurkan kepada PgCare Alliance bagi meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Krismas ‘Together for Good’ oleh Sunway Malls, sila layari sunwaymalls.com/together-for-good-christmas.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"