GRAB PERKENAL CIRI APLIKASI TERBAHARU - GRABGIFT


Pengguna Grab kini boleh hantar hadiah cenderahati ikut permintaan secara segera kepada orang tersayang merentas Malaysia, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailand mengguna ciri terbaru app - keupayaan sampaikan hadiah rentas sempadan. 

Kaedah menyampai hadiah termaju ini dijana oleh dua ciri baru:
  • antaramuka GrabGifts termaju memboleh pengguna hantar baucer GrabGifts kepada orang tersayang di lain-lain bandar raya di Asia Tenggara, dan
  • 100+ Cities Delivery (BETA) membolehkan pengguna membuat pesanan dan menghantar makanan serta hadiah fizikal dari GrabFood dan GrabMart rakan peniaga yang terdapat di bandar raya[1] penerima dalam tempoh masa sejam
Inovasi teknologi baru ini meningkatkan keupayaan Grab menyampaikan hadiah cenderahati mengikut permintaan supaya pelanggan boleh berhubung dengan orang tersayang merentas Malaysia dan seberang laut walaupun terdapat kawalan pergerakan.

Satu kajian di kalangan pengguna Grab di Asia Tenggara mendedahkan, lebih 60% responden menyatakan niat untuk menghantar hadiah ikut permintaan kepada orang tersayang di bandar raya lain. Trend semasa juga menunjukkan pengguna semakin bergantung kepada perkhidmatan ikut permintaan, demi menyampaikan rasa kasih kepada orang tersayang terutamanya ketika peraturan sekatan perjalanan akibat pandemik sedang dijalankan. Pada dua tahun terakhir ini, Grab mendapati semakin ramai pengguna membeli baucer GrabGifts untuk dihantar sesama mereka, bungkusan hadiah menerusi GrabExpress dan memesan makanan dan cenderahati untuk disampaikan kepada orang tersayang menerusi app Grab.

“Amat memberangsangkan apabila melihat ramai pengguna mengguna platform kami sebagai penyelesaian kepada masalah sekatan pergerakan akibat pandemik. Dengan kebanyakan bermula membeli makanan dan barangan keperluan lain untuk diri sendiri, kemudian bertukar menjadi usaha lazim mengekal keterhubungan antara orang tersayang. Disebabkan masih banyak negara yang belum membuka sempadan secara sepenuhnya, kami mahu melakukan lebih banyak untuk orang awam. Sesungguhnya kami teruja kerana kini dapat merapatkan hubungan kasih sayang walau jarak berjauhan. Diharap semua pengguna di Asia Tenggara dapat merasakan kehangatan musim perayaan yang bakal menjelang tiba,” jelas Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Negara, Grab Malaysia.


Pengalaman baru dalam menyampaikan hadiah merentas sempadan ini akan menepati pelbagai pilihan pengguna sama ada menghantar cenderamata berupa baucer GrabGifts untuk orang tersayang pilih sendiri hadiah masing-masing, atau gembirakan mereka dengan pemberian hadiah jenama kegemaran, makanan atau item hadiah.

Baucer GrabGifts, hadiah terbaik minit terakhir

Pengguna Grab boleh menghantar baucer maya GrabGifts kepada teman dan taulan di Malaysia atau ke destinasi merentas lima pasaran Asia Tenggara. Kategori baucer Grab merangkumi Makanan, Mart, Express dan khidmat Penghantaran.

Ciri baru antara muka - pengguna boleh pilih ikut suai, menghantar sehingga tiga baucer kepada penerima. Mereka juga boleh pilih daripada rekabentuk tersenarai dan menambah mesej peribadi. Butiran lanjut tentang pengalaman baru ini dan cara mengguna boleh diperoleh sini.

Pesan hantar hidangan dan lain-lain sajian untuk orang tersayang di luar negara

Para pengguna boleh buat pilihan daripada pelbagai sajian disediakan GrabFood untuk orang tersayang yang menetap di Asia Tenggara, termasuk sajian klasik Krismas ala Asia Tenggara seperti Leche Flan, Ayam Kodok dan ayam belanda sumbat.

GrabMart mempunyai senarai item kegemaran waktu perayaan seperti coklat dan lain-lain hadiah popular untuk kanak-kanak seperti alat-alat permainan. Pelajari cara guna ciri tersebut dan semak syor kami pada katalog hadiah berikut.

Tepat menjelangi musim perayaan akhir tahun, Grab juga telah menyedia inisiatif khas yang menjadikan penyampaian hadiah jadi murah lagi berbaloi - untuk apa jua tujuan dan lokasi! Pengguna boleh berjimat sehingga POTONGAN 50% OFF bagi idea minit terakhir menerusi GrabGifts.

Untuk maklumat lanjut tentang Inisiatif Cenderahati Hujung Tahun Grab, sila layari: LAST MINUTE GIFTING


Feature photo by: Ribbon photo created by prostooleh - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING