WISE LANCAR AKAUN DAN KAD PELBAGAI MATA WANG DI MALAYSIA

 

Wise hari ini mengumumkan pelancaran akaun dan kad pelbagai mata wang di Malaysia, yang membolehkan pelanggan di negara ini berbelanja di 200 negara dan rantau, menjimat berjuta ringgit yang biasanya lesap disebabkan yuran tidak munasabah serta kadar pertukaran yang dinaikkan.

Kaji selidik yang ditugaskan oleh Wise mendapati warga Malaysia telah berbelanja sehingga RM 10.5 bilion dalam bentuk yuran kad ketika membeli belah di luar negara dari 2015 hingga 2020. Dengan purata antara RM 1.75 bilion setiap tahun, dan sekitar RM 1.5 bilion dalam bentuk yuran transaksi dan kadar pertukaran dinaikkan tersembunyi setiap tahun.

Pelancaran akaun dan kad Wise ini merupakan satu lagi tambahan kepada khidmat pindahan wang Wise di Malaysia, memberi penjimatan kos, akaun antarabangsa dalam pegangan warga Malaysia dan berbelanja menggunakan lebih daripada 50 mata wang asing. Inilah akaun pertama yang yang berbentuk sedemikian yang menggunakan kadar pertukaran sebenar dengan kenaikan sifar, dan tiada yuran transaksi asing.

Akaun dan kad Wise didatangkan dengan ciri tambahan yang tiada didapati pada mana-mana akaun pelbagai mata wang Malaysia yang sedia ada:
  1. Pegang dan tukar antara 50+ mata wang dengan segera dan berbelanja di 200 negara dan rantau di mana Visa diterima secara dalam talian dan di kedai
  2. Teknologi tersedia auto-pertukaran yang memilih mata wang paling murah untuk menukar duit apabila mengguna kad. 
  3. Dapat butiran akaun tempatan dalam MYR dan 9 mata wang lain (GBP, EUR, USD, AUD, NZD, CAD, HUF, SGD dan TRY) dalam beberapa minit, supaya anda boleh hantar dan terima duit seperti orang tempatan
  4. App mudah guna untuk menambah dan menukar duit, terima notifikasi belanja serta merta, serta beku (freeze) atau bebas-beku (unfreeze) kad pada sebarang masa. Dapat butiran kad serta merta setelah tempahan kad berjaya dan berbelanja dalam talian serta merta.
Kemudahan ini tersedia untuk pelbagai orang:
  • Pembeli dalam talian antarabangsa - Gunakan kad bila berbelanja membeli di luar negara atau dari kedai dalam talian tanpa yuran transaksi asing, dan hantar, terima, tukar dan pegang mata wang asing mengguna akaun tersebut, semuanya pada kadar pertukaran pertengahan dengan markup sifar.
  • Warga Malaysia yang ditempatkan di luar negara dengan tujuan bekerja atau melanjutkan pengajian/ekspatriat- buka akaun tempatan dengan mudah dalam beberapa minit untuk berbelanja mengguna kad di negara berkenaan, dan menerima serta menghantar duit
  • Melancong ke luar negara – pengeluaran duit percuma sebanyak 2x sebulan menggunakan kad Wise bahkan lebih selamat daripada membawa wang tunai
Tawaran ini juga mengelak warga Malaysia daripada perlu untuk mengunjungi cawangan fizikal bagi memproses transaksi yang boleh menyebabkan ketidaksenangan serta memakan masa. Semua transaksi boleh dilaksana daripada peranti mudah alih atau di layaran internet membolehkan ciri mudah alih yang tiada taranya bila mengurus wang merentas sempadan, sama ada anda beroperasi dalam negara atau bergerak antara sempadan antarabangsa.

Lim Paik Wan, Pengurus Negara Malaysia dan Ketua APAC Expansion di Wise, berkata: “Kami sangat teruja memperkenal akaun pelbagai mata wang dan pendekatan guna kad kepada warga Malaysia. Kami percaya kad Wise adalah cara terbaik berbelanja di peringkat antarabangsa kerana kajian menunjukkan, warga Malaysia kehilangan berbilion ringgit akibat yuran tersembunyi dan kadar pertukaran yang dinaikkan. Kini semakin banyak sempadana perjalanan dibuka, memberikan lebih banyak nilai tersedia dari Wise untuk warga Malaysia ketika mereka semakin lazim berbelanja merentas sempadan, semasa melancong mahupun secara dalam talian.”

Setakat ini lebih 2 juta kad telah dikeluarkan dan sejumlah £3.7 billion simpanan semasa dalam Wise.

Sebagai usaha berterusan untuk membendung warga Malaysia daripada kehilangan wang melebihi satu bilion ringgit setiap tahun dengan tanpa disedari kerana membayar yuran kad dan kadar pertukaran dinaikkan yang tidak munasabah, Wise melancarkan Kuiz How Wise Are You About Money? Peraduan duga akal “personaliti wang” ini bertujuan menunjukkan kesulitan tidak diduga, yang boleh menyebabkan warga Malaysia secara tidak sedar, memilih kaedah bayaran lebih mahal apabila berbelanja atau menghantar wang. Peserta akan dapat menemui apakah “personaliti wang” masing-masing di akhir kuiz untuk dikongsi dengan rakan dan taulan.

Akaun pelbagai mata wang dan kad Wise kini boleh diperoleh pengguna peribadi (personal) di Malaysia. Sebagai tanda perkenalan tawaran baharu ini, yuran daftar kad diketepikan sehingga 1 Jan 2022.

Untuk mendaftar bagi mendapatkan akaun dan kad pelbagai mata wang masing-masing, sila layari https://wise.com/my/multi-currency-account/

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA