
Marilah kunjungi dunia ajaib ‘Mystical Christmas’ di Pavilion KL! Dari sekarang sehingga 2 Januari 2022, para pengunjung dapat menerokai.perkampungan bersalji di Centre Court, Pavilion KL yang menampilkan gerai-gerai menjual produk untuk persiapan Hari Krismas, patung salji, rusa kutub dan pari-pari mistik.
Berhenti seketika untuk melihat keindahan pokok Krismas setinggi 30 kaki yang di kelilingi oleh taman bunga poinsettia dan pohon-pohon yang bergemerlapan dengan lampu perayaan – suatu latar belakang yang cukup indah untuk gambar Krismas tahunan anda!
Keindahan musim perayaan Krismas juga boleh dirasai di pintu masuk utama Pavilion KL, di mana letaknya instalasi Coach ‘Give A Little Love’ Bespoke Holiday yang menampilkan pelbagai haiwan iklim sejuk yang comel di Air Pancur Kristal yang sedang dalam perjalanan ke Gedung Coach. Anda juga boleh saksikan maskot Coach yang digemari ramai, Rexy di paparan LED di sana. Jangan lupa untuk ‘Give A Little Love’ dan bergambar dengan beruang kutub Coach Holiday Polar Bear dan pokok Krismas setinggi 40 kaki di Pintu Masuk Utama.
Kempen ‘Mystical Christmas’ ini telah dilancarkan bersama oleh Dato’ Joyce Yap, CEO Bahagian Peruncitan, Pavilion Kuala Lumpur dan Mr. B. Ravintharan, Ketua Bahagian Kad, Maybank Group Community Financial Services – rakan perbankan Pavilion KL 2021. Majlis turut diserikan oleh kehadiran Dato’ Philip Ho, CEO Pavilion REIT dan Ms. Rachel Yong, Pengurus Kanan Coach Asia Tenggara.
Nikmati secawan Nespresso di Connection, dan
alamilah suasana yang berlatarbelakangkan hutan yang indah, sempena pelancaran
koleksi kopi edisi khas ‘Gifts of the Forest’.
Jangan lupa untuk mengunjung penyewa-penyewa
Pavilion KL yang baru dibuka seperti Chanel Shoes, Dadi Cinema, kedai jean
jenama Jepun Evisu, restoran ayam goreng Korea, KyoChon dan banyak lagi.
Para pengunjung juga boleh menyertai program
ganjaran RM1,000,000 CASH VOUCHER BONANZA. Dengan rakan perbankan rasmi Maybank,
pemegang-pemegang kad keahlian boleh menerima baucar tambahan untuk makan dan
membeli-belah.
Pemegang-pemegang kad Maybank akan menerima
sebuah pinggan pai eksklusif Pyrex dengan setiap pembelian bernilai RM500 dengan
kad Maybank, dan sebuah Pinggan Hidang Corelle dengan setiap pembelian bernilai
RM1,000. Pengunjung yang berbelanja melebihi RM5,000 akan menerima seutas wristlet
dari Coach (bernilai RM420).
Bawalah orang-orang yang disayangi untuk
menikmati cuti inap di Pavilion Hotel, KL. Para tetamu akan menerima hadiah
Krismas eksklusif bernilai sehingga RM150 dengan setiap RM300 yang dibelanjakan
dalam satu resit di hotel mulai 1 sehingga 31 Disember 2021.
Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti-aktiviti ‘Mystical Christmas’, sila layari pavilion-kl.com atau ikuti laman
Facebook,
Instagram, atau hubungi Concierge Pavilion KL di 03 2118 8833.
Comments
Post a Comment