BEDAZZLING CHRISTMAS @ AVENUE K SHOPPING MALL

 

Bersedialah untuk dipesonakan Krismas ini di Avenue K Shopping Mall! Saksikan keindahan sepohon pokok Krismas Gergasi dengan ketinggian 30 kaki di Atrium yang dihias indah dengan baubles, poinsettias dan lampu-lampu berkelipan.

Shopping untuk Hari Krismas? Jom beli-belah di Christmas Shoppes di Atrium, Level G. Dapatkan kudapan enak dari Famous Amos, BreadTalk dan Village Grocer. Untuk hiasan dan hadiah Krismas pula, kunjungilah ke MyGift. C. Michael London turut membuat promosi dengan pakej rawatan rambut serta produk penjagaan rambut. Jangan lupa dapatkan aksesori fesyen yang menarik dari Ca.


Pengunjung yang berbelanja RM100 dan RM250 dalam maksimum tiga resit terkumpul boleh menebus baucer membeli-belah atau makanan bernilai RM40 dan RM150 masing-masing di Kaunter Maklumat.

Pelbagai aktiviti juga disediakan untuk memeriahkan suasana Krismas di Avenue K Shopping Mall. Antaranya Snow Fall, Tarian Jingle Bell, Nyanyian lagu-lagu Krismas, Sesi ramah mesra dengan Santa & Santarina dan sebagainya.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai peraduan Facebook ‘Count The Baubles @ Avenue K’s Giant Christmas Tree’. Anda hanya perlu meneka jumlah bauble (hiasan berbentuk bebola) di atas pokok Krismas dan ambil gambar. Kirimkan jawapan anda dan muat naik gambar anda di laman Facebook Avenue K @AvenueKMY. Pelbagai hadiah hebat menanti anda, dan tiada bukti pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan ini!


Avenue K juga menyediakan khidmat membalut hadiah dengan percuma (* dengan pembelian RM100 ke atas dalam satu resit). Sempena sambutan Hari Krismas juga, Avenue K dengan Kerjasama C. Michael London, Max Fashion, dan Nando’s akan meraikan kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary dengan pakaian baharu, khidmat gunting rambut dan hidangan yang enak pada 9 Disember 2021. Jika anda ingin membuat sumbangan amal kepada rumah kebajikan tersebut, sila berhubung dengan pihak Avenue K!


Alamilah Bedazzling Christmas di Avenue K Shopping Mall, yang mana pelbagai promosi dan aktiviti menarik menanti anda! Promosi akan berlanjutan sehingga 2 Januari 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://avenuek.com.my/AKChristmas2021/

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM