IPC MEMPERKENALKAN "PASPORT BELI-BELAH" KRISMAS INI


Dengan pembukaan pintu-pintu sempadan, rakyat Malaysia yang telah bersedia untuk mengembara semula, pusat beli-belah IPC mengembalikan semula keseronokan melancong melalui udara sempena sambutan Krismas yang bertemakan lapangan terbang. Diilhamkan setelah menanti sekian lama, IPC memperkenalkan "Pasport Beli-belah" dan buat julung kalinya menampilkan hiasan tema lapangan terbang mini, 

IPC menjanjikan keseronokan membeli-belah, pelbagai acara perayaan serta tawaran dan ganjaran eksklusif mulai sekarang hingga 2 Januari 2022. Sambutan pada tahun ini menyajikan sesuatu yang lebih bermakna selaras dengan sambutan ulang tahun ke-18 penubuhan IPC.


Pasport untuk Membeli-belah di IPC Centre

Menjangkakan peningkatan kepada penggunaan perkhidmatan penerbangan, pusat beli-belah IPC menawarkan kemudahan kepada pengunjung dan pelawat bolehlah bersiap sedia untuk berlepas, mendaftar masuk ke destinasi pusat beli-belah, dan terus duduk dengan selesa di ruang legar lobi yang dibina seakan-akan seperti bentuk kabin kapal terbang. Pengunjung juga boleh mengabadikan kenangan mereka berlepas sebaik sahaja mereka duduk di dalam kabin kapal terbang.

Sementara menunggu waktu berlepas di hujung minggu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi, jazz duo, penari, pelakon boneka dan pelawak. Manakala pengembara cilik boleh melakukan pelbagai aktiviti seni kraf dan DIY. Mereka yang datang bersama keluarga juga boleh mengabadikan kenangan bergambar bersama Små Club Buddies, Tomte dan Swedish Maidens yang berada di sekitar pusat membeli-belah untuk menghadiahkan belon percuma kepada kanak-kanak, bermula dari jam 12 tengah hari. Sempena meraikan ulang tahun ke-18 IPC pada 18 Disember bermula jam 5.30 petang hingga 6.30 petang, 18 pembeli bertuah yang berjaya menjawab soalan mudah dari Små Club Buddies akan menerima ganjaran hadiah istimewa.

Bagi mewujudkan pengalaman kembara yang lebih komprehensif, Pusat Beli-belah IPC telah memperkenalkan "ganjaran membeli-belah" sebagai mengganti "ganjaran perjalanan" melalui aplikasi mudah alih IPC kepada para pelanggan. Dengan setiap RM200 yang dibelanjakan, pembeli akan memperoleh 1 mata ganjaran membeli-belah. Mata ganjaran yang terkumpul kemudiannya boleh digunakan untuk menebus barangan seperti baucar beli-belah, e-baucar dari Popular, kedai F&B, kedai fesyen dan kecantikan serta set mangkuk seramik.

Untuk menggalakkan lagi pemberian ganjaran, IPC turut menawarkan hadiah percutian eksklusif kepada pembeli yang membeli-belah di mana-mana premis penyewanya dan ianya boleh ditebus pada hari yang sama di i-Kaunter yang terletak di Aras G.


Ganjaran eksklusif adalah seperti berikut:
  • Tebus satu (1) RM10 e-baucar Krismas apabila berbelanja minimum RM200 dalam dua (2) resit
  • Tebus satu (1) Mangkuk Tingkat Krismas (Christmas Tiffin Carrier) apabila berbelanja minimum RM700 dalam tiga (3) resit untuk pembeli biasa atau dengan perbelanjaan minimum RM600 dalam tiga (3) resit untuk ahli IPC Tack Club
Pengurus Pemasaran Pusat Beli-belah IPC, Mark Tan berkata, “Memandangkan majoriti negeri di Malaysia telah memasuki Fasa Ke-4 Pelan Pemulihan Negara, kami mendapati terdapat peningkatan jumlah pengunjung di pusat beli-belah kami yang datang bersama rakan-rakan dan keluarga untuk bergembira serta menghabiskan masa bersama. Untuk sambutan Krismas pada kali ini, kami memilih hiasan yang bertemakan lapangan terbang bagi meraikan usaha negara dalam menuju era endemik dan juga sempena pembukaan pintu sempadan dalam negeri dan antarabangsa.”


"Kami memahami bahawa masyarakat perlu menyesuaikan diri dengan norma baru sama ada di tempat awam atau ketika melancong, di mana orang ramai masih perlu berwaspada dengan virus ini. Justeru kami menyediakan ruang yang selesa dan selamat kepada pengunjung kami, agar mereka dapat kembali merasakan ketenangan membeli belah seperti dahulu sebelum berlakunya pandemik. Dalam mematuhi arahan terkini pihak kerajan berkaitan kebersihan, penjarakan fizikal dan mengesan kontak, kami turut bekerjasama dengan IKEA untuk meletakkan pokok Krismas hidup sebagai hiasan sempena perayaan Krismas di seluruh pusat beli belah kami untuk pengudaraan yang lebih segar dan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Krismas. Bukan itu sahaja, malah pelanggan juga boleh menyumbang kepada kempen Bumi Hijau dengan menghantar semula pokok hidup ke IKEA selepas Krismas, di mana ia akan dilupuskan dan dijadikan serpihan kayu untuk digunakan semula sebagai bahan api biojisim.” tambah beliau lagi.


Larian Maya Ulang Tahun Ke-18 IPC

Dengan aspirasi serta semangat dalam meraikan kemenangan setelah apa yang telah dilalui sepanjang tahun serta demi masa depan yang lebih baik, pusat beli-belah IPC juga mengalu-alukan pelanggan yang menggemari aktiviti riadah berjalan kaki untuk menyertai larian maya anjuran bersama JomRun yang julung kali diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-18nya. Larian Maya 18versary akan berlangsung dari 18 Disember 2021 sehingga 16 Januari 2022.

"Sepanjang tempoh 18 tahun beroperasi, terdapat ramai pengunjung daripada seluruh dunia telah menjejakkan kaki ke pusat beli-belah IPC. Sebelum ini, kami ada menganjurkan acara tahunan iaitu Larian Ria Ambang Tahun Baharu dimana pengunjung berkumpul untuk meraikan sambutan tahun baharu. Tahun ini, kami bakal menganjurkan Larian Maya untuk seluruh pengunjung, walau di mana saja mereka berada untuk turut serta menjayakannya bagi menyambut tahun baharu dengan cara yang lebih sihat." Kata Pengurus Besar pusat membeli belah IPC, Karyn Lim.

''Sejajar dengan pandemik yang telah mengajar kita untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan menjalani kehidupan seharian mengikut masa dan dalam ruang kita sendiri, Larian Maya ini memberi kebebasan kepada para peserta untuk menentukan sendiri masa dan cara untuk menamatkan perlumbaan, samada dengan menghirup udara segar, berjoging di sekitar taman, berlari di atas treadmill, ataupun berjalan di Pusat Beli-belah IPC kerana setiap langkah boleh dijejaki melalui aplikasi JomRun,” tambah beliau lagi.

Peserta yang mendaftar dan menamatkan larian juga akan diberi ganjaran barangan eksklusif seperti kemeja-T penamat, pingat dengan ukiran nama mereka, dan penutup muka rekaan artis tempatan, Azreenchan. Kesemua barangan ini menggabungkan unsur unik seperti kuda Dala, bunga dan harimau yang melambangkan budaya Sweden dan Malaysia, yang pada asasnya mewakili pusat beli-belah IPC. Di samping itu, e-baucar IPC, e-bib, dan e-sijil akan diberi bagi meraikan kejayaan mereka yang berjaya menamatkan larian.

Peserta yang ingin mendaftar untuk Larian Maya 18versary atau ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan pertandingan boleh melayari www.jomrun.com/event/IPC-18versary-Virtual-Run.

Melalui kempen seperti Pasport Beli-belah dan Larian Maya 18versary, Pusat Beli-belah IPC komited untuk memberi inspirasi kepada komunitinya agar menjalani kehidupan yang sihat, bebas dan selamat daripada virus di samping dapat bekerjasama dengan para penyewa bagi memulihkan semula perniagaan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA